September 19, 2010

Bukti Bangi Bandar Sejahtera-Aman – Tempat Pilihan

BBB, 08 Syawal = 16 September (Jumaat):

Satu Anekdot:

Dalam satu mesyuarat membincangkan keberkesanan kerja-kerja Kabinet Mini yang dilantik menjayakan Manifesto DNS Bangi, Sang Ketua berkata,
``Kita melantik AJK melaksanakan slogan Bangi Bandar Sejahtera, Aman, Berilmu dan Prihatin, kita nak nilai sejauh mana apa yang dislogankan ini terlaksana``, kata Sang Ketua.

Seorang AJK menjawab, ``Kita telah menjalankan tugas seperti untuk `Prihatin` AJK Kebajikan telah menjalankan tugasnya dengan baik – turun padang seperti pada bulan Ramadhan baru-baru ini, begitu juga `Bandar Ilmu` kita telah berjaya menjalankan berbagai kegiatan mempromosikan Bangi Bandar Ilmu,`` kata AJK.

``Bagaimana dengan `Sejahtera Aman`, tiada AJK khusus ?``, Tanya yang lain.
``Tapi ini termasuk di bawah AJK Kebersihan yang juga menjalankan kegiatan. Misalnya 2009 kita mengadakan 10 kegiatan gotong royong utama dan lebih dari 30 gotong royong tempatan taman. 2010 kita bersama MPKj menjayakan zon bersih di Bangi di samping meneruskan kegiatan gotong royong. Kerjasama bagi menjamin keselamatan dengan mengadakan perbincangan dengan pihak Polis, Rela, Rukun Tetangga dan penduduk setempat dan kempen-kempen membasmikan denggi diadakan secara berterusan, khususnya di mana berlakunya kes denggi !`` kata AJK.

``Tapi kita masih menerima aduan mengenai kebersihan dalam internet – blog, akhbar dan aduan secara langsung dengan surat dan tulisan !``, kata Sang Ketua.
``Tapi``, kata seorang AJK, ``Soal kebersihan adalah soal relatif. Ini bukan kat kita saja, ianya berlaku dimana-mana taman dan perbandaran kerja membersih adalah kerja berterusan. Semua pihak mesti menjalankan tugas. Sebarang aduan perlu diambil perhatian dan tindakan.``

Kata seorang AJK yang lain,``Memanglah ia kerja berterusan, tapi masyarakat mau yang terbaik dan bukti Bangi Sejahtera-Aman`, lebih-lebih lagi ianya sebagai slogan.``

``Saya fikir antara bukti Bangi Bandar Sejahtera-Aman`, ialah Bangi Bandar Pilihan.``

`Apa maksud Bangi Bandar pilihan ?`` Tanya seorang AJK.

Sang Ketua berkata, ``Bukti Bangi Bandar Sejahtera-Aman, bukan saja dilihat dari segi bersih dari sampah dan kurang dari jenayah, tetapi Bangi menawarkan kesejahteraan rohani dan mental. Kesejahteraan rohani ialah dengan wujudnya sebanyak 102 surau-masjid yang aktif dengan kegiatan ibadat dan keilmuan. Setiap surau-masjid bukan saja menjalankan kegiatan ibadat, tetapi juga pengajaran keagamaan dan kegiatan kemasyarakatan. Sebab itu masyarakat di sini relatifnya orang beragama dan mendukung tinggi dengan nilai-nilai Islam.``

`Bagaimana pula dengan kesejahteraan mental ?` Tanya AJK yang lain.
``Bukankah Bangi lubuk Ilmu ? terdapat di Bangi dan sekitarnya 18 buah universiti, berpuluh-puluh pusat penyelidikan dan berpuluh-puluh lagi pusat latihan ? Beratus-ratus professor terdapat di sana, beribu pakar dan professional. Pendeknya Bangi berpenghuni intelektual !``

Memang Bangi menjadi pilihan dan kawasannya cepat maju dan berkembang. Kini penduduk Bandar Baru Bangi melebihi 100,000 orang dan kawasan DNS Bangi pula melebihi 300,000 orang. Jika bukan kerana Sejahtera-Aman, masakan ianya juga menjadi pilihan Menteri, Ahli Parlimen dan ADNS yang mereka bukan wakil Rakyat di sini, tapi turut memilih Bandar Baru Bangi sebagai tempat menghuni mereka !

`Siapa mereka ?`, Tanya seorang yang lain.
Mereka adalah terdiri dari pendokong Pakatan Rakyat dan ada juga dari pihak BN.
Dari pendukung Pakatan Rakyat yang tinggal di Bangi ialah YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Y.B. En.Lee Kim Sin ADNS Kajang. ADNS Bangi tak perlu disebut sebab dia memang Wakil Rakyat Bangi !``

Sang Ketua menambah, ``Sebenarnya Wakil Rakyat dari BN sama ramainya yang tinggal di Bangi. Mereka ialah Y.B.Tan Sri Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Y.B. Datuk Abdullah Mat Zain Penasihat Agama Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Besut, Y.B. Johan bin Abdul Aziz ADNS Semenyih, Y.B. Dato` Dr. Karim bin Mansor ADNS Tanjung Sepat.``
``Mengapa mereka pilih Bangi dan tidak tinggal di kawasan yang mereka wakili ?``
Itulah tanda Bangi Pilihan kerana Sejahtera.Aman, beragama dan intelektual.``
Bukan setakat itu kata Sang Ketua, ``Mereka pada hakikatnya secara diam-diam menyokong kita, kalau tidak, masakan mereka memilih tinggal di tempat kita !`

Sekian.

No comments:

Post a Comment