BBB, 11 Zulhijah 1435 =
06 Oktober 2014 (Isnin):
Dalam kertas kerja Dr. Shafie bin Abu Bakar yang berjudul
``Pengajian Di Masjid Al-Umm: Cadangan``
yang dibentang dalam Bengkel Untuk Merancang & Mengimarahkan Masjid Al-Umm
Bandar Baru Bangi di Bakawali Ballroom,
Hotel Puri Pujangga, UKM pada 26 Zulkaedah 1435 bersamaan 21 September 2014
beiau mencadangkan :
``Kertaskerja ini hendaklah dibaca bersama buku
Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu hasil dari pembentangan kertas-kertaskerja dan
diskusi berkenaan dengannya yang
diadakan pada 19 Sya`ban 1435 bersamaan dengan 14 Jun 2014. Kertas-kertaskerja dan rumusan perbicangan di dalam bentuk buku
kecil sebagai kesinambungan buku-buku Bangi Bandar Ilmu dan Gagasan Bangi.``
(Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu, 2014: 69hlm.).
Dalam kata yang lain bahawa kertas kerja, ``Pengajian Di
Masjid Al-Umm: Cadangan`` tidaklah bersifat tersendiri dan berasingan, tetapi
adalah merupakan lanjutan, bahkan merupakan `part and parcel` dari
Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu, bahkan dilihat secara lebih luas adalah lanjutan dari buku Bangi Bandar Ilmu
dan Gagasan Bangi yang merupakan perluasan dari konsep Bangi Bandar Ilmu.
Bahkan dapat dilihat kertaskerja `Pengajian Di Masjid Al-Umm adalah mini mikro
dalam mana Masjid Al-Umm menjadi induk pengajian di Wadi Ilmu yang bersifat
mikro di Wadi Bangi , di samping pendekatan Makro yang pendekatan melihat hendaklah digerak secara holistic, menyeluruh dan serentak. Pendekatan
secara mikro adalah bermula dari Masjid Al-Umm sebagai induk Ilmu dan
mekanismenya meluas ke seluruh Bangi Bandar Ilmu dengan sokongan masjid-masjid,
surau-surau dan berbagai institusi pendidikan lain yang banyak kedapatan di Bangi.
Di dalam buku Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu terdapat dua
kertaskerja iaitu:
1)
Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu – Integrasi
Berbagai Institusi Berindukkan Masjid Al-Umm oleh Shafie Abu Bakar (Kertas ini
dinamakan sebagai Pendekatan Mikro).
2)
Indikator Dan Cabaran: Pelaksanaan Bangi Bandar
Ilmu (BBI) oleh Profesor Madya Dato` Dr.Ab. Halim Tamuri, Rektor KUIS (Kertas
ini dinamakan Pendekatan Makro).
Dari segi persembahan buku ini agak unik. Selepas
Pendahuluan oleh Penyelenggara, ianya bermula dengan Perasmian, rumusan
kedua-dua kertaskerja, sesi perbincangan , diskusi meja bulat (bermaksud adalah
rumusan dari perbincangan). Kemudian diikuti dengan kandungan kertaskerja satu
dan dua secara sepenuhnya dan diakhiri dengan sebuah puisi `Masjid Al-Umm
Adalah Kecintaan` dan penghargaan.
Dalam kata Pendahuluan Penyelenggara mengusahakan penerbita
buku `Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu`
dengan harapan:
``Dengan penerbitan buku kecil ini dapat melengkapkan lagi
Gagasan Bangi Bandar Ilmu. Juga dapat membantu sebagai panduan bagi
perkembangan kegiatan keilmuan di Masjid Al-Umm secara khusus dan menjadi
rujukan bagi perbincangan keilmuan di Bangi pada masa akan datang.`` Penyelenggara, hlm. 1).
Dalam ucapan perasmiannya Adun Bangi Y.B. Ustaz Shafie Ngah
melahirkan penghargaannya kepada pihak MPKJ dan Pejabat Daerah yang
menghantarkan wakil-wakil yang dengan
kehadiran mereka dapat mendengar permasalahan dan keperluan-keperluan yang
dibangkitkan oleh para peserta agar
tindakan dapat diambil. Beliau juga menyebut beberapa kegiatan contoh yang
berkait dengan pendidikan yang dilaksanakan oleh ADUN.
Bagi menjelaskan konsep Bangi Bndar Ilmu, diterangkan asal
usul dan sejarah yang mencetuskan konsep Bangi Bandar Ilmu sejak tahun 2007 (Sambutan 30 Tahun Bandar
Baru Bangi) yang puncaknya ialah
pelancaran Bangi Bandar Ilmu dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato`
Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato`
Menteri Besar Selangor di Kuis pada 22 Jun 2008 yang kemudian pada tarikh ini
adalah menjadi `Hari Ilmu` yang disambut dan diadakan kegiatan-kegiatan
keilmuan dan penghargaan kepada pelajar cemerlang yang merupakan kegiatan tahunan
di DUN Bangi sejak 2008 sehingga 2013.
Antara kegiatan ketara ialah penghasilan buku `Bangi Bandar
Ilmu (2012) yang mendapat tunjangan kos penerbitan dari Kerajaan Negeri
Selangor. Begitu juga penerbitan buku `Gagasan Bangi` yang merupakan hasil pertandingan
menulis esei pada peringkat universiti. Mereka menghasilkan hasil tulisan
berhubung dengan Konsep Bangi Bandar Ilmu dan topik-topik lain yang berkait
dengan gagasan Bandar Ilmu. Turut dipertandingkan ialah penulisan puisi yang
tema agak bebas, tetapi ada kaitan dengan wawasan keilmuan. Daripada esei-esei yang menang dan terpilih, juga
yang menang di dalam penulisan puisi, diterbitkan dalam buku ``Gagasan Bangi``
(2012).
Buku Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu adalah lanjutan dan
pelengkap bagi konsep Bangi Bandar Ilmu dan Bengkel Untuk Merancang &
Mengimarahkan Masjid Al-Umm dengan kertaskerja ``Pengajian Di Masjid Al-Umm:
Cadangan`` adalah usaha memperkukuhkan Bangi Bandar Ilmu berindukkan Masjid
Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment