Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor, 04 Rajab = 17 Jun (Khamis):
(Bahagian awal Sedutan dari Pendapat Dato' Seri Anwar Ibrahim)
Ruang Dewan di tingkat dua, Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hampir penuh. Jarang seminar atau diskusi di Dewan ini dihadiri begitu ramai. Mereka terdiri dari ahli-ahli Exco, ADNS, Pegawai-Pegawai Kanan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai dari Pejabat-Pejabat Daerah, ahli-ahli politik, Pegawai-Pegawai Koperat dan orang-orang perseorang menghadiri diskusi mengenai Rancangan Malaysia Ke 10 yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 10 Jun yang lepas. Mereka tertarik hadir, bukan saja topik merupakan perkara baru dan hangat serta menyentuh semua rakyat, mereka ingin tahu bagaimana pendekatan RMK 10, sedangkan baru-baru ini Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menyebut kemungkinan Negara menuju kepada bankrupt, lebih dari itu pembicara adalah mereka yang pakar dan terkenal di dalam bidang ekonomi dan korporat. Ahli Panel dalam Diskusi berkenaan ialah Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dan Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor. Turut bertcakap ialah Y.B. Dato' Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Agama dan Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Dato' Nordin Bin Sulaiman Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
Merujuk kepada Rancangan Malaysia ke 10 Dato' Seri Anwar menyatakan:
"Rangka dan Pendekatan ekonomi bagi Negara adalah merupakan unjuran bagi Central Planning Negara." Menurutnya lagi,
"Kebijakan ekonomi yang baik adalah untuk membela yang tertindas dan menjamin keadilan; maka sewajibnya RMK10 dinilai bukan saja dari aspek keupayaan memulihkan kembali ekonomi Negara yang lesu; tetapi juga keikhlasan memartabatkan kebajikan rakyat terbanyak,"
Tambah Dato' Seri, "RMK10 diwar warkan sebagai satu perancangan yang berteraskan Model Ekonomi Baru. Kebijakan ini digambarkan mampu menggemblengkan ekonomi Malaysia keluar dari kelesuan yang dialami lebih dari satu dekad, sedang atas nama penswastaan, kroni diutamakan dan didahulukan sementara rakyat bakal berdepan dengan beban kos saraan awam yang meningkat."
Sedangkan menurut The Edge, 10 Jun 2010 - "10MP fails to impress market",
Sesungguhnya sejurus selepas pembentangan , Indeks komposit di Bursa Malaysia hanya menokok sebanyak 1.23 mata apabila pasaran ditutup pada 10 Jun, iaitu kurang dari 0.1% sedangkan rancangan ini dipersembahkan sebagai nadi baru ekonomi Negara.
Sedangkan menurut Dato' Seri Anwar,
"Ekonomi Malaysia: Hutang diwariskan, keberdayasaingan semakin malap."
Kerajaan mengalami defisit sejak RMK8, keadaan ini berterusan bagi RMK9. Setelah gagal dua kali berturut-turut, sekali lagi kerajaan membentangkan sasaran penurunan defisit yang sangat bercita-cita tinggi bagi tempoh RMK10." Dato' Seri Anwar menegaskan,
"Saya secara jujur menolak kebarangkalian mencapai sasaran defisit 2.8% dari KDNK menjelang 2015 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan. Bukan saja pendekatan yang digariskan di dalam RMK10 adalah pendekatan yang sama dan terbukti gagal didalam RMK8 dan RMK9, kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri dalam tempoh satu tahun yang lepas tidak menampakkan iltizam politik yang kuat untuk mengurangkan defisit."
Beliau menambah, "Keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dianggarkan berjumlah RM4 billion. Namun tuntas dengan tabiat membatalkan keputusan yang baru dibuat, YAB Menteri Kewangan sendiri menafikan bahawa lesen judi telah diluluskan kepada Ascort Sports. Kenyataan tersebut tidak jujur kerana syarikat tersebut telahpun menjalankan operasinya. Penambahan lesen ini merupakan tindakan keterlaluan kerana sebelum ini pun kerajaan Umno-BN telah meluluskan 12 cabutan undi setiap minggu."
Dato' Seri Anwar juga melahirkan kebimbangan,
"Tindakan kerajaan menjual semua harta rakyat dalam tempoh paling singkat". Menurutnya, "Dalam masa setahun, rakyat Malaysia telah kehilangan tanah-tanah paling berharga di Singapura apabila kerajaan bersetuju mengalihkan stesen keretapi dari Tanjong Pagar ke Woodsland, sedangkan perkara ini dipertahankan sekian lama demi menjamin kepentingan rakyat. Pada 23 April 2010, Negara dikejutkan apabila dua blok minyak L dan M milik Malaysia telah diserahkan kepada Brunei tanpa dibawa ke Dewan Rakyat terlebih dahulu."
Dari segi ekonomi Negara banyak bergantung kepada Petronas. Dato' Seri Anwar mengingatkan:
"RMK10 mengunjurkan bahawa hasil bukan cukai akan mencecah RM57.9 billion pada 2015 berbanding anggaran RM50 billion pada tahun 2010, penyumbang terbesar pada hasil ini adalah pendapatan dari Petronas dalam bentuk royalty dan dividen."
Tambah Dato' Seri:
"Unjuran sedemikian menggambarkan bahawa kerajaan tidak serius untuk mengurangkan kebergantungan pada Petronas walaupun kita sedia maklum bahawa rezub petroleum dan gas asli kita semakin susut. RMK10 tidak menyentuh secara khusus langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan ini."
Yang membimbangkan, Petronas mengubah strategi kepada aktiviti huluan di dalam Negara, pada hal sejak 1991, Petronas melibatkan diri secara aktif di luar Negara, memandangkan rezab minyak Negara adalah terhad. Selama 19 tahun strategi ini diterima pakai, seluruh rakyat Malaysia menikmati habuan dari strategi ini. Petronas diiktiraf sebagai salah sebuah dari 100 syarikat terbesar di dunia dan sejak kebelakangan ini memberi sumbangan yang besar untuk menampung perbelanjaan Negara. Tetapi mengapa Petronas mengundur ke belakang? Iaitu selepas tiga bulan Tan Sri Hassan Merican tidak lagi bersama-sama Petronas?
Kata Dato' Seri Anwar,
"Saya khuatir Petronas dijadikan alat percaturan beberapa pihak tertentu kerana kita tahu syarikat-syarikat tempatan yang aktif di dalam industri minyak dan gas ini adalah dimiliki oleh keluarga-keluarga elit pemerintah di Negara ini. Anak kedua-dua mantan Perdana Menteri mempunyai pegangan yang besar di dalam syarikat perkhidmatan minyak dan gas, iaitu Kumpulan Scomi yang dimiliki oleh Datuk Kamaluddin Abdullah dan Kencana Petroleum milik Datuk Mokhzani Mahathir, satu lagi syarikat milik kroni iaitu Bumi Armada yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan juga dominant dalam mendapatkankontrak perkhidmatan dari Petronas."
Menurut Dato' Seri Anwar,
"Baru-baru ini juga kita difahamkan CIMB telah dilantik untuk menjadi perunding khidmat penyenaraian kumpulan Petrokimia-Petronas. Bagi salah satu penyenaraian terbesar dalam sejarah Bursa Malaysia, yuran khidmat penyenaraiannya juga adalah besar."
Lantaran itu menurut Dato' Sei Anwar,
"Perkembangan-perkembangan sebegini menimbulkan sedikit tanda tanya dan saya mohon perkara ini diambil perhatian bukan saja oleh pengurusan Petronas, tetapi pimpinan kerajaan kerana kebergantungan kepada Petronas bermakna ia perlu dibiarkan kekal bebas dari campur tangan, kalau tidak seluruh kelangsungan kewangan kerajaan akan terjejas.`` katanya.
Sesungguhnya RMK10 menjadi berkecamuk apabila usaha menjana ekonomi untuk melonjak menjadi Negara berpendapatan tinggi bersimpang siur dengan rundingan politik untuk menjaga kepentingan segelintir pihak. Pada kala kerajaan cuba membangunkan kelas usahawan yang mampu bersaing, persoalan perkauman masih tetap dibawa. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak yang diumpan dengan pelbagai cadangan yang indah khabar dari rupa – kontrak berbillion ringgit diberikan kepada pihak yang sama seperti Tan Sri Francis Yeoh, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Syed Mokhtar dan lain-lain. Sebagai habuannya, beberapa lantikan pengurusan diberikan kepada orang Melayu sebagai tanda kerajaan kononnya mempertahankan hak.
Pendekatan ini sempit dan telah terbukti gagal selama 3 dekad. Ia tidak berbeza dengan pelbagai peraturan yang mensyaratkan orang Melayu diberikan saham tetapi saham-saham itu iatuh di tangan beberapa kerat sahaja. Akhirnya hanya RM2 billion dari RM54 billion yang masih kekal.
Maka, teras pendekatan ekonomi yang perlu diambil bukanlah dari perspektif perkauman. Hanya program ekonomi yang berkiblatkan keadilan dengan tujuan menaikkan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum yang akan dapat menjamin kesejahteraan rakyat.
(Pendapat Panel yang lain akan menyusul)
Sekian.

No comments:
Post a Comment