June 26, 2010

Siaran Langsung Bola Sipak Dunia 2010 Di Dataran Usahawan

Dataran Usahawan, Seksyen 1 BBB, 12 Rajab = 25 Jun (Jumaat):

Sebagaimana dijanjikan, maka pada malam tadi diadakan tayangan secara langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia jam 9.30 malam bertempat di Dataran Usahawan, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Hebahan yang dibuat sebelumnya dapat menarik sejumlah penuntun lebih kurang 200 orang. Pertandingan malam tadi ialah antara Brazil satu pasukan yang kuat dengan Portugal yang juga satu pasukan yang hebat pada pertandingan kali ini. Bagi kemudahan penuntun tayangan dipancarakan ke screen besar dicucur atap Pejabat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan Pejabat Kegiatan ADNS Bangi. Khemah dipasang, tikar dibentang dan kerusi disediakan di atas medan dataran. Turut disediakan minuman secara percuma.


Dalam ucapan ringkas ADNS, pada masa rehat pertandingan, ADNS mengucapkan terima kasih kepada Ketua Lajnah Sukan Saudara Mohd Fazli bin Daud, Saudara Dahari Pengarah dan Saudara Amir Publisiti dan AJK yang lain yang berusaha menjayakan Tayangan Secara Langsung. Terima kasih terutama kepada penonton yang sudi hadir.

Menurut ADNS Bangi, sukan bola sepak adalah kegemaran sejagat merentasi sempadan Negara, bangsa, politik dan budaya. Bola mengeratkan hubungan di samping memihak sokongan, memberi kepuasan di samping melupakan seketika permasalahan. Mutu bola meningkat kepada seni dan skill yang tinggi yang boleh kita lihat pada gergasi bola dunia seperti pada pasukan Brazil, Argintina dan German.

Sebagaimana warga dunia, begitulah juga penduduk Malaysia juga umumnya peminat bola sepak dan sukan ini diberi perhatian oleh rakyat dan pemerintah. Tapi mutu bola sepak Negara ketinggalan. Pada tahun 1980an pasukan bola sepak Negara kita yang dibintangai antaranya Mokhtar Dahari, Soh Chin An dan Santok Singh adalah antara pasukan yang dihormati di Asia. Kita kadangkala mengatasi Korea dan Jepun. Tapi kita kini jauh ketinggalan. Korea dan Jepun mewakili Asia, tetapi pasukan kita tercorok kebelakang. Diharap pihak berkenaan berusaha memperbaiki mutu bola sepak Negara, sekurang-kurang menjadi pasukan yang dihormati di Asia.

Di samping Bola sepak membawa elemen positif, ada yang mengambil kesempatan menjadikan bola sepak pertaruhan judi. Kita kesal dengan pihak kerajaan yang mengeluarkan lessen judi bola sepak kepada Syarikat judi besar di negera kita, tetapi pada masa yang sama bersifat double standard berusaha menumpas petaruh-petaruh judi yang bercambah di sana sini. Kita memuji pihak Polis yang berusaha menumpaskan kegiatan ini.


"Saya tidak mau bercakap panjang", kata ADNS Bangi, "Kerana perlawanan separuh akhir bermula. Jadikan bola pengerat hubungan antara manusia."

Pertandingan antara Brazil dan Portugal yang telah menempah tiket keperlawanan seterusnya itu berakhir tanpa jaringan.

Tayangan seterusnya diadakan setiap wujudnya pertandingan antara 9.30 – 11.00 malam.

Sekian.

No comments:

Post a Comment