BBB, 14 Rabiul Awwal 1435 = 16 Januari 2014 (Khamis):
Kenyataan di atas dibuat oleh Dr. Nasir Pegawai Kesihatan
dari Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat yang datang bersama Pembantunya En.
Harawi memberi penerangan tentang wabak denggi di Surau al-Umm pada petang ini.
Mereka datang bersama Tuan Haji Sufi Munassir YDP Persatuan Penduduk BBB. Program
penerangan adalah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.
Sebelum itu selesai menunaikan solat Maghrib berjamaah Dr.
Shafie Abu Bakar selaku Pengerusi Surau al-Umm memberitahu kepada jamaah,
bahawa, `Pada petang ini bersama kita YDP Persatuan Penduduk BBB dengan dua
orang Pegawai Kesihatan Hulu Langat datang untuk memberi penerangan mengenai
wabak denggi di kawasan kita selepas salat Maghrib.`` Tambahnya, ``Saya meminta
maaf kehadiran agak mengejut dan tidak memberi tahu penduduk terlebih dahulu
dan terpaksa batal program baca Yasin & Tahlil. Maklumat dapat tahu dari
Tuan Haji Sufi malam tadi semasa mesyuarat AJK Masjid al-Umm, tetapi pengesahan
dapat hadir hanya dipastikan jam 8.30 pagi tadi. Untuk menangguhkan penerangan
jadi lewat, maka terpaksa diadakan penerangan pada malam ini juga.`` Beliau berterima kasih kepada Tuan Haji Sufi,
Dr. Nasir dan E, Harawi yang sudi datang membuat penerangan. Semoga kita
mengambil maklum dan bertindak memastikan tempat kita tidak berterusan dengan
wabak denggi dan pentingkan kebersihan.
Dalam penerangan Dr. Nasir memaklumkan wabak denggi makin
merebak dan bertambah. Beliau menyifatkannya sebagai bala dari Allah yang
menuntut kita memberi perhatian dengan menjagi kebersihan. Selangor memanglah
tertinggi di Malaysia
dengan kes denggi, tetapi tahun 2013 adalah puncak dengan kes denggi berjumlah
25,000 kes. Sebelum ini tidak pernah mencapai jumlah setinggi ini. Tahun 2014
selepas 2 minggu bulan Januari kes berjumlah 1008 kes.
Di negeri Selangor kawasan Petaling paling tinggi dengan kes
denggi, kerana kepadatan penduduknya. Kes bagi tahun baru (2014) sudah
berjumlah 556, manakala bagi Hulu Langat 405 – Kedua tertinggi di Selangor. Dr.
Nasir menyebut di Bandar Baru Bangi kawasan yang paling tinggi dengan kes
denggi ialah Seksyen 3 iaitu 120 kes. Beliau menyebut semua tempat di kawasan
itu adalah berpotensi denggi. Kawasan tertinggi selepas Seksyen 3 - kedua
tertinggi ialah Seksyen Satu. Beliau tidak memberi jumlah semua kes bagi
Seksyen satu, tetapi menyebut dua jalan tertinggi ialah 1/3H & 1/3K dengan
kes yang dilaporkan 4 kes. Walau bagaimana kes kematian bagi awal tahun ini di
Hulu Langat hanya seorang, iaitu di Cheras Indah. Mangsa adalah warga asing.
Dr. Nasir yang memberi penerangan dengan menggunakan power
point itu memaklumkan, ``Kes denggi yang berterusan lebih dari 2 minggu
dikategorikan sebagai kawasan wabak. Jika berterusan dikira sebagai `hotspot`
dan terpaksa dibuat pemantauan berterusan. Beliau juga menyebut, penyebaran
denggi lebih banyak dari dalam rumah yang mempunyai banyak tempat menjadi
tempat merebaknya nyamuk denggi berbanding dengan luar rumah. Nyamuk denggi
dalam rumah berbeza dari di luar. Sebagaimana dimaklum nyamuk aedis biak diair
jernih. Seekor nyamuk mampu menmgeluarkan telur antara 100 – 200 biji dan tahan
hingga 6 bulan walaupun kering. Ianya menetas bila mengenai air. Sebab itu
perlu dipastikan jangan ada tempat bertakung air sama ada di bawah tempat rak
pinggan, bahkan di tepi baldi yang dilingkup.
Beliau menyebut usaha fogging bermasalah, tidak dapat
dilakukan sepenuhnya, kerana terlampau banyak kes. Tenaga perlu dibawa dari kawasan
lain, bahkan dibawa dari luar Selangor. Beliau menyebut selain berusaha
membersih dan mencegah, kalau ada tanda-tanda demam denggi segera berjumpa
doktor untuk pemeriksaan untuk mencegah dari merebak. Ubat denggi masih tidak
ditemui, hanya pencegahan. Beliau menyebut simpton penyakit kencing tikus
hampir sama dengan denggi. Beliau menasihati pastikan kebersihan tempat
rekreasi dan jangan mandi di air tenang atau tempat rekreasi yang tidak bersih.
Antara tanda-tanda denggi demam kuat secara mengejut,
keletihan, sengal sendi tulang, tak lalu makan, keluar ruam merah, sakit kepala
dan muntah-muntah.
Dr. Nasir menekankan pentingnya jaga kebersihan di dalam dan
luar rumah. Periksa paling tidak 10 minit setiap hujung minggu. Jangan biar air
tak berlari dan jangan biar sampah berlonggak. Hulu Langat terkenal sebagai
kawasan sampah, sebab itu antara sebab kes denggi. Beliau juga mengesyorkan
agar diadakan gotong royong dari masa ke masa.
Sebelum dari itu Tuan Haji Sufi dalam ucapan ringkasnya juga
menyebut program gotong royong akan di atur. Beliau menyebut program dan
pertemuan melalui surau paling efektif, kerana melalui surau seperti ini kita
dapat menemui penduduk setempat. Menurut Tuan Haji Sufi, beliau difahamkan,
pertemuan melalui surau oleh Pejabat Kesihatan seperti ini adalah pertama kali diadakan
dan menurutnya wajar diteruskan.
Berhubung dengan program persatuan penduduk, katanya,
``Persatuan menjadikan hari Sabtu ialah Hari Ilmu dan Ahad Hari Keluarga.
Persatuan mengadakan kegiatan ilmu di Kompleks Pendidikan Islam pada setiap
pagi hari Sabtu.`` Beliau menjemput semua untuk menyertai program berkenaan.
Selain itu pada malam esok Jumaat malam akan diadakan tadarus al-Qur`an di
Surau al-Nur, para jamaah dijemput sama. Pihak Persatuan juga akan mengadakan
`Forum Pemikiran Bangi Siri Ketujuh` dan Himpunan Penduduk Bandar Baru Bangi
yang akan diadakan pada 9 Februari 2014 di Kompleks Pendidikan Islam Bangi.
Majlis berakhir dengan solat Isya dan minum.
Sekian.
salam...sy pljr upm..boleh sy taw mcm mne nk dptkn statistik utk kes2 denggi di kwsan bangi?pihak mane sy perlu hubungi?sy memerlukan data kes2 denggi utk projek tahun akhir sy...harap tuan boleh membantu...terima kasih
ReplyDelete