October 21, 2014

Melawat Bangunan Dan Taklimat Pembinaan Masjid Al-Umm


BBB, 25 Zulhijah 1435 = 20 Oktober 2014 (Isnin):
Sehingga  Selasa 19 Zulhijah 1435 = 14 Oktober 2014 hari Mesyuarat  Tapak bangunan Masjid Al-Umm (sudah layak dipanggil bangunan, bukan lagi tapak) sesungguhnya bangunan Masjid Al-Umm sudah jelas dari segi bentuknya dengan tingkat bawah tanah sudah sempurna dari segi tiang dan ruang, bahkan dinding-dinding utama dan bilik-bilik telah dipasang dan diikat dengan batu bata, sedangkan tingkat utama telah siap dengan lantai dan tiang-tiang tegak menjunjung tingkat atas (tiga). Sebahagian dari dinding mulai dipasang dan diikat dengan batu bata, manakala lantai bagi tingkat atas (tiga) telah dikonkrit dan tiang-tiang mulai naik menjulang bagi menjunjung bahagian `roof` (atap). Pembinaan dalam  tumpuan mendatang ialah bahagian roof, kubah dan menara yang asasnya dalam pembinaan.
Demikianlah selepas selesai bermesyuarat  tapak jam 11.00 pagi yang dikendalikan oleh Ir. Tuan Haji Ghazali Hussin, beberapa AJK Pembinaan yang terdiri dari Penulis selaku Pengerusi AJK Induk,  Tuan Haji Mohd Nor ( Bedahari), Tuan Haji Suib Maulud (Setiausaha), Tuan Haji Abdul Rahman dan En. Nik Muhd Adham (Setiausaha Kerja) dijemput untuk melawat bangunan Masjid Al-Umm dalam pembinaan. Turut tiba ialah Tuan Haji Azizi Omar Juru Gambar Rasmi. Lawatan disertai Arkitek Ar. Tuan Haji Fuaddin bin Raja Ahmad serta En. Hanizan  dan Perunding-Perunding  - En. Ir. Mohd Safari Ahmad (C & S) Safari Ingeniuers, En. Mohd Ashri Yusof Perunding Ukur Bahan, En. Mohd Sani bin Shaharuddin Perunding M & E bagi pihak Azfar Sdn. Bhd. dan Tuan Haji Marzuki bin Hj. Che Omar Kontrektor dari Tekad Nusantara  Sdn. Bhd.  Turut hadir memberi  penerangan Saudara Razak Rahman Site Agent dari Tekad Nusantara,  Tuan Haji Abdul Halim dari Arkitek Urusbina dan En. Azhar bin Ahmad Kerani Tapak dari Safari Ingeniuers. Mereka adalah petugas-petugas di tapak.


Kami melawat ke level bawah tanah dan untuk turun ke bawah melalui jalan sebelah kanan  atau kiri – tapi kami masuk melalui sebelah kanan. Pada level ini sudah diikat dinding-dindingnya dengan batu  dan juga bilik-bilik, tetapi sebahagian besar dari ruang bawah tanah ini adalah terbuka sebagai ruang serbaguna untuk konvensyen, seminar, jamuan perkahwinan dan sebarang perhimpunan yang sesuai yang dijangka dapat memuatkan sejumlah 1,000 orang secara serentak. Bilik-bilik yang ada berhubung dengan keperluan,  misalnya bilik rehat tetamu sebelum sidang, tempat pernikahan dan ruang persediaan jamuan dan sebagainya. Pada kiri kanan tepi dewan terdapat tangga untuk naik ke tingkat utama. Pada bahagian depan terdapat tanda mihrab dari atas, tapi tidak secara lengkung bulat, tetapi dibina tiang-tiang bagi lengkung di atas. Bahagian bawah sebelah kanan terdapat bangunan bagi TNB.
Kami keluar ke sebelah kanan dan diberi penerangan oleh Konsultan Safari berhubung dengan tembok rumah jiran tidak mempunyai tapak konkrit, sebab itu kelihatan sebahagian dari tembok sudah  retak dan jika dibiarkan mungkin runtuh dan merosakkan struktur rumah. Pihak Kontrektor terpaksa menggali dan membina struktur asas bagi benteng batu rumah berkenaan sebelum jalan dibina berhampiran dengan rumah berkenaan. Kami ditunjukkan bahawa sempadan masjid sebenarnya rapat dengan sempadan asal masuk ke dalam pagar dan persempadanan yang sebenar ini akan diperbetulkan.
Naik ke tingkat utama boleh dari tangga dalam atau dari luar, memperlihatkan tiang-tiang bagi tingkat atas (tiga) sudah tegak, bahkan lantai bagi tigkat tiga keliling di atas  ruang utama telah diratakan dengan semin. Tangga sebelah kiri bagi naik ke tingkat atas sedang dipasang kotak-kotak tangga berkenaan, tetapi belum diisi semin.   Sebuah lagi tangga sebelah kanan juga sedang dibina. Kami berhimpun dekat mihrab bersama  Ar. Raja Fuaddin, Consultant Safari dan Kontrektor Haji Marzuki  melihat keluasan ruang tengah tingkat utama tempat jamaah yang agak luas, tetapi masih bersepah dengan kayu dan besi. Pekerja-pekerja sebahagian sedang menyiap dan memasang pemidang besi untuk tiang utama – empat tiang yang menjadi penjunjung bagi kubah kelak.


Kami tidak naik ke tingkat atas (tiga), kerana tangga belum siap. Memadai kami melihatnya dari tingkat utama yang tiang-tiang berceracak naik ke atas sebagai tiang-tiang bagi roof dari tingkat tiga di atas.
Kami ditunjuk oleh Ar. Raja Fuaddin bahagian wudhu` bukannya terletak di bahagian belakang, tetapi kiri kanan sebagai sayap masjid yang agak terpisah dari bangunan utama masjid.
Kami melihat struktur menara dan pintu gerbang yang tiang-tiangnya mulai naik. Ditepi sebelah kiri berdekatan menara ada ruang bahagian lift dan berdekatannya juga sebuah tangga yang belum bersemin untuk ke tingkat tiga. Melihat dari bahagian masuk dari hadapan adalah keliihatan ruang utama – tidak Nampak level bawah tanah – kiri-kanan tiang-tiang bagi tingkat atas (tiga), agak jauh memanjang ke hadapan hingga ke mihrab yang berdekatannya adalah mimbar. Dinding dekat mihrab ada tingkap yang kelihatan darinya kawasan Medan Usahawan dan kedai-kedai  - rendah ke bawah.
Pada masa lawatan ini juga crane semin sedang mengangkat semin dari lory semin ready Mixed. Semua pihak, khususnya pekerja-pekerja memberi   tumpuan pada kerja masing-masing. Cuaca tengahari elok. Biasanya sebelah petang hujan. Tapi tidak mengganggu penerusan kerja.

Sekian.

No comments:

Post a Comment