October 15, 2014

Lanjutan Perbincangan Bengkel Pengimarahan Masjid Al-Umm


BBB, 19 Zulhijah 1435 = 14 Oktober 2014 (Selasa):

Turut bercakap dalam perbincangan mengenai bengkel di atas ialah:
4.   Encik Talib bin Bulin dari Surau Al-Falah,  Jalan 6, Seksyen 16 BBB. Perkara yang dibincangkan:
a)  Pembesar Suara
Pihak Masjid Al-Umm perlu mempastikan penggunaan sistem pembesar suara yang bermutu. Banyak masjid yang menggunakan pembesar suara yang tidak memuaskan menyebabkan khutbah, pengajaran dan ceramah tidak dapat disampai dan tidak dapat diterima dengan baik. Oleh kerana kegagalan sistem pembesar suara menyebabkan jamaah tidak berminat untuk mengikuti program-program yang dianjurkan. Sebab itu pihak AJK Masjid perlu berunding dengan pakar dan mempastikan sistem pembesar suara  adalah terbaik.


b)  Keselamatan Letrik
En. Talib juga membangkitkan soal keselamatan, terutama letrik. Beliau mau supaya letrik bukan setakat sempurna dari segi pemasangan, tetapi juga dari segi penyelenggaraaan secara jangka panjang, supaya tidak berlaku kerosakan, apa lagi kemalangan dan kebakaran. Pihak AJK perlu memilih penjaga dan pengawal berpengalaman agar keselamatan dari segi letrik dapat dijaga.
c) Khatib Hari Jumaat
En.  Talib juga menegur ada khatib-khatib yang menyampaikan khutbah tidak menarik dan tidak menguasai subjek atau topik yang dikhutbahkan. Menurut beliau khatib hendaklah berkhutbah dan bukannya membaca khutbah !
5. Encik Adam Setiausaha Surau Al-Amin, Seksyen 8 BBB
Beliau membangkitkan:
a)      Menjimatkan Air
Penduduk di Selangor sering menghadapi masalah air. Beliau mencadangkan agar penjimatan air perlu dilakukan. Bagi menghadapi keadaan kritikal  antaranya mempunyai stok air dengan menggunakan sistem kolah sebagai alternatif  juga penuaian air hujan untuk disimpan untuk diguna dalam keadaan kritikal, juga untuk menyiram pokok-pokok.
b)      Design Tandas
En. Adam mengingatkan pihak AJK Pembinaan agar menyediakan tempat tandas secara betul dan tidak kekok dan bermasalah bila digunakan. Ruang tandas juga jangan terlampau kecil hingga orang yang tubuhnya bersaiz besar sukar menggunakannya. Bahagian tandas hendaklah berasingan  dari kawasan wudhu`  agar tidak mencemarkan tempat wudhu`  dan menjadikan pengguna waswas.
c)       Tempat Wudhu`
Designnya hendaklah sesuai  dan selesa digunakan serta tidak mengganggu pengguna-pengguna yang lain.


6. Cikku Mihad – Wakil Sekolah Rendah BBB
Sebagai jiran terdekat, beliau mau pihak Masjid Al-Umm memberi perhatian sama terhadap Sekolah Rendah dan Menengah BBB. Masjid diharap menjadi pemangkin bagi pendididkan pelajar-pelajar, terutama di dalam bidang agama dan akhlak (gejala maksiat dan social).  Sekolah sedia memberi  kerjasama dengan pihak masjid di dalam kegiatan-kegiatan yang sesuai.
7. En. Mohd. Fauzi – Surau Al-Ukhuwwah, Seksyen 5 BBB.
En. Mohd Fauzi mencadangkan:
a)      Bengkel Keilmuan
Diadakan dari semasa ke masa bengkel berhubung dengan tema dan topic yang bersesuaian bagi membimbing masyarakat. Misalnya persoalan halal haram, hukum merokok dan sebagainya.
b)      Kebersihan
Beliau juga mengingatkan pentingnya kebersihan dijaga bagi menjaga imej masjid dan juga surau. Kebersihan adalah tuntutan Islam dan sah atau tidak ibadat juga bergantung pada kebersihan.
8.  Puan Arbaiyah Dari Surau Al-Mawaddah, Seksyen 2, BBB
Satu-satunya kalangan muslimat yang bercakap. Beliau membangkitkan:


a)      Ruang Wanita Tidak Terurus
Beliau mau di tempat wanita berjamaah diberi perhatian, jangan sampai tidak terurus seperti telekung dan mekana yang kotor, bersepah, sajadah tidak tersusun dan sebagainya.
b)      Carpet
Carpet di masjid jangan berwarna garang hingga menyakitkan mata. Warnanya biarlah  lembut menyejukkan  mata memandang
c)       Bahan Maklumat
Masjid Al-Umm perlu menggunakan media maklumat semasa seperti Portal Masjid Al-Umm yang dapat diikuti kegiatan  Wajar juga dikeluarkan risalah atau bulletin dari masa ke masa.
d)      Kelas bimbingan Al-Qur`an
Perlu ada kelas bimbingan Al-Qur`an seperti Pengajain Al-Qur`an bersama pengajian Tajwid, Pengajian Al-Qur`an secara harfiyah dan sebagainya.
Beliau mau Masjid Al-Umm menjadi `Pusat Kecemerlangan`
9. Saudara Nizam – Belia Abim
Pusat Belia Abim BBB berhampiran dengan Masjid Al-Umm. Lantaran itu belia ABIM berkenaan sedia berekerjasama dengan Masjid Al-Umm, khususnya berhubung dengan belia seperti menjadikan Belia Rakan Masjid, membimbing pelajaran, mengatasi gejala social, ponteng sekolah, maksiat dan sebagainya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment