September 21, 2010

Melaka Memang Negeri Bersejarah ! Terus Mencipta Sejarah !

BBB, 07 Syawal = 16 September (Khamis):

Anekdot:

Pada hari ini hari cuti Merdeka Bahagian Akhir (16 September) dan suasana raya Idul Fitri masih hangat di sambut. Pagi-pagi ini seorang sahabat datang menziarah raya ke rumahku. Aku raikannya sebagaimana biasa. Sambil bercakap-cakap, kami mengambil surat-surat khabar yang baru aku bawa pulang dari kedai di hadapan rumahku. Tiba-tiba sahabatku menununjukkan kepadaku berita dari sebuah akhbar, ``First intake of pregnant teens ! – Girls to be taught standard school syllabus.

Malacca: Some 40 places will be made available at Sekolah Harapan, the country`s first school for pregnant teens which will take in its first batch of students tomorrow. (The Star, Thursday 16 Sept. 2010: N14).

Spontan aku memberi komen, ``Melaka memang negeri bersejarah dan terus mencipta sejarah !``
Tambahku, ``Mana ada negeri di Malaysia, mungkin di dunia yang mengadakan, Sekolah Untuk Ibu Mengandung Luar Nikah ?``
Tingkah sahabatku menghangatkan perbualan, ``Pelancaran pula sebaik selepas Sambutan Hari Kemerdekaan yang memang bersejarah !``, katanya.
Kataku, ``Dan akan bertambah sejarah Melaka Bersejarah, apabila paling lewat Sembilan bulan kelak, ibu-ibu luar nikah ke kelas bersama dengan anak-anak luar nikah !``
``Agaknya bolehlah dikatakan, ``Ketua Menteri Melaka adalah bukan saja Ketua Menteri, tetapi pemimpin Umno yang paling ramai mempunyai anak angkat luar nikah yang diasuh oleh JAIM !`` ujar sahabatku.
Kataku, ``Sejarah akan terus tercipta bagi Negeri Melaka Bersejarah, jika 2009 seramai 391 anak luar nikah dan 174 tahun 2010 (hingga Julai), maka dengan adanya kemudahan dan galakan yang diberi, maka pada masa hadapan akan bertambah-tambah lagilah anak-anak luar nikah di Melaka !``
``Dan untuk jangka panjang negeri Melaka dihuni oleh rakyat luar nikah! MasyaAllah.`` celah sahabatku.
``Anehnya``, komen sahabatku, ``Tidak ramai yang memberi komen tentang Sekolah Ibu Mengandung luar nikah!``
``Agaknya kerana program Sekolah Ibu Mengandung itu bernas dan jitu, hingga semua orang terpesona dan tak terkata dan tidak ada orang yang mahu komen,`` kataku.
``Sejitu cadangan supaya anak-anak di bawah umur digalakkan kahwin segera!`` kata sahabatku.
``Anehnya bagi remaja lelaki yang menyebabkan remaja perempuan mengandung tidak dicadangkan ke Sekolah Remaja Menyebabkan mengandung!`` kataku.
``Macam mana boleh kenal ? Tak ada tanda macam ibu mengandung !` Tingkah sahabatku.
``Jadi makin semaraklah di Melaka dengan pelajar-pelajar Mengandung !`` kataku.
`Dan Makin ganas dan bermaharajalelalah pelajar-pelajar lelaki membanyakkan pelajar-pelajar perempuan berpeluang ke Sekolah Ibu mengandung!` kata sahabatku.
Ini bermakna makin bersejarahlah Melaka dengan sejarah keanehan-keaniean fikiran pemimpinnya. Puncak bagi Sekolah Ibu Mengandung Di Luar Nikah, apabila Isnin 20 September 2010, hari pertama Sekolah ini dibuka, 5 orang datang mendaftar. Semua mereka mengandung melebihi 5 bulan. Kesemua mereka Melayu, kecuali seorang Cina. Dipercayai lebih ramai lagi memohon untuk bersekolah di Sekolah Ibu Mengandung Luar Nikah ini.
``Barangkali yang lain yang mahu datang, mungkin sedang berkira-kira dari segi kemampuan kewangan!`` kata sahabatku.
``Tapi kalau mahu lebih ramai, Kerajaan Negeri Melaka hendaklah mengutamakan kebajikan. Untuk lebih ramai datang percumakan dari segala bayaran.`` kataku.
Sahabatku mencelah, ``Dengan itu negeri Melaka bukan saja bersejarah, tapi prihatin dan berkebajikan !``
``Tapi salah pendekatan. Akar umbi permasalahan tidak cuba dibasmikan. Keadaan sekarang seolah-olah menggalakkan,`` kataku.
``Sejarah akan menentukan setakat mana jitunya tindakan diambil atau ianya semacam Si Luncai terjun dengan labunya. Patutkah dibiar dan digalakkan tanpa membasmi akar umbi permasalahan?`` Tanya sahabatku.
Biar apapun, `Melaka Memang Negeri Bersejarah dan Terus Mencipta Sejarah`.

Wallahu a`lam. Sekian.

1 comment:

  1. Ada juga usaha Kerajaan Melaka untuk menyelamatkan golongan yang terpedaya dengan bisikan Syaitan..Ini jauh lebih baik dari perbuatan mengkritik tanpa berbuat apa-apa.

    ReplyDelete