September 15, 2010

Datuk Ujang Bagong Unik & Dermawan

Masjid Kajang, 26 Ramadhan = 05 September (Ahad):


Sebut saja tentang Datuk Ujang Bagung (75), siapa tak mengenalinya di Hulu Langat ? Lebih-lebih lagi di Kajang. Sekurang-kurangnya ada dua keunikan yang mengidentitikan dirinya. Pertama tentang dirinya yang segak dan tampan. Senentiasa berpakaian kemas berbush jacket, bersongkok hitam dan berbagai bintang bergayutan pada dadanya disempurnakan dengan berbagai hiasan pada pakaian dan dirinya. Pakaian sedemikian adalah sebagai pakaian rasminya yang pada kebiasaan colournya berwarna hijau. Untuk ke function agama seperti ke masjid, surau dan amal kebajikan serta keagamaan, sering pula beliau berjubah hijau dan berkupiah. Ke mana beliau pergi dengan kenderaan Mercedes disertai pengiringnya sebagai pegawai peribadi sesuai sebagai pembesar bergelar Datuk.


Satu ciri lain yang mengidentitikan dirinya, bahawa beliau adalah seorang pemurah dan suka membuat kebajikan. Sebagai contoh pada 26 Ramadhan = 05 September di atas pada Majlis menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim seluruh Hulu Langat, Datuk Ujang dijemput sama. Beliau tiba agak lewat. Hampir selesai penyampaian bantuan. Beliau tiba dengan ikatan wang yang dibahagikan kepada semua orang, bukan saja anak-anak yatim, tetapi juga ke pada ibu bapa, penjaga anak-anak yatim, pegawai dan AJK yang hadir. Tiap orang diminta menerima wang pemberiannya sebanyak lima ringgit seorang, termasuk ADNS Bangi, turut menerima sekeping wang berharga RM5/=. Bila didapati ikatan yang dibawanya tidak cukup. Beliau meminta pegawai perabidanya ke kereta dan membawa tambahan yang lebih banyak, sehingga ada orang yang diberi lebih dari sekali hingga orang berkenaan menolak, tetapi beliau meminta menerimanya.


Sifat pemurah Datuk Ujang Bagung, kerana keinsafan dari latar dirinya yang dulu bekerja sebagai `boroh kasar` di Majlis Daerah Hulu Langat (MPKj kini). Kini beliau sebagai Pengerusi Pemadam Hulu Langat. Ini memberi keinsafan baginya menolong orang-orang yang susah. Dengan kemurahannya rezeki bagi dirinya melempah ruah dan makin menggerakkannya untuk bersedekah. ADNS Bangi sering bersamanya di dalam majlis-majlis kebajiakan menyampaikan bantuan sama ada kepada anak yatim, ibu tunggal, warga mas dan faqir miskin. Bila Datuk Ujang hadir, beliau tidak akan hadir secara tangan kosong, Kebiasaan jumlah wang kita bawa diatasi dengan jumlah peruntukan peribadinya.


Di samping bersifat ringan tangan dan suka membantu. Beliau membantu Sekolah agama (dekat Masjid Kajang) seperti memperuntukkan wang dengan jumlah sesuai bagi membaiki dan mengecatkan bangunan tersebut. Beliau juga memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mengecat bahagian Masjid Kajang.dan juga peruntukan-peruntukan yang lain yang jumlahnya agak mahal, tetapi tidak menjadi hal bagi Datuk Bujang.


Begitulah terkenalnya Datuk Ujang Bagong, sebuah nama yang unik yang tidak ada persamaan dengan orang lain. Sifat dermawannya sama dengan sifat beliau yang suka menolong orang Kalau di negeri Arab, ada watak Pemurah yang terkenal dengan panggilan Hatim at-Ta`I, maka di tempat kita ada watak pemurah iaitu Datuk Ujang Bagong.

Sekian.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dr,

    Saya berharap agar YB dapat menyelesaikan masalah kekerapan ketiadaan air di Flat Sri Kenari, Sungai Ramal.

    Untuk maklumat YB sudah 3 hari berturut-turut kami tidak mendapat bekalan air.

    ReplyDelete