Sebagaimana dimaklumkan melalui media blog ADUN Bangi dan Ahli Parlimen Serdang, postar dan surat yang diedarkan bahawa Ahli Parlimen Serdang, ADUN Bangi serta Ahli-Ahli MPKj di bawah DUN Bangi akan mengadakan Rumah Terbuka pada 3 Oktober 2010 (Ahad) bertempat di Kompleks Sukan, Seksyan 15 Bandar Baru Bangi mulai jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang. Orang ramai dijemput hadir.
Bagi meluaskan makluman dan hebahan, maka secara tradisi setiap tahun hebahan dan jemputan juga dibuat secara turun padang menemui rakyat dan menyampaikan jemputan secara peribadi dan langsung kepada rakyat. Demikianlah keadaannya pada tahun ini, sejak awal pagi jam 7.30 pagi Sabtu 25 September Ahli Parlimen Serdang Y.B. Cik Teo Nie Ching bersama-sama pembantu-pembantunya dan ADUN Bangi dan pembantu-pembantunya juga turun sama mengedarkan kad-kad jemputan kepada orang ramai yang datang ke Pasar Bandar Baru Bangi di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi. Orang ramai baik yang sedang makan di gerai-gerai, yang sedang membeli atau yang baru sampai atau yang hendak pulang dari membeli ditemui oleh Ahli Parlimen, ADUN dan pembantu-pembantu dan menyampaikan kad jemputan. Mereka secara ceria dan gembira menerima kad-kad jemputan dan berjanji – insya Allah akan menghadiri jemputan. Edaran di Pasar Bandar Baru Bangi berakhir jam 9.00 pagi.
Selepas menyampaikan kad-kad jemputan di Pasar Bandar Baru Bangi Y.B. Teo dan pembantu-pembantu dan wakil ADUN Bangi bergerak ke Pasar Sungai Chua, Kajang menyampaikan kad-kad jemputan ke sana. ADUN Bangi tidak dapat sertai ke Pasar Sungai Chua kerana mempunyai program – Menyambut kehadiran Y.B. Dr. Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan yang hadir ke Sekolah Agama Lepai, Bandar Baru Bangi 9.00 pagi ini yang datang bukan setakat menyertai Majlis Sambutan Hariraya yang dianjur oleh Sekolah, tetapi datang membawa peruntukan kepada Sekolah tersebut.
Penyampaian kad jemputan raya juga dilakukan pada pagi 26 September (Ahad), mulai jam 8.30 pagi di Pasar Kajang. Y.B. Teo dan ADUN Bangi dan pembantu-pembantu turun sama mengedarkan kad jemputan kepada orang ramai yang datang membeli belah di Pasar Kajang dan juga kepada peniaga-peniaga. Edaran berterusan hingga jam 10.00 pagi. Kad-kad akan diedarkan juga kepada pengunjung-pengunjung pasar malam Selasa Seksyen 16 pada 28 September mulai jam 6.00 petang serta di beberapa lokasi yang lain seperti di Jasmin dan sebagainya. Adalah dijangka sejumlah 5.000 kad jemputan diedarkan secara langsung kepada orang ramai melalui pertemuan secara langsung.
Walau bagaimana kepada mereka yang tidak menerima kad, tetapi mendapat maklumat tentang Rumah Terbuka ini adalah dijemput hadir ke Rumah Terbuka jamuan Hariraya:
RUMAH TERBUKA AHLI PRLIMEN SERDANG DAN ADUN BANGI:
TARIKH: 3 OKTOBER 2010
HARI: AHAD
JAM: 12.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN, SEKSYEN 15,
BANDAR BARU BANGI.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
HARI: AHAD
JAM: 12.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN, SEKSYEN 15,
BANDAR BARU BANGI.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Sekian. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment