IJN, Kuala Lumpur ,
25 Rabiul Awwal 1435 = 27 Januari 2014 (Isnin):
Bermula dengan kehadiran saudara Azemi Ahmad ke Gotong Royong bersama Penulis di Kajang Utama
kelmarin (Ahad 26 Januari), sebagai seorang yang rapat dengan Tuan Guru Dato`
Dr. Haron Din, Penulis bertanya saudara Azemi tentang perkembangan kesihatan TG.
Beliau menyatakan, ``Al-Hamdulillah semakin pulih``. Penulis bertanya
kemungkinan untuk melawat TG. Beliau menjawab, beliau akan cuba dan beri
tempoh hingga tengahari hari ini untuk mendapat kepastian.
Sebelum tengahari tadi Penulis menerima jawapan positif dari
saudara Azemi, bahawa appointment kunjungan jam 6.00 petang hari ini dengan
masa terhad dan jangan bercakap banyak ! Demikian peringatan dari anak TG - saudara
Hamdi sebagaimana dimaklumkan oleh saudara Azemi.
Jam 4.00 petang Penulis bertolak ke rumah saudara Azemi dan
saudara Azizi yang rumah mereka sebelah menyebelah di Kajang Utama. Saudara
Azizi yang mahir memandu dan lebih tahu tentang selok belok jalan ditugas
memandu yang kami jangka berdepan dengan jamned. Dengan memilih melalui jalan
depan Parlimen, dengan sedikit kesesakan kami tiba jam 5.20 dan bersolat asar
di Surau IJN. Kemudian kami bertiga naik ke tingkat dua menunggu jam 6.00 petang. Kami ditanya saudara Khairi menantu
TG yang menjaga keselamatan TG dan mengawasi pengunjung. Kami maklumkan yang
kami telah buat temu janji dengan saudara Hamdi untuk menziarah jam 6.00 petang
ini. Saudara Khairi masuk mempastikan persediaan. Kami dibenarkan masuk lebih
awal 10 minit.
Penulis bersama saudara Azemi dan Azizi memngucap salam dan
bersalam dan di hulur tangan oleh TG dengan wajah ceria dari atas katil. Kami
telah dimaklumkan terlebih dahulu yang TG prihatin terhadap perkembangan
pembinaan Masjid al-Umm dan TG berminat mengetahui perkembangan lanjut. Tetapi
diingatkan jangan bercakap panjang dan TG memang akan banyak bercakap, jika
kita lanjutkan percakapan, tapi
dibimbang takut mengganggu kesihatannya.
Sebelum Penulis memulakan percakapan berkenaan Masjid al-Umm
TG terlebih dahulu bertanya mengenai hasil pertemuan AJK Pembinaan dengan pihak
Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Khamis 23 Januari lepas yang sepatutnya
dihadiri Tuan Guru sama, tapi pada hari tersebut TG mulai dirawat di IJN dan
tidak dapat hadir bersama. Penulis memaklumkan yang pihak LZS yang diketuai
oleh CEOnya Tuan Haji Izam Mohd Yusof menerima baik kehadiran dan bersedia
membantu dengan peruntukan, tapi harapan mendapat derma yang lebih tinggi ialah
melalui tokoh-tokoh koporat yang maklumat dan urusannya akan dilakukan oleh
pihak LZS. TG berminat untuk mengetahui – antara tokoh-tokoh berkenaan. Penulis
memaklumkan yang surat
permohonan diminta oleh LZS hantar, mulai dihantar oleh Setiausaha Tuan Haji
Suib Maulud pada hari ini. TG menyebut, beliau akan usaha untuk menemui
Pengerusi LZS yang juga Pengerusi Wakaf Selangor Tan Sri Anuar pada masa
sesuai.
Pada kesempatan itu TG Dato` Dr. Haron Din melalui anaknya
saudara Hamdi menunjukkan gambar Masjid di kampong TG di Perlis di dalam
handphone yang baru diterima yang kos membinanya ditanggung oleh TG. Menurut TG
kosnya ialah hanya RM2 juta, tapi dengan plan yang sama dan kontrektor yang
sama, tapi dibiayai oleh kerajaan kosnya RM7 juta ! Begitu jauh bezanya ! Pada kesempatan itu Penulis juga menunjukkan
gambar-gambar dalam handphone Penulis perkembangan terbaru mengenai pembinaan
Masjid al-Umm. Antaranya penanaman cerocok bagi membina tembok bagi masjid yang
disifatkan oleh TG yang melihatnya sebagai `kukuh` dan kawasan parkir yang
sedang ditambak tanah. TG Dato` Dr. Haron Din nampaknya amat prihatin tentang
Masjid al-Umm. Beliau melahirkan kerisauan kalau-kalau tidak sempat dikumpul dana
selari dengan perkembangan pembinaan, namun TG optimis dengan izin Allah dan
usaha berterusan insya Allah dana akan dapat dihimpunkan.
Kami bercakap dalam masa 10 minit selain dari kami bersama
TG, sama berada di dalam ward itu ialah isteri TG Datin Khadijah, saudara Hamdi
dan Dr. Huda kedua-duanya anak TG juga Dr. Azlin dan saudara Khairi yang
kedua-duanya menantu TG. Selepas lebih kurang 10 minit menziarah, kami bersalam
memohon diri sambil melahirkan doa dan harapan semoga TG segera sembuh.
Bila keluar kamar kami dapati pihak petugas menyediakan
katil untuk memindahkan TG dari ward CCU ke ward biasa. Ini menandakan bahawa
TG semakin sihat, sebab itulah akan dipindah ke ward biasa dan kami difahami TG
akan keluar dari IJN dalam masa terdekat. Al-Hamdulillah dan syukur kepada
Allah.
Bila pulang melalui Bandar agak jammed. Kami bersolat
Maghrib di Surau Kajang Sentral sebelum tiba ke rumah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment