Sungai Ramal Luar, 20 Syawal = 29 September (Rabu):
Pagi ini satu Majlis Penyerahan Masjid Haji Mat Saman yang baru siap dibina (September 2010) sempurna dilaksanakan. Penyerahan dilakukan bagi pihak Kontrektor oleh Arkitek Temiang Sari, Encik Mohd Yusof Yahya kepada JKR yang diwakili Jurutera Daerah Encik Nor Azman bin Ramli. Kemudian En. Nor Azman menyerahkan kepada Tuan Haji Mohd Yusof Abdul Kadir selaku Ketua Kampung Sungai Ramal Luar bagi pihak AJK Masjid Haji Mat Saman. Majlis Penyerahan dan menandatangani penerimaan disaksikan oleh ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar, Wakil dari JAIS Encik Ahmad Fitri, Wakil dari PAID Hulu Langat, Encik Mohd Duraibi Mohd Amin, Wakil dari ICU, UPEN En. Masmiawan, Imam-Imam dan AJK Masjid.
Sebelum penyerahan, Arkitek En. Mohd. Yusof Yahya dalam ucapannya melahirkan kesyukuran kepada Allah kerana projek pembinaan yang tertangguh selama empat bulan dan diberi tempoh pembinaan selama 77 minggu dapat disiapkan 4 bulan lebih awal. Masjid yang berharga RM4.2 juta ini telah mula digunakan pada Hari Raya Idul Fitri baru-baru ini (10 September 2010).
Jurutera En. Nor Azman pula berterima kasih kepada semua pihak baik dari Kerajaan Negeri, JAIS, PAID, Kontrektor, Arkitek, Ketua Kampung, Nazir dan AJK yang telah berperanan bagi menyiapkan bangunan Masjid Haji Mat Saman yang begitu indah. Beliau berharap dengan siapnya masjid ini ahli Kariah Sungai Ramal Luar dapat menunaikan sembahyang dengan lebih sempurna dan menjalankan pelbagai kegiatan keilmuan dan kemasyarakatan dengan lebih selesa. Tuan Haji Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampong yang mewakili Nazir dan AJK Masjid berterima kasih kepada semua pihak yang berperanan menjayakan pembinaan Masjid. Bagi pihak AJK beliau berjanji akan berusaha memakmurkan masjid dan melengkapkan kekurangan yang masih diperlukan oleh Masjid.
ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar ketika berucap melahirkan kesyukuran kepada Allah, kerana setelah melalui liku-liku peristiwa mencabar akhirnya Masjid Haji Mat Saman dapat disiapkan sebagaimana dapat disaksikan dan penandatanganan penyerahan yang dilakukan. Beliau mengimbau kepada sejarah Masjid Hj. Mat Saman yang didirikan pada tahun 1929 itu adalah sebagai sebuah masjid tertua di negeri Selangor. Sebab itu ia menjadi sebuah Monumen klasik dan bersejarah. Masjid ini telah melalui pembesaran dan perluasan. Misalnya pada 1989 masjid ini telah mengalami penambahan dan pembaikpulihan. 10 tahun berikutnya ditambahbesarkan bahagian kanan dan kirinya.
Ketika pengukuran dan pemastian arah kiblat dilakukan, maka disedari bahawa arah kiblat masjid tersebut tidak begitu tepat. Mulai dari masa ini (1999) timbul hasrat bagi membina sebuah masjid yang baru yang menepati ukuran arah kiblat. Permohonan pernah dilakukan oleh AJK pada masa itu. Satu peruntukan yang agak besar dijanjikan oleh pihak kerajaan, tetapi oleh sebab teknikal maka hasrat mendirikan masjid baru terbantut dan peruntukan tidak dapat digunakan dan terpaksa membuat permohonan baru kemudian diluluskan, iaitu sebanyak RM4.2 juta itu.
Apabila masjid baru diusahakan pembinaan dengan cadangan meroboh yang lama, maka pada November 2008 timbul bantahan terhadap rancangan tersebut disertai dengan tandatangan penduduk. Mereka mahu kekalkan masjid lama yang bersejarah yang dibina dari sadakah orang ramai dan mencadangkan peruntukan digunakan bagi pembaikan masjid tersebut. Beberapa siri rundingan melibatkan Pejabat Agama dan ADUN Bangi antara jawatankuasa dan penduduk dan keputusan akhir diambil mengekalkan yang lama dan membina yang baru sebagai Masjid Berkembar (Twin Mosques) Sungai Ramal Luar.
Pihak AJK menjemput pihak JAIS bagi memastikan kedudukan Masjid Berkembar terutama Masjid Lama tepat dari segi arah Kiblat bila dirangkaikan sebagai kesatuan masjid. Difahamkan Timbalan Mufti Selangor – SS. Datuk Abdul Majid akan turun ke masjid ini dalam masa terdekat bagi meneliti dan memberi jawapan dari segi hukum dan bagi cara terbaik membuka dan menyambungkan ruang masjid lama dengan masjid baru.
ADUN Bangi mengharapkan kedua-dua bangunan diintegrasikan dan diharmonikan dari segi landscape dan environment setempat. Biarlah ianya memenuhi dari segi fungsi dan juga dari segi estetik. Arkitek, bahagian landscaping dan jurutaman diharap dapat membuat cadangan bagi dilaksanakan.
ADUN Bangi berharap setelah bangunan fizikal dapat diwujudkan, tugas paling penting menurut ADUN Bangi, ialah pengisian kegiatan. Beliau berharap AJK memastikan Masjid Berkembar Haji Mat Saman diisi dengan kegiatan-kegiatan ibadat, pendidikan dan juga kemasyarakatan. Beliau mau Masjid ini menjadi sebuah masjid yang aktif dan terkehadapan dari segi kegiatan dan menjadi daya tarikan bagi orang ramai datang.
Sebelum acara penyerahan mereka yang datang, termasuk ADUN dan pegawai-pegawai berlegar memerhatikan seni bina dan keindahan masjid. Antara mereka keluar meninjau kedua-dua bangunan dan kawasan keliling yang agak luas dan cukup dengan kawasan parking. Bila semua siap dan dihias dengan taman dan landskap, insya Allah Masjid Berkembar Haji Mat Saman menjadi masjid yang menarik. Majlis diakhiri dengan jamuan raya pada tengaharinya.
Sekian.

No comments:
Post a Comment