BBB, 02 Syawal = 11 September (Sabtu):
Berita Paderi Terry Jones (58) daripada Dove World Outreach Centre bertempat di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat menarik balik rancangan untuk membakar Qur`an pada hari ini sempena dengan ulangtahun ke 9 selepas peristiwa runtuhnya Twin Tower New York – World Trade Centre (WTC) diserang pada 11.9.2001 adalah melegakan. Ianya boleh disifatkan `Kewarasan Mengatasi Dendam`. Tetapi asas bagi apa yang dikatakan `dendem` itu masih dipersoalkan kebenaran yang menuduh perlanggaran yang dikata, menyebabkan runtuhnya bangunan TT di WTC dilakukan oleh pengganas dari kalangan orang Islam, tetapi kebenaran melanggar kedaulatan dan kemusnahan Iraq jelas dilakukan oleh Amerika, iaitu pada masa Amerika di bawah Presiden Bush. Jadi jika dikira dari timbalbaliknya dendam, tidak berkesudahan melainkan kemusnahan.
Kita memuji sikap Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negaranya Hillary Clinton yang mengambil sikap tenang dan melarang Paderi Terry Jones dari meneruskan sikap dendamnya untuk membakar Al-Qur`an Kitab Suci Umat Islam. Andainya hasrat ini diteruskan, ianya ibarat menyimbah petrol ke api dendam yang segera menyambar dan membakar hati umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya tersebarnya berita mau membakar al-Qur`an dari Terry Jones seorang Paderi Kecil yang mempunyai pengikut 50 orang itu menjadi besar sebagai mewakili seluruh dunia Kristian, walaupun pada hakikatnya dunia Kristian yang lain tidak bersetuju. Namun sebagai reaksi spontan dan awal, baik dari kalangan penganut Islam, maupun dari kalangan penganut Kristian yang tak dapat menahan nafsu ammarah mereka telah mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan membantah. Kalaulah pembakaran terjadi besar akibat dan tragidi menanti.
Sifat dendam adalah timbul dari kalangan mereka tamak untuk menguasai ekonomi, walaupun jelas milik orang atau menguasai politik kekuasaan yang diakibatkan oleh kedua-duanya sanggup pihak yang berkepentingan mencetuskan persengkitaan bahkan berperang. Banyak contoh yang dapat diketengahkan contoh konfrontasi antara Amerika dan Iran, kerana kepentingan ekonomi, bahkan penyerangan dan pemusnahan ke atas Iraq sekaligus kerana kepentingan ekonomi dan politik.
Fungsi agama, baik Kristian lebih-lebih lagi Islam, ialah menyampaikan mesej keamanan kepada seluruh Negara dan manusia. Contoh Islam menawarkan keamanan kepada warga Negara bukan Islam di Negara Islam seperti dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. semasa memerintah Madinah. Bahkan menawarkan kewarganegaraan dan keamanan kepada yang minority di Negara Islam seperti di Malaysia dan di Negara-negara Islam yang lain. Oleh kerana semua agama, khususnya Islam dan Kristian cintakan keamanan, maka seharusnya kedua agama dan agama yang lain berganding bahu mewujud dan mempastikan keamanan baik di Amerika, di Malaysia bahkan di mana-mana jua di dunia ini. Semua agama seharusnya bekerjasama mempertahankan kemanusiaan dan menentang kekejaman dan kezaliman.
Dalam hal ini, usaha penduduk minoriti Islam untuk mendapat sedikit ruang bagi mendirikan Pusat Kebudayaan Islam di Ground Zero berhampiran dengan Twin Tower New York (WTC), seharusnya tidak menjadi antara punca dendam kepada penduduk Amerika yang majoritinya Kristian. Mereka berhak mendapat ruang bagi mempraktikkan keyakinan dan kepercayaan, lebih daripada itu mereka akan membuktikan kehadiran mereka membantu mengharmoni dan dengan memberi hak mengindahkan suasana yang memancarkan kemurnian dan keindahan Islam. Ianya juga memperkukuhkan amalan demokrasi di Amerika yang memberi hak kepada golongan minoriti yang juga hak bagi mana-mana penganut mempraktikkan kepercayaan dan amalan mereka.
Sekian.

dr,nk share kat blog saya.nk mintak izin
ReplyDeleteHmmm, tulisan yang menarik. Terima kasih ya telah berbagi.
ReplyDeleteKebetulan kemarin saya juga barusan menulis topik serupa tentang membalas dendam. Cek saja entri saya yang berjudul Balas Dendam Itu Manis? Saya yakin bisa jadi referensi silang yang menambah pengetahuan kita bersama.
Salam kenal, dan sampai jumpa lagi nanti.
Lex dePraxis
Unlocked