Esset, Sungai Tangkas, BBB, 27 Ramadhan = 06 September (Isnin):
Satu Perbincangan Meja Bulat di antara ahli-ahli MPKj, ketua kampong dan pimpinan komuniti setempat dilakukan di Institut Latihan Keselamatan Sosial (KWSP), Sungai Tangkas Bangi pagi ini. Perbincangan bertujuan bagi mendapat idea dan pandangan mengenai blueprint kawasan Kajang dan Bangi bagi tahun 2011-2013.
Majlis pembukaan dilakukan oleh YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi bin Abd. Rahman, turut hadir ADNS Bangi Dr. Shafie Abu Bakar dan Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Zainal Abidin A`la. Menurut Dato` Hasan,
``Rangka pembangunan di bawah MPKj melibatkan penduduk 750,000 orang daripada keseluruhan penduduk Hulu Langat sebanyak 1.2 juta. Kawasan Kajang-Bangi penting kerana berada di antara 4 segi emas – Putrajaya – Kuala Lumpur – KLIA & Seremban. Pembangunan memberi kesan kepada Kajang-Bangi. Misalnya pembinaan KLIA 2 dengan peruntukan RM2 bilion memerlukan pekerja seramai 20,000 orang. Kawasan Kajang-Bangi menjadi pilihan tempat tinggal. Kita perlu menyediakan kemudahan seperti perumahan yang selesa. Kita membuat perancangan meluaskan Kajang kepada Kajang Dua yang melibatkan Kajang Utama ke Bandar Teknologi (Sebelum ini ADNS Bangi pernah mengutarakan cadangan memperluaskan Bangi kepada Bangi Raya yang melibatkan Sungai Tangkas, Kajang Utama dan Bandar Teknologi sebagai Bangi Dua dan Bangi Tiga melibatkan Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota). Perluasan kawasan memerlukan pertambahan 4,000 unit rumah yang melibatkan tanah seluas 2,000 ekar.
Dato` Hasan Nawawi menjelaskan tentang konsep Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan yang melibatkan kemajuan dari segi sosio-ekonomi, arah panduan dan penggunaan tanah, tadbir urus, menjaga kepentingan alam sekitar, menekankan perkembangan Modal Insan dan menjana pertumbuhan sumber baharu.
YDP MPKj juga menyentuh pembangunan dan perkembangan Kajang-Bangi yang kelak akan diadakan 2 overhead crossover dari Kajang Utama ke Bandar Baru Bangi dan overhead crossover dari Station Keretapi Sungai tangkas ke Hentian Kajang di Jalan Reko
Pembimbing perbincangan hari ini ialah pihak Merdeka Centre sebagai badan swasta yang mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri bagi menyiapkan Selangor Blueprint 2011 – 2013. Antara pendekatan yang dibuat ialah mendapat feedback dari PBT. MPKj adalah PBT terakhir daripada 12 PBT yang diadakan perbincangan seperti hari ini. Rumusan pandangan yang didapati dari perbincangan hari ini akan disatukan dengan pandangan-pandangan yang dipungut dari PBT-PBT yang lain. Puncaknya cadangan dari semua perbincangan akan disatukan dan dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk dibahas dan diterima sebagai rangka perkembangan masa depan Selangor 2011-2013 – termasuk dari MPKj bagi tiga tahun akan datang.
Sekian.

No comments:
Post a Comment