September 25, 2010

Kemiskinan Bandar: Pendekatan Penyelesaian

Shah Alam, 13 Syawal = 23 September (Khamis):

Menyebut tentang kemiskinan, tanggapan terarah ke Luar Bandar yang penduduknya bergantung kepada pertanian dan pada umumnya berada di bawah paras garis kemiskinan. Tetapi kemiskinan yang merupakan masalah sosio-ekonomi masyarakat ini bukan saja dialami oleh penduduk Luar Bandar, tetapi juga penduduk Bandar. Kemiskinan di Bandar mempunyai ciri dan polanya yang memerlukan pendekatan dan penyelesaian tersendiri.

Sebuah kertas dibentang di dalam Seminar Pelaksanaan Polisi `Workfare` Negeri Selangor pada 23 September bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Kertas kerja berjudul - ` Kaedah Penyelesaian Kemiskinan Bandar yang disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Nor Ghani Bin Md Nor, Pensyarah Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut Dr. Nor Ghani Sejak 1997 – 1999 dan trend ini berterusan bahawa kadar kemiskinan di Bandar tidak banyak berubah, iaitu antara 2% - 3%, namun trend urbanisasi hingga tahun 2,000 bertambah tiga kali ganda. Isi rumah meningkat, iaitu dari kadar 26.8% kepada 67%, walaupun kadar kemiskinan sama, tetapi penduduk meningkat.

Ukuran kemiskinan agak relative dan bersifat multi dimensi. Konsep dan ukuran kemiskinan merujuk kepada kemiskinan ekonomi dan harta benda yang diukur melalui pendapatan garis kemiskinan (PGK). Golongan miskin ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah PGK. Semakin rendah pendapatan semakin tegar kemiskinan.

PGK Kerajaan pusat meletakkan PGK pada kadar RM721 sebulan. Jika diaplikasikan kepada penduduk di Lembah Kelang adalah tidak praktikal. Satu isi keluarga tidak mampu hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM721 sebulan. Lebih tidak praktikal lagi pada masa BN memerintah Selangor, mereka meletakkan PGK ialah RM400 dan pada tahun 2008 diisytiharkan Selangor Maju berdasarkan PGK RM400 dan kadar kemiskinan di Selangor dikatakan 0.5% dan Selangor kononnya hampir mencapai sifar kemiskinan.

Apabila Kerajaan Pakatan Memerintah Selangor, Pakatan mengambil PGK di atas kadar RM1,500 sebulan. Ini mengambil kira satu keluarga di Selangor perlu mendapat pendapatan harian tak kurang dari RM50/= sehari (RM50 x 30 hari = RM1,500 sebulan). Atas kadar Rm50/= sehari atau RM1,500 sebulan keluarga katakana lima orang perlu membayar sewa rumah, makanan, bil-bil bayaran bulanan, tambang ke tempat kerja dan persekolahan anak, pakaian dan sebagainya. Di dalam hal ini PGK di Selangor secara jujur mengakui hakikat kemiskinan di Selangor adalah dalam lingkungan 1.5 juta orang..

Menurut kajian pakar-pakar ekonomi antara sebab kemiskinan di Bandar ialah kerana tahap pendidikan yang rendah, kekurangan peluang pekerjaan, mempunyai keluarga yang besar dan kurang akses kepada kemudahan sosial, gaji rendah, sakit dan hilang pergantungan seperti ibu tunggal, yatim piatu, OKU.dan warga mas yang ditinggal keluarga.

Umumnya walaupun masalah dan sebab kemiskinan dikenalpasti, tetapi tidak mudah mengatasinya.

Namun Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor adalah sebagaimana berkut:

Kerajaan Selangor adalah Kerajaan Prihatin terhadap rakyat yang mempopularkan slogan yang dipraktikkan iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Contoh Skim Warga Mas, Ibu tunggal dan anak yatim. Air Percuma yang digunakan digunakan kurang dari 20 cubic meter. Menyediakan Pinjaman Credit Kecil bagi usahawan kecil, memulangkan pendapatan pasir kepada rakyat.

Menggalakkan rakyat mendapat kemudahan pelajaran seperti Skim Tawas, bantuan bagi pelajar Selangor masuk universiti dan menyediakan pinjaman tanpa faedah dan boleh menukarkannya kepada biasiswa bagi pelajar yang mencapai keputusan cemerlang.

Memudahkan peluang rakyat mendapat pekerjaan di berbagai sector perindustrian, ekonomi dan perkhidmatan yang banyak terdapat di Selangor.
Menyediakan Skim dan Dana bagi Nelayan, Pertani, Usahawan dan Pengusaha Kecil,

Memudahkan rakyat yang tinggal di Selangor memiliki rumah. Menyediakan rumah bagi rakyat termiskin dan membaikpulih rumah mereka yang rosak. Meluluskan permohonan tanah secara berkelompok yang berkelayakan.
Menyediakan bantuan zakat dan Kebajikan Masyarakat kepada mereka yang layak dan memerlukan dan banyak lagi skim dan program yang dirangka bagi kepentingan rakyat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment