BBB, 29 Zulhijah 1435
= 24 Oktober 2014 (Jumaat):
Selesai jamuan tengahari Pengerusi Majlis memberi ruang kepada Graduan Sulung UKM menyampaikan
ucapan secara santai mengimbau kenangan, meluahkan rasa hati atau menyampaikan
sebarang cadangan. Peluang yang diberi tidak dipersia-siakan, bahkan mendapat
sambutan. Agak ramai Graduan Sulung berkesempatan
bercakap memakan masa hampir sejam hingga ke jam 2.00 petang.
Graduan Sulung pertama mengambil peluang bercakap ialah
Datin Rusmiati bt. Harun Graduan dari Fakulti Islam yang bagi Penulis masih basah dalam ingatan bahawa
beliau merupakan `Pemenang Timbalan
Tokoh Freshie` bagi Malam Freshie Pertama (1971) diadakan di ODT, di UKM, Jalan Pantai,
Pantai Baru, Kuala Lumpur. Dari ucapan yang disampaikannya dapat difahami,
bahawa selepas menamatkan pengajian di UKM Rusmiati berkhidmat sebagai Pegawai
di Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri yang kini dikenali sebagai
JAKIM yang pejabatnya pada masa itu ialah berhampiran dengan Masjid Negara,
Kuala Lumpur. Rusmiatai semasa di universiti (UKM) adalah mahasiswi berkeperibadian tinggi. Di
bawah beberapa Pengarahnya Datin Rusmiati mempertingkatkan imej JAKIM dan
memperluaskan bidang dakwah, termasuklah mengeluarkan banyak bidang dan bahan
penerbitan, antaranya penulisan-penulisan kreatif yang dipertandingkan dan
Penulis sering menjadi antara panel penilai.
Penulis juga mengambil kesempatan sebagai orang kedua
bercakap. Sebenarnya isu pertama yang
Penulis bangkitkan ialah apa yang Penulis telah bercakap dengan Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali,
ketika semeja bersama dengannya, iaitu
tentang Persatuan Alumni UKM yang pernah wujud dan kini sebagai tidak wujud
lagi, apakah yang terjadi dengan persatuan ini dan bagaimanakan projek
pembinaan bangunan alumni yang dengarnya telah terbengkalai begitu lama ?
Soalan ini mungkin tidak menyenangkan Naib Canselor, tetapi
Penulis berpendapat ia adalah isu penting yang berkait dengan kepentingan 170
ribu graduan UKM di seluruh Negara, bahkan di luar Negara. Mereka adalah suara
dan kuasa yang kuat yang sepatutnya berhak menyuarakan pendapat bagi memajukan
UKM, mengkritik dan memberi cadangan,
bahkan seharusnya sama jatuh bangun dengan UKM. Mereka adalah `Anak-Anak`
dilahirkan oleh UKM yang pasti mau mempertahankan maruah, integriti dan bermegah dengan UKM.
Naib Canselor mengaku bahawa Persatuan Alumni UKM wujud,
tapi tidak pasti kepimpinan, tetapi dalam percakapan, beliau tidak mau bercakap
panjang tentang isu kepimpinan alumni. Bangunan yang didirikan oleh Alumni yang
terbengkalai itu menurutnya, bakal diruntuhkan, kerana kerosakan dan tidak
sesuai dari segi spesifikasi bangunan. Tetapi pada pendapat Penulis, sekali
lagi tentang alumni ianya penting. Sepatutnya Majlis Menghormati Graduan Sulung
UKM pada hari ini adalah dianjur oleh Persatuan Alumni UKM atau
sekurang-kurangnya dengan kerjasama Persatuan Alumnai UKM dan sepatutnya dalam
aturcara Majlis hari ini antara agenda yang disusun ialah ucapan Presiden
Alumnai UKM yang sepatutnya Presiden ini menjadi jurucakap kepada seluruh alumni
dan seharusnya ia juga menjadi Ahli Majlis UKM yang mewakili Alumn i yang membawa
suara, cadangan dan kritikan bagi memajukan UKM.
Apa yang didapati dan apa yang dinamakan `Alumni UKM` yang
mempunyai Pejabat Alumni dan penerbitan yang dinamakan`Berita Alumni UKM` adalah bersifat `sebelah pihak`, bermaksud,
`Alumni UKM` ini sebenarnya adalah satu bahagian pentadbiran UKM yang mempunyai Pentadbir dan
kakitangannya sendiri, bukan ada pegawai, tenaga atau lantikan dari alumni. Apa
yang dikatakan `Suara Alumni` adalah suara Tadbiran UKM melalui kakitangan
Pejabat Alumni berkenaan. Dalam kata yang lebih jelas ia adalah pendekatan yang
diambil oleh jabatan berkenaan tentang alumni dan bukan sebenarnya dari suara
hati mereka. Namun agak anih, tanpa wujudnya Persatuan Alumni pada peringkat
Pusat, namun wujudnya persatuan-persatuan alumni seperti Alumni UKM Pulau
Pinang, Persatuan Alumni UKM Sarawak,
Alumni UKM Sabah, Alumni UKM Fakulti Pendidikan, bahkan Alumni Yokyakarta ! (Senadi, Bil. 8, Dis 2012:
16-17). Adalah difahamkan dimaksudkan dengan Persatuan Alumni setempat yang
mengadakan kegiatan, maka dinisbahkan ianya sebagai Persatuan Alumni setempat
berkenaan yang kegiatannya sampai ke Jabatan Alumni UKM di Bangi. Dalam kata
lain tidak wujud Persatuan Alumni secara berpusat dan berorganisasi yang
ditadbir oleh graduan atau siswazah UKM sendiri. Terjadinya sedemikian
diakibatkan oleh factor utama:
1)
Kegagalan
pentadbiran Alumni yang sah diwujudkan
di peringkat induk ditambah dengan
kegagalan menyiapkan bangunan alumni yang implikasinya memasalahkan banyak
pihak.
2)
Pihak UKM mengambil jalan mudah yang pentadbiran
alumni adalah pentadbiran university, bukan dari kalangan alumni. Apa yang
dikatakan Persatuan Alumni ` setempat ialah ikatan longgar berdasarkan ada
kelompok graduan UKM di satu tempat yang mengadakan kegiatan, maka diiktiraf
sebagai kegiatan alumni UKM di tempat berkenaan.
3)
Pendekatan diambil bagi memudahkan UKM
mengendalikan sebarang kegiatan berhubung dengan alumni, tanpa dikaitkan dengan
persatuan atau organisasi graduan yang sepatutnya wujud. Misalnya mengadakan
majlis Menghormati Pencapaian Graduan UKM seperti dalam bidang politik,
perniagaan, kewartawanan yang pernah diadakan.
4)
UKM adalah `Berpolitik Kampus`, kerana tanpa
wujudnya Persatuan Alumni sebenarnya, maka UKM dapat mengelak dari implikasi politik
yang akan timbul akibat dari kelainan aliran politik yang timbul dari berbagai
graduan yang berada di dalam Persatuan Alumni UKM.
5)
UKM sebenarnya tidak mempunyai apa yang
dikatakan `Autonomi Universiti` dan sebenarnya dikawal dari atas. UKM bukan
saja tidak berusaha mewujud atau mengaktifkan Persatuan Alumni secara sah yang
ditubuhkan oleh graduan UKM dan dianggotai oleh mereka secara berpusat dan juga
secara bercawangan. Bukti bukan saja ketiadaan usaha memperkasakan Persatuan
alumni secara sah, tetapi kewujudan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang
berperanan besar di dalam membina dan memprojekkan imej kemahasiswaan UKM sejak
empat dekad berlalu semacam tidak diiktiraf dan tidak diberi kedudukan
sebenarnya di UKM, bahkan tahun-tahun mutakhir PMUKM diusaha menghapuskannya.
Kita melihat dalam usaha UKM membina kecemerlangan ada
pendekatan bahkan tindakan menyekat saluran dan kebebasan bagi graduan memberi pendapat melalui saluran persatuan yang sah.
Tindakan ini adalah merugikan UKM.
Sekian.
No comments:
Post a Comment