June 20, 2010

Takziah: Perginya Yang Tersayang

Taman Bukit Kajang Baru, 6 Rajab = 19 Jun (Sabtu):

Sebaik sudah mengajar dan menunaikan fardu Isyak di Surau al-Nur, Kantan Permai, walaupun ada jemputan bertahlil di rumah berdekatan, ADNS Bangi terpaksa memohon izin dengan Tuan Haji Musa dan Haji Ghazali, Pengerusi dan Setiauasaha Surau kerana ada janji di Taman Kajang Baru. Di sana beberapa AJK dari Kajang Sentral dan Kajang Utama menunggu untuk ke rumah jemputan. Sebagaimana dijanjikan kami tiba pada waktunya, iaitu jam 9.30 malam.


Setibanya kami, didapati ramai keluarga berhimpun di bawah khemah. Kami jangka pada malam ini akan diadakan menyuarat Pimilihan AJK Baru Persatuan Penduduk dan ADNS Bangi diminta rasmikan. Rupanya ada kekeliruan. Kami diberitahu oleh Encik N. Murugan Pengerusi Persatuan Penduduk, Taman Bukit Kajang Baru jemputan bagi Majlis Mengucap Takziah kepada isteri seorang penduduk di sini yang suaminya meninggal akibat demam denggi dan jemputan juga bagi mengatur gotong royong bagi membersihkan kawasan dan membasmikan nyamuk aedes. Ramai yang hadir adalah keluarga dari kedua belah pihak – suami (mendiang) dan isteri, termasuklah dari Manjung, Perak.


Kami Mengucap Takziah kepada Puan Param Swary a/p Narasinah di atas kematian suaminya En. Ramlu a/l Gopiah. Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Murali Krishna, Hari Krishna dan Krishnarma. Setelah mengucap takziah dan memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada anak-anak yang sedang bersekolah itu kami beramah mesra dengan keluarga dan mereka yang datang sebelum memohon diri.





Sementara itu 9 Jun 2010 ADNS Bangi juga melawat keluarga India – En. Duraju Jadayan di Pekan Bangi yang kematian anak 3 minggu sebelumnya – Anaknya Hariharan mati disyaki keracunan. Kami dibawa ke rumah oleh En. Hari dan beberapa yang lain dan diperkenalkan oleh En Hari Isteri En Duraju bersama-sama 4 anak mereka yang lain. Mereka tinggal di rumah sewa yang agak daif. Sebahagian dari rumah teres yang lama itu deitinggalkan dan terbiar dan berada di dalam keadaan tak terjaga dan semak yang menjadi tempat pembiakan nyamuk. Mereka yang tinggal di deretan rumah-rumah sewa berkenaan perlu disedarkan, betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan yang akibat tidak dijaga boleh mengundang penyakit dan ancaman binatang berbisa seperti ular, kala-jengking, lipan dan sebagainya. Encik Duraju bekerja sebagai sukuriti. Pada masa kami hadir En, Duraju masih belum pulang dari kerja.

No comments:

Post a Comment