BBB, 05 Syawal 1435 = 29 Oktober 2014 (Rabu):
Selepas Cikgu Nordin Awal bercakap – orang keenam,
semacam tidak ada lagi yang lain mau bercakap, selepas terhenti beberapa ketika, timbul suara-suara meminta saudari Asiah Sarji
(kini Prof. di UKM) bercakap.
Asiah dari Teluk Intan, Perak adalah pelajar sulung popular sejak UKM
dibuka. Dia adalah pelajar lincah yang bergiat di dalam berbagai kegiatan baik
pada peringkat university, kolej dan juga luar dari university. Sebelum
memasuki UKM Asiah yang bergiat di dalam penulisan puisi pernah mendapat tempat
di dalam penerbitan-penerbitan.
Apabila Dato` Abdul Rahman Ya`kob (kini Tun) Menteri
Pelajaran yang dianggap berjasa kepada UKM terpaksa berhenti dari Menteri
Pelajaran kerana menjadi Ketua Menteri Sarawak (bagi menstabilkan politik
Sarawak), pelajar-pelajar UKM menunjuk perasaan, mendesak agar Dato` Abdul
Rahman kekal sebagai Menteri Pelajaran. Akibat dari desakan dan terharu dengan
kasih sayang mahasiswa UKM terhadapnya, maka pada 10 Julai 1970 Dato` Abdul
Rahman Ya`kob terbang ke UKM dan disambut dengan penuh dramatic oleh
mahasiswa/I UKM di hadapan foyer UKM. Gambar terpampang pada muka hadapan
Utusan Melayu pada 11 Julai 1970 adalah Gambar saudari Asiah Sarji yang
bertangisan menyambut ketibaan Dato`
Abdul Rahman Yakob. Turut menjadi berita juga oleh akhbar-akhbar lain.
Pada akhir tahun 1970 ini juga, kami mahasiswa Fakulti
Sastera UKM menubuhkan Studi Kelab sastera UKM di bawah galakan Muhammad Haji
Salleh tenaga pengajar di Fakulti Sastera.
Saudari Asiah Sarji adalah Setiausaha, saudara Chamhuri Siwar selaku
Pengerusi dan Penulis selaku Timbalan Pengerusi. Dari kegiatan ini kami
mengadakan berbagai-bagai aktiviti seperti mengadakan Malam Irama Sastera di
UKM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami juga bekerjasama dengan
Dewan Bahasa dan Pustaka mempromosi
drama `Bukan Lalang Ditiup Angin` oleh Nordin Hasan yang dipentaskan di
Dewan Bahasa dan Pustaka . Saudara Rahman Shaari pelajar Maktab Perguruan
Sultan IdrisTanjung Malim pada masa itu adalah
watak utama dalam drama tersebut. Kami
termasuk Asiah ke Hari Puisi Pertama yang diadakan di Pantai Kundur, Melaka.
Kami termasuk Asiah menubuhkan Persatuan Mahasiswa UKM yang protem komiti
dilantik pada akhir 1970 berkenaan. Demikian Asiah begitu popular sejak awal
penubuhan UKM.Beliau berkhidmat dengan UKM hingga menjawat jawatan Profesor di
Jabatan Sosiologi UKM.
Sebagaimana disebutkan di atas, apabila diminta bercakap,
pada awal beliau menolak, tetapi akhirnya menerima bercakap. Menurut Asiah,
``Kami graduan sulung UKM memikul tanggungjawab yang berat bagi membuktikan
kemampuan UKM dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kami adalah sebagai berada di dalam makmal ujian, kami rela,
walaupun layak ke university lain, tetapi memilih UKM``. Beliau menyebut
tentang kegiatan sastera yang kami gerakkan peringkat awal. Antara yang memberi
sokongan dan datang berceramah seperti
A. Samad Ismai (Ketua Pengarang Berita Harian dan juga New Straits Time) dan
Usman Awang Penyair terkenal dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut Asiah,
``Kami adalah pelajar-pelajar yang sanggup berkorban kerana mempertahankan
bahasa dan tanahair``. Asiah
mengangankan kiranya peristiwa yang kami lalui pada peringkat awal penubuhan
UKM dari kegiatan-kegiatan, tunjuk-tunjuk perasaan diabadikan dalam rakaman.
Dengannya dapat ditayang kepada semua
pelajar yang baru masuk UKM, dengannya dapat memberi keinsafan pada generasi
baru UKM. Asiah sebagai generasi pertama UKM memberi impak
berkesan terutama dari kegiatan kemahasiswaan.
Ramli Jaya
Sebagaimana saudari Asiah, saudara Ramli Jaya bukanlah
berhasrat untuk berucap, tetapi oleh kerana namanya tercatat di bawah senarai
pelajar-pelajar graduan sains sebagai calon pertama menerima Hadiah Pingat Emas Tuanku Intan Zaharah,
Tengku Ampuan Besar Terengganu, maka sebagai pelajar cemerlang beliau diminta
bercakap. Nama saudara Ramli Jaya sebenarnya tidak ada dalam senarai hadir
(mungkin tak jawab atau tak ditanya tentang kehadirannya). Dia datang kerana
dapat maklumat secara sepontan dari kawan dan kurang bersedia sambil menyebut,
``Saya juga berpakaian kurang sesuai dengan majlis ini !`` Sambil mengisyarat
kepada pakaiannya
Berhubung dengan Anugerah Pingat Emas dari Terengganu itu
agak lucu. Kata saudara Ramli Jaya, ``Tiga bulan selepas saya diumum sebagai
Penerima Anugerah Pingat Emas itu, saya menerima surat dari Terengganu menyebut
saya dipilih sebagai Penerima,`` tambah saudara Ramli, ``Anehnya saya tidak
pernah terima Angerah itu hingga kini ! `` disambut ketawa sebahagian dari
hadirin. Tambah saudara Ramli, ``Mungkin silap alamat dan tercicir di
perjalanan,`` gurau saudara Ramli secara sinis. Tapi kata saudara Ramli, ``Yang
menerima Anugerah itu pada tahun berikutnya, iaitu Dr. Kamaruddin Yusof
menerimanya dengan selamat !`` Tambah saudara Ramli Jaya, ``Saya tak kisah
sangat dengan pingat itu,`` ktanya.
Saudara Koh Aik Khoon
Jangkaan tidak ada lagi yang berucap, tiba-tiba saudara Koh
Aik Khoon yang duduk bersebelahan dengan Penulis ini bangkit berucap. Saudara
Koh seorang yang lembut dan bersantun dalam pergaulan. Saudara Koh dalam ucapannya menyatakan,
``Saya adalah salah seorang dari tiga pelajar Sulung Cina yang belajar di UKM. Dua lagi
ialah saudara Chew Hock Tong dan saudara Queck Ah Yong.`` Tambah saudara Koh,
``Tapi mereka berdua adalah di Fakulti Sastera, saya adalah satu-satunya
pelajar Cina dalam Fakulti Sains dan graduate sebagai pelajar Sulung dari
Fakulti Sains UKM.``
Saudara Koh adalah seorang yang setia dengan UKM, belajar di
UKM dan menyambung pelajaran hingga ke peringkat Ph. D. dan berkhidmat dengan UKM hingga mencapai pangkat Profesor
Madya di Fakulti Sains Teknologi di UKM. Beliau juga menjadi Editor bagi Senadi
Berita Alumni UKM. Harapannya, ``Satu masa graduan UKM sendiri dilantik menjadi
Naib Canselor UKM.`` katanya.
Selepas saudara Koh bercakap, jam menunjukkan 2.00 petang.
Masa berakhirnya majlis. Yang hadir bersalam-salaman antara satu sama lain
sebagai menandakan berakhirnya majlis.
Sekian.
No comments:
Post a Comment