BBB, 03Muharram 1436 = 27 Oktober 2014 (Isnin):
Perkara ketiga yang disentuh dalam ucapan Penulis pada
Majlis Mengimbau Kenangan `Graduan Sulung UKM` ialah berhubung dengan pembangunan
fizikal Kampus UKM Bangi. Konsep
pembangunan Kampus Bangi pada awal pembangunannya (1973) adalah dpengaruhi falsafah yang dikatakan `Liberal` - mungkin
istilah ini tidak tepat, maksudnya
`Pendidikan Integrated` yang diperkenalkan sejak awal pembukaan UKM di
Jalan Pantai Baru. Maksud `Pendidikan
Integrated` bahawa pelajar di dalam satu
fakulti dikehendaki mengambil pelajaran dari luar bidangnya. Sebagai contoh pelajar sastera
dan pengajian Islam dikehendaki mengambil mata pelajaran sains dan metametik menurut kursus dan unit
yang ditentukan, begitu pula pelajar sains dikehendaki mengambil mata pelajaran
sastera dan pengajian Islam. Di dalam konteks ini bangunan yang didirikan
hendaklah berdekatan yang memungkinkan pelajar bergerak ke kuliah-kuliah dengan
segera. Lantaran itu kita lihat kampus UKM yang begitu luas (2.300 ekar),
tetapi pembinaan bangunannya dalam kawasan yang sempit mengelilingi aliran anak
sungai di tengahnya. Keliling inilah terdapat
bangunan pentadbiran, Fakulti Islam, Institut Alam dan Tamadun Melayu,
Fakulti Sastera, Fakulti Sains, Hal Ehwal
Pelajar, Perpustakaan, Fakulti
Ekonomi dan Perdagangan. Akibatnya berlaku kesesakan dari segi bangunan dan
kesesakan dari segi parkir. Pada hal konsep Pendidikan integrated tidak bertahan
lama dan diubah sejak 1980an. Kursus yang diwajibkan bagi semua fakulti dan tak
perlu berdekatan dari segi bangunan ditukar kepada `Tamadun Islam` dan ditukar lagi kepada `Pengajian Umum` dan kemudian dikenali dengan
`Pengajian Malaysia`. Namun kesan dari falsafah
`Pendidikan Integrated` mencerminkan kelompok bangunan UKM peringkat
awal. Jika tidak Kampus UKM adalah lebih cantik dan lawas jika bangunan dibina
di atas kawasan landscaping yang teratus dan luas dan tidak bersesakan.
Perubahan dari segi landscaping dan susun atur bangunan yang mengambil kawasan
yang luas dan terbuka ialah apabila berlaku pembangunan bagi kampus lengkongan
Kedua Yang menempatkan fakulti-fakulti bahasa, Pendidikan, Undang-Undang dan beberapa yang
lain. Walau bagaimana setelah 40 tahun
(1973-2014) pembangunan fizikal kampus di Bangi, maaf untuk disebutkan, tidak
ada bangunan berciri estetika yang mencerminkan identiti keilmuan dan budaya
yang didukung yang dapat dimegah dan menjadi sebutan dalam kampus dan keluar dari kampus.
Ambil saja bangunan fakulti Islam seharusnya bercirikan seni
bina Islam dan berada di dalam kelompok bangunan masjid dan kompleks Islam. Krdudukannya menempel dan
berdekatan dengan bangunan pentadbiran adalah tidak sesuai. Demikian juga
dengan bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu seharusnya bercirikan seni
bina tradisional Melayu yang dipersesuaikan dengan cirri moden. Bangunan fakulti Sains tidak mencerminkan inovasi kesainan dan
moden. Begitulah membawa kepada bangunan Fakulti Ekonomi dan Perdagangan tiada
kecanggihan, tetapi semuanya mengambil konsep asas bangunan `rumah panjang
bertingkat`. Alangkah indahnya kampus
UKM yang berada di belantara hijau jika dari awalnya disusun di atas ruang yang luas
berlandscaping menarik dengan binaan berciri estetik melambangkan peradaban dan
budaya yang didukung. Istimewa dan lain dari yang lain. Mengapa para arkitek
yang merangka plan dan seni bina tidak
memberi perhatian pada elemen estetika
yang mencirikan budaya dan kesenian bangsa ?
Walau bagaimana bagi perkembangan fizikal Kampus UKM
umpamanya untuk pembangunan lengkongan ketiga, Penulis kaitkan dengan
permohonan penduduk setempat Bangi dan sekitaran yang sedang membangun, bahawa
UKM dengan kampusnya yang luas wajar membina Hospital Pengajian di Kampus
Bangi. Semasa belum wujud KLIA dan
Putrajaya, memanglah tidak ramai penduduk dan Hospital Pengajian UKM didirikan
di Cheras, tetapi kini hospital Kajang
dan Serdang sudah tidak dapat menampung pesakit-pesakit. Adalah wajar UKM
mempunyai Hospital Pengajiannya di Kampus Bangi sebagai Hospital kedua bagi universiti
tersebut sebagai pusat pengajian
perubatan di samping memberi khidmat
kemasyarakatan kepada penduduk di Bangi dan sekitarannya yang pertambahan
penduduknya begitu pesat. Hospital ini seharusnya didirikan dalam kawasan utama
dan menarik bersama fakulti-fakulti yang baharu. Seni binanya seharusnya
bersifat moden, tetapi bercirikan Malaysia di dalam taman yang menarik.
Sebuah lagi bangunan yang wajar didirikan di Kampus Bangi di
dalam lengkongan ketiga ini ialah bangunan yang kita namakan ``Wisma Citra UKM`,
Bangunan ini mengambil fungsi sebagai `Wisma Pameran, Galeri dan muzium bagi
UKM. Di dalam bangunan ini dipamerkan sejarah pendidikan dan perjuangan
mendirikan UKM dengan tokoh-tokoh, kepimpinan UKM, carta-carta keilmuan dan
pengajian di UKM, tokoh-tokoh Ilmuan dan tokoh-tokoh graduan. Pencapaian UKM
dalam hiraki universiti terkemuka dunia. Pada bahagian yang lain dipamerkan penghasilan dan kejayaan penyelidikan yang
dilakukan di UKM dengan tokoh-tokoh, buku-buku dan rekacipta yang dihasilkan. Pada
bahagian galeri dipamerkan misalnya tokoh-tokoh bahasa yang berjuang bagi
meningkatkan bahasa Melayu, ulama` ulama
pengarang, seniman-seniman, tokoh-tokoh sastera yang dilahirkan oleh UKM dan
karya-karya mereka dan segala bahan seni yang ada kaitan dengan UKM. Pada bahagian permuziuman diabadikan
bahan-bahan dan monumen-monumen yang berhubung dengan UKM. Misalnya dari segi
replika bangunan sejak zaman Jalan Pantai ke cawangan-cawangan dan penubuhan kampus di Bangi sendiri. Peralatan-peralatan penting
dari perisytiharan penubuhan UKM, konvokesyen, perlantikan-perlatikan,
penganugeraha-penganugerahan, upacara-upacara dan berbagai bahan yang boleh dikategorikan
sebagai bahan permuziuman. Satu bahagian penting ialah kedai jualan buku yang
diterbit oleh UKM dan soveiner yang berhubung dengan UKM.
Peranan Wisma Citra UKM, bukan sekadar bangunan, tetapi
ianya menjadi pusat kunjungan pengunjung dan pelancong yang dari Wisma Citra
UKM ini sebagai one stop centre yang dari sini seseorang mendapat maklumat
tentang UKM secara menyeluruh. Perlu disebutkan bahawa Kampus UKM di Bangi tidak
bersifat mesra pengunjung. Wajahnya hanya dapat dilihat dari tepi jalan yang
imej utamanya hanyalah masjid, Dewan Tun Canselor dan bangunan Koperasi Unikeb.
Orang tidak mendapat gambaran menyeluruh dari segi fizikal, apa lagi dari segi
institusinya sebagai universiti. Kampus UKM adalah tersorot dan terselindung ke
belakang. Wisma Citra UKM hendaklah menjadi sebagai pusat publisiti berhubung
dengan UKM. Ia hendaklah sebuah bangunan yang penting berlandscape dan berseni
taman yang menarik. Reka bentuk dan seni binanya hendaklah mengambil bentuk seni
bina tempatan contoh istana atau rumah
Melayu tradisi contoh rumah limas atau berpeleh dan berkelek anak dengan tebar layar bertunjuk langit dan kaya dengan seni ukir sama ada bermotif
tumbuhan tempatan, awan larat dan bergeometrik design yang disesuaikan pula
dengan seni bina moden yang mencerminkan daya kreativiti dan berestetika tinggi yang memancarkan daya
intelektual dan estetika peradaban bangsa.
Sekian
No comments:
Post a Comment