Taman Sedang Raya, 22 J. Akhir = 5 Jun (Sabtu):
Bagi sebuah Kawasan Dewan Negeri, Seri Kembangan hanya mempunyai sebuah masjid, iaitu Masjid al-Islah berada di Serdang Raya. Meskipun bernama masjid, tetapi kecil, lebih bertaraf surau. Banyak lagi surau-surau jauh lebih besar dan sempurna berbanding dengan masjid ini. Masjid inipun asal dari surau dan dinaikkan taraf ke masjid. Penambahan ruang dilakukan dengan agak kurang sempurna. Difahamkan Masjid ini tak dapat menampung jamaah, terutama hari Jumaat ahli jamaah berlimpah ruah. Begitu juga ruang tidak dapat menampung jumlah jamaah yang bertambah. Seri Kembangan, khususnya Seri Serdang seharusnya mempunyai sebuah masjid yang sempurna bagi satu kawasan Dewan Negeri. Perkara ini telah ditimbulkan kepada ANDS Bangi sejak setahun yang lepas dan perkara ini sudah diangkat ke atas. Dari maklumat yang diberitahu, memang kelulusan bagi menggantikan bangunan yang ada telah diluluskan.
Oleh kerana tiada tapak lain bagi masjid, maka masjid akan dibina di atas tapak sedia ada. Keluasannya amat terhad dan pembinaan secara bertingkat. Kita berharap bangunan baru segera dibina bagi menampung jamaah yang makin bertambah. Sebenarnya Seri Kembangan memerlukan lebih dari sebuah masjid dan perkara ini perlu dibuat kajian di tempat mana masjid yang lain perlu didirikan.
Meskipun Masjid Al-Islah ini kecil dan kurang sempurna, tetapi AJK Masjid berterusan bergiat memakmurkan Masjid Al-Islah dengan berbagai-bagai kegiatan.
ADNS Bangi hadir ke sini petang ini adalah bagi menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh AJK Masjid Al-Islah. Masjid ini menganjurkan Karnival Jom Ke Masjid. Menurut Encik Muzlifah Ismail Setiausaha Penganjur menyatakan, "Karnival ini telah berlangsung dari 29 Mei dengan mengadakan Kem Bistari solat dan pada 30 Mei menganjurkan Futsal Remaja. Pada hari ini (5 Jun) begitu banyak kegiatan, iaitu bermula dengan senaman, Gerai Jualan, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Gigi, Pertandingan Menyumpit, Mewarna, Menjahit, Pertandingan Anyaman, Timbang Bola, Pertandingan Memancing dan Forum Perdana."
Kehadiran ADNS Bangi ke sini ialah bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan menutup Majlis Jom Ke Masjid yang telah berjalan beberapa hari ini. Dalam ucapan ADNS suka hati dan bersyukur kepada Allah melihat kegiatan di Masjid al-Islah sejak beberapa hari lalu. Ini selari dengan kegiatan di berbagai masjid yang lain. ADNS bersyukur, bukan sahaja masjid – surau penuh dengan jamaah, tetapi juga diadakan berbaga-bagai kegiatan – termasuklah ibadat, sukan, pendidikan dan kemasyarakatan.
Pada petang ini bersama-sama dengan AJK Masjid seperti Haji Ahmad Saruji bin Bahari, En. Abdul Razak bin Kanip, En. Othman bin Maulid, En Husin bin Mat Lelah ADNS Bangi menyampaikan hadiah dan bantuan kepada warga miskin, Orang OKU, Anak Yatim dan ibu Tunggal. Selepas penyampaian hadiah dan bantuan ADNS melawat gerai-gerai jualan yang akan ditutup petang ini selepas penutupan Jom Ke Masjid.
Sekian. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment