Dalam Sesi Usul Terima Kasih terhadap Ucapan Presiden, perwakilan negeri-negeri, wilayah, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat diberi peluang membahaskan Ucapan Presiden. Wakil Pemuda Saudara Ridhwan Mohd Nor bercakap mewakili Pemuda telah mengingatkan kepada para perwakilan tentang pentingnya pemuda di dalam membawa perubahan dan sebagai pelapis masa depan. Beliau meninjau sejarah tentang perubahan-perubahan seperti Revolusi Iran yang menjatuhkan Monarchy Iran didukung oleh pemuda, demikian jihad di Afghanistan di bawah Mujahidin, Di Mesir di bawah Ikhwan al-Muslimin, di Lubnan di bawah Hizbul Muslimin dan di Ghazzah di bawah Hamas, semuanya adalah di bawah pimpinan pemuda yang membawa perubahan.
Beliau melahirkan kebimbangan, di Negara kita juga pemuda memainkan peranan membawa perubahan. Contoh perubahan scenario politik pada pilihanraya 2008 banyak didokong oleh golongan muda. Kerajaan BN amat takut pada golongan muda dan mengabaikan golongan tersebut. Tiada kesungguhan dari pihak Kerajaan kempen mendfaftar mereka yang layak mengundi yang jumlah mereka lebih kurang 4 juta, Sebagai contoh jumlah yang belum berdaftar di Selangor lebih 745,000 orang, manakala di Perak lebih dari 500,000. Jika didaftar golongan muda seperti ini di Selangor, di Perak dan di lain-lain negeri lebih menggugat Kerajaan BN. Oleh itu golongan muda perlu mengambil inisiatif mendaftar mengundi untuk membawa perubahan yang lebih berkesan.
Menurut Wakil Pemuda itu, bukan setakat mengabaikan, tetapi perancangan teratur dilakukan oleh BN untuk melemahkan muda-mudi. Antaranya ialah memabukkan golongan muda mudi dengan hiburan, supaya mereka tidak kisah dengan perkembangan politik tanahair dan tidak menggugat pemerintahan BN. Cara yang dilakukan dengan membanyakkan aktiviti hiburan melalui media letronik dan berbagai-bagai anjuran hiburan yang lain. Menurut Wakil Pemuda itu, kajian dibuat oleh Nelson sebuah badan penyelidikan terhadap 52 negara tentang taraf hiburan bagi Negara-negara tersebut, Nelson mendapati Negara Malaysia berada pada tahap ke 10 tertinggi dari segi berhibur. Di Malaysia waktu hiburan ada yang dibenarkan dari jam 3.00 petang hingga 3.00 pagi. Sedangkan di Madison Square, London kebenaran diberi tidak lebih dari 3 jam. Hiburan di Negara kita dianjur oleh pihak media yang berpengaruh dan memakan masa berhari-hari, bahkan sampai seminggu. Hiburan mencandui golongan muda-mudi kita. Apabila diadakan anjuran hiburan atau sambutan (Contoh malam sambutan Merdeka), maka sembilan bulan berikut statistic anak luar nikah bertambah.
Menurut Wakil Pemuda itu, statistic anak zina mulai 1 Januari hingga Oktober 2008 ialah seramai 257.000 orang. Ini menurutnya setiap 17.5 minit seorang anak luar nikah dilahirkan. Statistik ini bertambah dari tahun ke tahun. Lantaran itu, kalau dulu kes membuang bayi kurang berlaku, maka kini berita membuang bayi hampir setiap hari dipapar di media.
Menurut Wakil Pemuda itu lagi, Syarikat Condom Durex yang makin advance mengeluarkan berbagai-bagai jenis condom trermasuk yang berperisa seperti strawberry, lemon, apple dan sebagainya, Syarikat itu membuat kajian, bahawa hitung panjang gadis di Negara ini yang hilang dara ialah sekitar umur 17.4 tahun. Iaitu umur gadis yang masih dalam usia persekolahan peringkat menengah. Ini terbukti banyak berlaku, pelajar-pelajar Sekolah melahirkan anak dan terlibat di dalam gejala membuang bayi. Zina di kalangan anak-anak Sekolah menjadi fenomena biasa.
Menurut Wakil Pemuda lagi, kajian yang dilakukan oleh ILO (International Labour Organization) di bawah Bangsa Bersatu, pekerja sex di Negara ini bertambah, 124,000 pekerja dikenal pasti, ini tidak termasuk yang menjalankan kegiatan di luar dari makluman. Menurutnya pada tahun 2008 seramai 50,000 gadis Cina datang ke Malaysia antaranya berselindung sebagai pelajar, tetapi mereka terlibat dengan perdagangan sex seperti GRO, pekerja di rumah urut dan sambilan sebagai pekerja di restoran. Mereka ini mnghilangkan diri dan tak dapat dikesan. Akibat dari berleluasanya perdagangan sex, Malaysia adalah antara Negara yang terpantas mertebaknya penyakit HIV. Jumlah mereka melebihi 18,000 orang.
Gejala di atas adalah diakibat dari sikap liberal pemerintah yang memberi sumbangan kepada gejala maksiat. Pihak berkuasa berpendapat apabila diutarakan gejala sex haram bahawa,
"Sex is not a criminal" . Berhubung dengan bertambah parahnya gejala sosial dan moral, pihak berkenaan berpendapat;
"Moral is not a legislative matter".
Menurut pemuda, Kita amat memandang serius terhadap gejala sosial dan moral di dalam masyarakat. Menurutnya pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan membendung gejala berkenaan. Kerajaan seharusnya tidak mengambil pendekatan dan perkiraan jangka pendek. Kerosakan golongan muda yang difikir oleh BN menguntungkan BN, sebenarnya adalah mencerminkan pendeknya dan ceteknya fikiran mereka. Tindakan mereka sebenarnya memusnahkan generasi dan bangsa di Malaysia.
Bagi menyelamatkan generasi muda dan generasi pelapis Negara hendaklah kembali kepada nilai-nilai murni, khususnya sebagaimana dianjurkan oleh Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment