BBB, 16 Zulkaedah 1434 = 22 September 2013 (Ahad):
Sebagaimana disentuh pada makalah yang lepas, bahawa ada
dikatakan bahawa salah sebuah karangan Shaykh Abdul Malik bin Abdullah ialah
Usul Tahqiq – yang bermaksud `Umbi Pengukuhan`, iaitu membicarakan Asal Segala
Persoalan Hakikat Yang Mengukuhkan Pegangan. Persoalan berhubung dengan Usul
Hakikat ini juga dikenali dengan `A`yan Thabitah` yang dikaitkan dengan ilmu
Allah pada peringkat Ahadiyyah (rumusan kesegalaan wujud di dalam ilmu Allah),
Wahdah (Peringkat dilihat secara satu persatu di dalam ilmu Allah) dan Wahidiyyah
(Peringkat kelahiran Wujud dari ilmu yang sedia ada di dalam ilmu Allah).
Pandangan dan pegangan sedemikian juga dikenali dengan Wahdatul Wujud.
Falsafah Wahdatul Wujud ini berasal usul dari tokoh Falsafah
Wujudiyyah (panggilan kepada Wahdatul Wujud), iaitu Muhyiddin Ibn `Arabi (560-638H./1164-1240M.)
berkelahiran Murcia
(Andalusia), Spanyol semasa tamadun dan peradaban Islam sedang memuncak di sana . Beliau bergerak ke
Lisbon, Seville, Cordova, Tunis, Mesir,
Palestin, Makkah, Baghdad dan terakhir ke Damascus dan meninggal di sana. Beliau
mendalami teologi, Hadith dan perundangan. Tapi yang paling menonjol di dalam
bidang Falsafah Wahdatul Wujud yang antara kitab terkenal beliau ialah Fusus
al-Hikam dan Futuhat Makkiyyah. Pandangan Ibn `Arabi dikaitkan dengan `Idea of
Plato dan Plotinus`. (Affifi, A.E, The Mystical Philosophy of Muhyiddin Ibnul `Arabi,
Sh. Muhammad Ashraf Kashmiri Bazar, Lahore (Pakistan), 1964: XIX). Pandangan
Ibnu `Arabi dilanjutkan oleh pendukung fahamannya iaitu Abdul Karim al-Jili
yang antara karangan terkenalnya al-Insan al-Kamil dan pendukung-pendukung yang
lain.
Pandangan Wahdatul Wujud Ibn Arabi boleh difahami dari antara
huraian dibuat oleh Affifi berhubung dengan, `The One and the Many: Haqq and
Khalq``
``According to Ibnul Arabi there is only One Reality in
existence. This Reality we view from two different angles, now calling it Haqq
(the Real) when we regard it as the Essence of all phenomena; and now Khalq
when we regard it as the phenomena manifesting that Essence. Haqq and Khalq:
Reality and Appearance ; the One and the Many are only names for two subjective
aspects of One Reality; it is a real unity but empirical diversity. This
Reality is God. ``If you regard Him through Him``, Ibnul Arabi says (i.e, if
you regard the Essence from the point of view of the Essence), ``then He
regards Himself through Himself, which is the state of unity; but if you regard
Him through yourself (i.e. from your point of view as a form) then the unity
vanishes.`` This seems to echo Plotinus` doctrine that the Primal One is everywhere and nowhere. But
there is a fundamental difference between the two doctrines as will be shown
later. Plotinus` One is everywhere as a Cause : Ibnul `Arabi`s One is everywhere as an Essence. and nowhere
as the universal Essence which is above
all ``where`` and ``how`` and which is different from all things that have
``where`` and ``how``.
(Affifi, A.E., The Mystical Philosophy of Muhyiddin Ibnul
Arabi, 1964: 10-11).
Pengaruh pemikiran Ibnul `Arabi dan pendukung-pendukungnya
tentang wahdatul wujud begitu luas termasuk terhadap penulis dan penyair dari
kalangan berbahasa Arab, Parsi dan Turki. Kata Haji Muhammad Bukhari Lubis:
``Ibn `Arabi`s impact on Muslims was truly tremendous. One
must agree with Muhsin Jahangiri who writes that ``almost all of the important
and famous lineages in Sufism after Ibn `Arabi recognize him as the Supreme
Master, accept his leadership on the Sufi path, and observe his rules and principles.``
Sufi from one century the next have continuously diffused the teachings of Ibnu
`Arabi`s school, and some have written books commenting on various works of the
Supreme Master. The Fusus in particular has attracted many Sufis, with the
result that there are plenty of commentaries on this work in various Islamic
languages. Numerous commentaries have been written in Arabic ranging from those
of classical commentators like `Abd al-Razzaq al-Kashani (d. 730/1330), Dawud
al-Qaysari (d. 751/1350), and Abu al-Ghani al-Nabulusi down to Mahmud al Ghurab
in our time. As far as Persian commentaries are concerned, the names of Qunawi,
Fakhr al-Din `Iraqi, Sa`d al-Din Hamuya, Mu`ayyad al-Din Jandi, Sa`id Farghani,
Rukn al-Din Mas`ud Ibn `Abdi`Llah Shirazi (known as Baharukna), Amir Sayyid
`Ali Hamadani (known as `Ali-yi Thani or Shah-I Hamadan), Sayin al-Din `Ali
Turka Isfahani, `Abd al-Rahman Jami, Muhibbu`Llah Ilahabadi, Shams al-Din
Ibrahim Abarquhi, and Taj al-Din Husayn Khawarazmi deserve to be mentioned.
There are several commentaries on the Fusus in Turkish, among which are those
by Seyh Abdullah Bosnawi (d. 1054/1644) and Ahmad Avni Konuk (d. 1938).
(Haji Muhammad Bukhari Lubis, The Ocean of Unity, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: 1993: XIV-XV).
Pengaruh Wahdatul Wujud juga berkembang di Alam Melayu, khususnya
di Aceh, pada akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17 terutama pada zaman
pemerintahan Iskandar Muda Perkasa Alam, berkembangnya aliran Wahdatul Wujud
didukung antaranya oleh Hamzah Fansuri yang berasal dari Barus (wujud dari
pertengahan abad ke 16 ke awal 17) dan pengikut-prngikutnya. Hamzah menulis
dalam bentuk rubai yang dianggap oleh Profesor Syed Naguib tokoh penggubah
puisi syair pertama dalam bahasa Melayu. Puisi-puisinya membawa pengaruh
Wahdatul wujud yang berkembang di Aceh pada zamannya. Contoh puisinya::
Hamzah Fansuri di dalam Makkah
Mencari Tuhan di Baytu`l-Ka`bah
Dari Barus ke Kudus terlalu payah
Akhirnya dapat di dalam rumah
(Syed Muhammad Naguib Al-Attas, The Mysticism of Hamzah
Fansuri, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1970: 9).
Atau beberapa ungkapan berikut:
Sidang Talib ke dalam hutan,
Pergi uzlat berbulan-bulan
Dari muda datang berhuban
Tiada bertemu dengan Tuhan
Oleh riadat tubuhnya rusak,
Hendak melihat serupa budak,
Menghela nafas ke dalam otak –
Supaya minyaknya jangan orak !
….
Ilmu Haqiqat tiadakan sukar
Bukan diminta kaupusar-pusar !
Urat pusat kau puta-putar
Olehnya itu Mahbubmu gusar !
(Syed Muhammad Naguib al-Attas, The Mysticism of Hamzah
Fansuri, 1970: 18).
Pendukung setia Faham Wahdatul Wujud ialah Shaykh Shamsuddin
al-Sumaterani ulama di Aceh pada zaman Iskandar Muda. Jika Hamzah Fansuri
menulis dalam bentuk puisi, maka Shamsuddin as-Sumatrani menulis dalam bentuk
prosa, antaranya menulis:
``Adapun ertinya tiada wujudku ini hanya wujud Allah,
ertinya tiada wujudku ini: esa sendirinya hanya dengan kuasa Allah, kerana
wujudku ini hanya wujud wahmi juga.``
(T. Iskandar, Shamsuddin as-Sumatrani Tokoh Wujudiyah, Dewan
Bhasa dan Pustaka, Jil IX, Bil. 4, April 1965: 153).
Sebenarnya faham Wahdatul Wujud selepas Ibn `Arabi menjadi
sebagai satu pegangan akidah ketuhanan dan berpengaruh di banyak tempat pada
zaman tradisi, sebagai terbukti pada zaman Pasai dan Melaka ada unsur-unsur
Wahdatul Wujud sebagaimana telah dibicarakan,
(Sejarah Melayu, Versi W.G. Shellabear, Oxford University
Press, Kuala Lumpur, 1967: 148-153) dan memuncak di Aceh pada akhir abad ke 16
dan awal abad ke 17. Aliran ini juga turut sampai ke Terengganu.Contoh (Teks
dalam bentuk soal jawab):
``Maka ini suatu risalah yang simpan daripada perkataan Usul
Tahqiq yakni jalan segala orang yang mengenal Haqq Ta`ala.
Soal: Tatkala la ta`ayyun dan ta`ayyun awal dan ta`ayyun
thani itu tatkala mana bernama Allah dan tatkala nama Rahman.
Jawab: Tatkala la ta`ayyun bernama Huwa, tatkala ta`ayyun
awal bernama Allah, tatkala ta`ayyun thani bernama Rahman.
La ta`ayyun awal itu
martabat apa, ta`ayyun thani itu apa.
Jawab la ta`ayyun itu martabat dhat mutlaq dan ta`ayyun awal
itu dhat al-muqayyad dan ta`ayyun thani itu martabat sifat al-muqayyad.
Soal: Mana dhat mutlaq dan mana dhat al-muqayyad dan sifat
al-muqayyad.
Jawab: Dhat mutlaq iaitulah yang bernama ghaybul-ghuyub
yakni ghaib lenyap lanjutnya dan yang al-muqayyad itulah al-muqayyad dengan
sifat yang muqayyad, itulah muqayyad dengan segala asmanya dan alam yang empat
itu.
Soal: Apa sebab maka dikata oleh segala ulama itu yang tiga
martabat itu tiada ia kepada baharu.
Jawab: Sebab martabat yang tiga itu tempat ketuhanan Haqq
Ta`ala daripada ahwa dan cahaya dan jauhar dan `arad supaya jangan samar. …
Naskhah ini sebenarnya tidak diketahui siapa penulis atau
penyalin. Tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan keilmuan berkenaan turut tiba
di Terengganu seperti pernah tiba di Pasai, Melaka dan Aceh.
Naskhah Usul Tahqiq (22hlm.) bukan karangan Shaykh Abdul
Malik bin Abdullah, kerana tiada sebarang catatan yang mengaitkan dengan Shaykh
Abdul Malik bin Abdullah. Aliran Wahdatul wujud ini sebenarnya tidak selari
dengan karangan-karangan Shaykh Abdul Malik bin Abdullah yang mendukung aliran
Sunni. Karangan Hikam Melayu adalah mendukung tasawwuf Sunni. Kitab Kifayah
beliau dari segi akidah adalah mendukung aliran Ash`ari dan fiqh mendukung
Mazhab Shafie sebagaimana juga dengan Risalah Naql mendukung pendapat mazhab
Shafie. Kewujudan tulisan-tulisan mengenai Usul Tahqiq adalah terpencil sebagai
tinggalan aliran yang tidak lagi diikuti dan tidak lagi dipelajari.
Dengan aliran Wahdatul Wujud menurut mazhab `Cinta Ilahi Sufi` bukan atas rasional
realiti banyak membawa implikasi dari segi perundangan, aturan dan nilai yang mau ditegakkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment