September 7, 2010

Tujuh Likur: Petangnya Mengisi Padatnya Jemputan

BBB, 26 Ramadhan = 5 September (Ahad):


Bermula jam 5.00 petang mengagih bantuan dan bubur lambuk kepada 12 anak yatim di Surau Ar-Ridhwan, Hadir bersama ADNS Bangi Sdr. Zaid Akhtar Pengerusi Persatuan Penduduk Council Home, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan ADNS Bangi. Kemudian bergegas ke Masjid Pekan Bangi juga mengagihkan bantuan kepada 30 anak yatim dan 40 orang faqir-miskin. Bantuan ditaja oleh ABIM Pusat, Pihak Masjid, ADNS Bangi, individu dan fidyah. Hadir bersama En. Abdul Halim Mokhtar Nazir Masjid, Encik Razak Idris Presiden ABIM, En. Azlan Nordin Ketua Kampong, Haji Ayob Imam, penerima-penerima bantuan, anak-anak yatim dan para jamaah.


Dari Pekan Bangi, kami bergerak ke Surau al-Umm, Sungai Ramal Dalam. Nama surau ini bersamaan dengan nama surau Seksyen Satu Bandar Baru Bangi. Surau BBB al-Umm – Ibu, bermaksud Surau Terawal di BBB, tetapi nama Surau Al-Umm, Sungai Ramal Dalam bersempena nama pewakaf surau yang dipanggil Al-Umm. Dari wakaf surau di sini sebuah rumah dua tingkat, penduduk membeli 6 unit rumah yang bersambung dengan Surau Wakaf menjadikannya sebagai harta surau, di samping membeli tanah bagi meluaskan kawasan surau. Jadi surau ini mempunyai sumber kewangan yang kukuh dari 6 unit rumah sewa yang bersambung dengan surau.

Di sini kami berbuka, bersembahyang maghrib dan menyampaikan sedikit tazkirah. Selepas itu kami bergerak ke Surau Al-Sabah, Seksyen 3 BBB berkesempatan sembahyang Isya` dan tarawih. ADNS Bangi juga diminta bertazkirah ringkas antara rakaat tarawih. Sebaik selesai sembahyang tarawih 20 rakaat, Saudara Azizi menghubungi Ustaz Shafie Ngah dan mendapat maklumat YB Dato` Dr. Hasan Ali yang datang berjamaah dan bertazkirah di Masjid Al-Hasanah baru memulai tazkirah. Dengan memohon maaf kepada Pengerusi Surai Kernal (B) Mohd Abu ADNS Bangi memohon diri selepas membasah tekak dan menjamah sedikit kuih, kami bergerak ke Masjid Al-Hasanah dan berkesempatan mendengar sebahagian dari tazkirah Y.B Dato` Dr. Hasan Ali yang mahu semangat Ramadhan dibawa di dalam penghidupan seterusnya dan mau segala tindakan dan tugas yang dijalankan kerana Allah. Berikutnya berkesempatan bersama Dato` Dr. Hasan Ali di dalam Dewan Masjid berbincang sambil minum. Alhamdulillah semua jadual petang ini dan juga dari pagi berjalan dengan baik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment