October 16, 2014

Memanfaatkan Pengalaman Pentadbir Masjid


BBB, 20 Zulhijah 1435 = 15 Oktober 2014 (Rabu):
Bagi melengkapkan maklumat sebagai panduan kepada pentadbir-pentadbir masjid, maka sesi yang ketiga selepas ucaputama dan pembentangan kertaskerja maka diakhiri dengan sesi yang dinamakan Siding Pleno yang lebih bersifat `Forum Pentadbiran Masjid`. Bagi memenuhi sesi ini tiga orang yang pernah mentadbir masjid dipilih menjadi penal Siding Pleno. Mereka ialah:
1)      Ustaz Hasrizal Jamil Penceramah Bebas
2)      Ustaz Abdul Mues Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hulu Langat
3)      Ustaz Mohd Napiah Shahrani Nazir Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.
Sidang pleno dipengerusikan oleh Dr. Sabri Harun. Profesor Madya di Pusat Pengajian Umum di UKM.


Panel pertama Ustaz Hasrizal Jamil Penceramah Bebas dan berpengalaman mentadbir masjid di luar Negara. Beliau pernah dilantik sebagai `Minister of Religion`di Belfast Islamic Centre, Ireland selama dua tahun mulai November 2001. Beberapa bulan sebelum dari  dilantik menjadi Imam beliau pernah dilantik jadi Juru Nikah kepada masyarakat Islam. Antara tugas utama beliau ialah menjadi Imam sepenuh masa di Islamic Centre berkenaan di samping memberi  penerangan tentang Islam dan membimbing saudara baru dan orang Islam setempat serta pelajar-pelajar. Sebelum  beliau belum pernah dilantik Imam Sepenuh Masa. Imam bertugas dari kalangan jamaah secara bergilir dan bukan tetap.  Dana bagi  Islamic Centre dan elaun beliau dibiayai oleh `Dubai Al-Maktum Foundation`
Menurut Ustaz Hasrizal penduduk di Belfast pada dasarnya adalah masyarakat yang kuat  berpegang pada agama, sama ada Orthodox atau Protestant. Antara kedua mazhab ini sering tercetus perseteruan. Namun sebagai mereka yang beragama, mereka menghormati orang Islam dan orang Islam pula bila berada di tengah komuniti agama, mereka juga mencari kekuatan dari agama yang dianuti – Islam bersama penganut-penganut Islam dari berbagai Negara berpusat di Islamic Centre. Namun pada masa Ustaz  Hasrizal   diberi amanah mentadbir di Islamic Centre di Belfast beliau menghadapi beberapa masalah iaitu kecurigaan oarng-orang bukan Islam terhadap orang Islam selepas berlakunya ` serangan `September 11` terhadap  New York Tower` dan memberi  kesan terhadap kegiatan Islam di Islamic Centre di Belfast - Kurang dilawati pelawat-pelawat. Agak memakan masa  berusaha memulihkan kepercayaan masyarakat non-Islam terhadap kegiatan di Islamic Centre di Belfast.
Menurut Ustaz Haszizal masalah perbalahan di kalangan sesama masyarakat Islam sering berlaku terutama di kalangan orang-orang Arab dan Pakistan. Oleh kerana sering berlaku perbalahan menjadikan Islamic Centre tidak melantik Imam Rasmi bagi mengelak dari perbalahan dan perebutan hinggalah jawatan ini diisi oleh Ustaz Hasrizal.
Menurut Ustaz Hasrizal di samping tugas rasminya menjadi Imam Yang Dilantik, beliau bertugas sebagai penghubung dengan  pihak university di Belfast mengenai masalah orang Islam, juga sebagai pengunjung pesakit-pesakit muslim di hospital-hospital, begitu juga dengan pihak penjara.
Antara tugas lagi ialah menerima lawatan-lawatan pengunjung ke Islamic Centre  di Belfast. Biasannya mereka datang pada waktu tengahari dan mendapat penerangan tentang Islam diikuti penyaksian mereka terhadap cara-cara ibadat orang Islam, khususnya melihat orang Islam bersolat zohor atau asar. Masjid juga menjalinkan hubungan yang baik dengan anak-anak muda dan menyediakan kemudahan kepada mereka dan juga golongan OKU.
Antara cadangan yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal ialah pihak masjid perlu mengadakan `Outreach Program`  di dalam memberi  penerangan tentang Islam dan kegiatan yang berhubung dengannya  terutama dalam hubungan di kalangan anak muda. Program seperti ini adalah lebih sesuai dikendalikan oleh  Rakan Belia yang seharusnya ditubuhkan di masjid. Pendek kata program bagi orang muda  di samping bergiat di masjid mesti diisi sama dengan program-program luar seperti  kegiatan tahan lasak, pengembaraan dan sukan.
 Jaringan hubungan dengan non muslim  perlu dibuat dengan berbagai pendekatan yang sesuai seperti memberi  penerangan kepada mereka tentang Islam dan masyakat Islam  di dalam majlis-majlis Hadiah-hadiah wajar diberi kepada mereka kerana kejujuran, dedikasi bekerja misalnya sempena Hijrah muhibah dan komuniti masyarakat dan galakkan mereka melawat masjid dan juga melawat komuniti orang Islam seperti hari-hari sambutan tertentu, Misalnya Maulid al-Rasul, Hariraya dan sebagainya. Al-Rasul dan sebagainya.

Sekian

Banyak approach dakwah dapat dibuat oleh AJK Masjid menurut kesesuaian.

No comments:

Post a Comment