BBB, 23 Rabiul Awwal 1435 = 25 Januari 2014 (Jumaat):
Bagi memahami apa itu GST dan implikasinya, maka Penulis
pada malam ini turut menghadiri forum bertajuk, ``GST – Kesan Kepada Rakyat dan
Negara`. Forum ini merupakan siri ke 7 dari Wacana Pemikiran Bangi, anjuran
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi bertempat di Kompleks Pendidikan Islam
Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Adun Bangi dan Jaringan Siswazah Malaysia
(JASA).
Turut hadir pada malam ini ialah, Tuan Haji Ahmad Sufi Munassir
YDP Pertsatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, saudara Abdullah bin Abdul Karim
Presiden JASA dan para peminat forum.
Ahli panel forum terdiri dari saudara Azrul Azwa Mantan
Chief Economic Bank Islam yang kini merupakan Pemimpin di Institut Rakyat, Dr. Hanif
Asistant Professor Kuliah Undang-Undang UIAM, saudara Mohd Ruslan Mohd Ali Persatuan
Accountant Tax Agent dengan moderator saudara Alias Safar.
Sebelum forum bermula jam 9.30, Tuan Haji Sufi menyampaikan
ucapan alu-aluan dengan mengucapkan terima kasih kepada ahli panel dan
peserta-peserta yang sudi datang menjayakan forum. ``Tujuan forum diadakan bagi
memberi kefahaman kepada penduduk BBB tentang apa itu GST yang kerap diperkatakan
dan apakah implikasinya. Beliau juga mengumumkan beberapa kegiatan bakal
diadakan oleh Persatuan penduduk seperti Kuliah Mingguan pada setiap Sabtu dan
Himpunan Penduduk yang akan diadakan pada 9 Februari 2014.
Menurut moderator, GST (Government Service Tax) mula disebut
dalam ucapan bajet 2005 yang dijangka dilaksana pada Januari 2007, tapi
ditangguh dan dibaca semula pada 2009 dan patut dilaksana pada 2010 dan masih
ditangguh dan dijangka dilaksana pada tahun hadapan.
Menurut panel pertama saudara Ruslan, ``Cukai jualan dan
service - Bila guna kita bayar sudah
wujud dengan jumlah cukai 10%. GST adalah cukai kepada semua barang dan
perkhidmatan secara menyeluruh dan cadangan dikenakan cukai 6%``, tambah
saudara Ruslan, ``Setakat ini 146 negara di dunia telah mengamalkannya,
termasuk jiran kita Singapura dan Thailand , tapi cukai dikenakan
murah. Contoh Singapura 3%.``
Menurut Dr. Hanif, ``Cukai konvensional memberi ruang pihak
tertentu mengelak dari cukai, tetapi dengan GST semua tanggung cukai yang
dikenakan ke atas setiap barangan termasuk perkhidmatan (melainkan yang dikecualikan
cukai).
Menurut saudara Azrul Azuan bagi perlaksanaan GST
syarikat-syarikat bermodal RM500,000 ke atas dikehendaki mendaftar dan kerajaan
dapat mengawal dari segi pergerakan cukai. Pemenang terbesar yang dapat
mengawal cukai ialah kerajaan, kerana dapat mengawal dari berlakunya mengelak
cukai. GST dianggap lebih adil kepada peniaga, tanpa mengabaikan rakyat
terbanyak.
Menurut saudara Azrul, ``Kerajaan tak boleh bergantung pada
Petronas sahaja yang petrol bakal habis. Cukai 6% bakal menampung keperluan
kerajaan.``
Pendapat umum yang turut memberi pendapat:
Forum lebih bersifat andaian dan tidak berjaya memberi
penjelasan yang memuaskan.
Namun pihak yang paling terkesan dengan GST ialah rakyat
banyak.
Dengan GST tidak menjamin dari salah guna kuasa.
Dengan GST akan bertambah inflasi dan makin membebankan
rakyat berpendapatan rendah. Apa lagi dengan kenaikan kos berterusan.
GST akan menurunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia
Kenaikan harga barang tidak sebanding dengan pendapatan dan
gaji.
Hutang isi rumah bertambah tinggi dengan hutang Negara lebih
50%
Untuk menjanakan pendapatan bukan GST hanya satu cara yang
perlu dilaksanakan.
Bukankah kita mempunyai pakar-pakar ekonomi, tidak mampukah
mereka menjanakan satu pendekatan ekonomi yang lebih baik dari GST ?
Sekian.
Sejak 1 Jul 2007, GST di singapore adalah 7 peratus bukan 3 peratus.
ReplyDeletePenceramah yang kurang ilmu boleh menimbulkan kekeliruan rakyat dan mencetus fitnah.
Hati-hati dengan umat akhir zaman.