June 22, 2010

Melawat Pesakit Dan Menyampaikan Bantuan Simpati

Kajang Mewah, 7 Rajab = 20 Jun (Ahad):

Jam 5.00 petang: Rombongan Lajnah Kebajikan diketuai oleh Tuan Haji Rushdi bersama ADNS Bangi, juga disertai Ustaz Shafie Ngah dan beberapa yang lain sama melawat pesakit:


1) EN. Basir Mohamad bin Jamaluddin (40) tinggal di Apartment Kajang Mewah, di belakang Pasaraya Bintang. Beliau mengidap penyakit kencing manis yang dialami sejak awal tahun 2010. Penyakitnya merebak ke kaki dan terpaksa dipotong beberapa jari kakinya. Menurut En. Basir yang sebelum ini bekerja sebagai Jaga, dia memang suka minum teh tarik, nasi lemak dan roti canai. Sekarang beliau memang berpantang dan berubat dengan menggunakan ubat keluaran SNE. Menurutnya luka yang selama ini meluas menampakkan tulang tapak kaki, kini kering dan mengecut. Beliau tinggal bersama ibunya dan dibantu oleh kakaknya. Beliau berterima kasih di atas bantuan ADNS dan menasihati orang ramai jangan banyak minum dan memakan makanan yang bergula.
Melawat pesakit kedua. Beliau ialah Puan Junaini bt. Ali (45) yang tinggal di Apartment Seri Ros. Beliau bekerja kilang di Bangi. Beliau mengalami penyakit kanser payu dara dan telah mengalami operation dan akan melalui proses kimo dalam masa terdekat. Beliau tidak pasti punca yang menyebabkannya mengalami barah payu dara. Menurutnya,"Mungkin diakibatkan oleh permakanan yang mengandungi berbagai bahan kimia." Menurutnya, "Saya juga mulai berpantang dari memakan makanan yang diragui dari segi kesihatan."

Beliau menasihati orang ramai supaya menjaga pemakanan dan menjaga kesihatan untuk mengelak dari berbagai-bagai penyakit. Oleh kerana Puan Junaini sudah berada di bawah, kami berjumpa beliau di bawah sahaja dan tidak perlu naik ke tingkat atas apartment.

Suami Puan Junaini adalah pemandu lori. Beliau berterima kasih di atas bantuan yang disampaikan oleh ADNS dan terima kasih kepada semua yang datang berkunjung. Kami meminta diri dan kirim salam kepada suaminya bila beliau pulang dari kerja.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment