October 19, 2014

Pertanyaan Dan Pendapat Selepas Sidang Pleno


BBB, 22 Zulhijah 1435 = 17 Oktober 2014 (Sabtu):
Peluang bertanya selepas pembentangan kertas kerja pada sebelah pagi agak terhad. Majlis diberitahu, ``Sesiapa yang mempunyai soalan atau cadangan bolehlah menyampaikannya pada sebelah petang selepas  Sidang Pleno``. Dalam masa yang juga terhad hanya dua orang berkesempatan mengemukakan soalan dan pandangan:


1)       Tuan Haji Mohd Ali bin Muhammad – Surau Al-Falah, Jalan 6, Seksyen 16, BBB.
Tuan Haji Mohd. Ali membangkitkan, bahawa dalam seminar pernah diadakan menyatakan bahawa Imam dilantik kerajaan antaranya disyaratkan berkelulusan tahfiz dan terlatih. Beliau berharap  Imam  bagi  surau mendirikan solat Jumaat yang mempunyai sijil dan setengahnya diploma dan tak ada imam tetap diharap dipertimbangkan elaun kepada mereka.
Tuan Haji Mohd. Ali juga menyarankan pengajian di Masjid Al-Umm turut mengadakan pengajian secara formal  atau berpakej berkurikulum dan dinilai untuk diberi sijil atau diploma yang diiktiraf oleh pengajian tinggi (kerjasama) dan membolehkan mereka menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi.
Seterusnya beliau mencadangkan  kakitangan masjid yang dilantik oleh JAIS, khususnya yang terlibat dengan Imam seharusnya dikehendaki menjalani kursus, apa lagi ada antara mereka tidak dapat membaca Al-Fatihah secara betul. Dengan ini amal ibadat khususnya imam bersolat dapat menunaikan solat secara betul dan tidak meragukan para jamaah.
2. Tuan Haji Jaafar Muhammad
Membangkitkan soal dakwah. Adalah cabaran bagi umat Islam di Malaysia yang mempunyai lebih 50% umat Islam untuk sama berdakwah menyampaikan nikmat hidayah kepada yang bukan Islam. Kita berada di dalam situasi yang terbaik bagi dakwah. Kita tidak gagal, tetapi tidak mampu mencari pendekatan terbaik memperlihatkan kepada mereka bahawa Islam adalah yang terbaik. Kita perlu berusaha di samping memohon hidayah dari Allah. FirmanNya bermaksud:
(Sesungguhnya Engku – Wahai Muhammad tidak mampu memberi  hidayah kepada orang yang engkau kasihi, akan tetapi Allah memberi  hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya – Al-Qasas: 56).
Tuan Haji Jaafar juga mau pengajian yang dilakukan di masjid-surau di Bandar Baru Bangi dirangka dengan jelas dan bermatlamat, tidak sekadar mengisi kekosongan masa. Sebaiknya pihak masjid berbincang dengan pihak surau-surau di bawah jagaannya menyelaras pengajian dan membantu kekurangan.
Tuan Haji Jaafar juga membangkitkan tentang imbuhan imam yang masih berkhidmat:
Ada berijazah di bawah S41 ditempatkan di Masjid
Ada berdiploma di bawah S27 ditempatkan di masjid
Selain daripada itu kariah bagi surau mendirikan Jumaat diminta membayar elaun dari RM750 hingga Rm1,500. Pendapatan sejumlah ini sebenarnya berada di bawah garis kemiskinan. Nasib mereka perlu diberi perhatian dan pembelaan, jika khidmat mereka diharap sepenuhnya terhadap masjid.
Tuan Haji  Jaafar  meminta semua mereka yang mau dilantik menjadi imam perlu menghadiri kursus Imam seperti di ILDAS  atau di KUIS agar mereka menjadi  imam berkelayakan dan bertauliah.
Respond Dari Panel Sidang Pleno:


1.       Ustaz Shahrizal:
Kerja-kerja yang dilakukan di Islamic Centre adalah bersifat sukarela dan mesra sesama  Islam. Masyarakat lebih bersifat tolerance, lantaran itu tidak menimbulkan masalah, selain dari ada perbezaan kecil terutama antara orang Arab dan Pakistan. Tidak timbul persoalan mazhab dan tidak diperbesarkan. Bahkan masjid dikira sebagai wilayah selamat.


2.       Tuan Nazir Ustaz Napiah
Beliau menyebut Masjid Al-Hasanah ibarat jantung bagi masyarakat umat di Bandar Baru Bangi. Kita menyediakan berbagai kegiatan untuk para jamaah yang mau datang. Al-hamdulillah kehadiran mereka makin bertambah. Fokus kita bukan setakat penduduk setempat, tetapi juga pada pekerja-pekerja kilang yang mendatang. Mereka sama memakmurkan masjid
3.       Ustaz Abdul Muis


Masjid Rumah Allah dan milik semua. Nazir dan AJK adalah mereka yang sedar bahawa mereka dipilih berpeluang untuk membuat kebajikan. Kesedaran dan keikhlasan adalah sesuatu yang barakah dan menjadikan masjid makin makmur dan menarik jamaah datang secara suka dan mesra.
Semua pihak juga termasuk guru dan penderma wang ringgit dan tenaga adalah merupakan amalan jariah. Sebab itu masing-masing seharusnya berlumba bagi membuat kebajikan.
Baik masjid maupun surau perlu melatih pelapis-pelapis yang bakal menghidup,  memakmur dan mengimarahkan masjid dan surau agar imarah dan kebaikan yang dilakukan terus berkesinambungan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment