BBB, 01Muharram 1436 = 25 Oktober 2014 (Sabtu) Daripada apa yang telah dibincangkan adalah merupakan cadangan pertama dari Penulis apabila bangkit mengambil peluang bercakap, apabila peluang berkenaan dibuka. Dalam kata lain Penulis memaklumkan kepada majlis bahawa perlu diwujud atau dipulihkan kembali Persatuan Siswazah UKM (PERSIS UKM) bagi mencerminkan benar-benar bahawa apa yang dikatakan kegiatan alumni UKM itu adalah benar-benar digerak dari kalangan siswazah, graduan atau alumni UKM. Kita sebenarnya tidak begitu jelas bagaimana pembentukan perwakilan alumni dilantik pada peringkat permulaan yang mengadakan kegiatan-kegiatan hingga membawa kepada usaha mendirikan bangunan alumni, tetapi terbengkalai yang membawa kepada malap atau terkuburnya persatuan alumni berkenaan. Walau apa pun cara lantikan yang telah dilakukan sebelumnya, Persatuan berkenaan perlu kembali diwujudkan, tetapi tidak semestinya mengikut pola perlantikan yang telah dilakukan sebelumnya, sebaliknya perlu kepada pendekatan dan mekanisme baru yang lebih praktikal yang dilihat sebagai badan yang mempunyai ahli-ahli yang prihatin terhadap UKM. Satu pendekatan yang Penulis Nampak bersesuaian ialah dengan mengwujudkan Dewan Siswazah yang dari dewan ini dipilih exco dan dari exco ini dipilih (Presiden) mewakili alumni berada di dalam Majlis UKM. Cara memilih Ahli Dewan – ialah berdasarkan pemilihan peringkat negeri. Pada peringkat permulaan berdasarkan bank maklumat graduan yang ada pada universiti dipilih Ahli Dewan seorang dari setiap negeri secara potem komiti. Protem komiti perlu disah atau ditukar dalam masa setahun berdasarkan pemilihan oleh siswazah pada peringkat negeri dan pusat. Ahli Dewan ini perlu bersidang secara penggal dalam setahun (4kali). Dalam sidang awal mereka memilih Presiden dan exco beberapa orang dari mereka mengikut keperluan jawatan – Contoh lima bidang misalnya Dasar dan Polisi Universiti (Presiden), Lima Exco di bawah Presiden ialah Akademik, Pembangunan, Komunikasi Dan Citra Universiti, Kebajikan (terhadap universiti, ahli dan masyarakat) dan Kewangan. Kabinet pentadbiran hendaklah dipilih sekali bagi lima tahun berdasarkan pemilihan tiap negeri yang diangkat ke pusat yang bersidang memilih Presiden dan exco. Kita berharap pemilihan dibuat sebagai wakil siswazah negeri terhadap alumni dari kalangan yang Berjaya di dalam bidang atau profession masing-masing. Dengan kejayaan dan kedudukan mereka di tengah masyarakat dapat mereka membawa kejayaan di dalam memimpin alumni yang memberi impak dan imej yang baik pula kepada universiti.
Perlu diingat bahawa
universiti bukan saja adanya kampus dengan pentadbir dan tenaga pengajar,
tetapi sama pentingnya ialah pelajar-pelajar, termasuklah graduan-graduannya,
sebenarnya dari graduan yang dilahirkan dinilai tinggi atau rendahnya mutu
sesebuah universiti. Kaitan graduan dengan universiti adalah
berterusan dan cinta mereka terhadap universiti yang mnendidik mereka adalah berterusan.
Lantaran itu mereka patut diberi peluang sama menjunjung dan memajukan
universiti. Dengan melantik perwakilan graduan melalui Dewan Siswazah, banyak
sumbangan yang dapat diberi.
Misalnya Presiden Siswazah dapat membincang dalam dewan
sejauhmanakah falsafah, dasar, polisi dan halatuju yang selama ini digariskan dapat
diikuti dan dilaksanakan oleh universiti. Begitu juga dengan kedudukan dan
pencapaian universiti berbanding dengan universiti-universiti
terkemuka di dunia. Sejauhmanakan kerjasama diadakan dengan
universiti-universiti, terutama dengan universiti-universiti terkemuka di luar
Negara.
Exco yang dilantik bahagian penyelidikan bekerjasama dengan
Timbalan Naib Canselor bahagian penyelidikan bagi menggerak dan memajukan
bidang penyelidikan yang amat penting di universiti. Kejayaan di dalam bidang
penyelidikan melonjak nama atau kelompok penyelidik dan nama universiti dan
bagaimanakah hasil penyelidikan ini dapat dimanfaatkan baik oleh pihak
universiti atau Negara. Pihak exco siswazah juga dapat bekerja sama dari segi
pembangunan fizikal universiti, pembangunan mahasiswa dan bidang-bidang
keilmuan dan penerbitan-penerbitan yang berhubung dengannya. Persatuan Siswazah
dan ahli-ahli dapat memprojek dan meningkatkan imej universiti melalui kepakaran graduan, kerja-kerja yang
dilakukan melalui persatuan siswazah baik pada peringkat pusat atau di
negeri-negeri. Pada peringkat negeri misalnya Pejabat Alumni patut diwujudkan yang menjadi pusat kegiatan siswazah. Melalui
persatuan peringkat negeri mereka dapat melakukan kebajikan melalui kepakaran
masing-masing. Misalnya penasihatan dari segi ekonomi dan pembangunan. Dengan
kepakaran yang ada pada siswazah mereka diharap dapat menjana kewangan bukan setakat
untuk kegiatan persatuan pada peringkat pusat dan negeri, tetapi juga dapat menjanakan kewangan bagi universiti.
Apa yang harus
dilihat, bahkan dilaksanakan, bahawa para graduan adalah keluarga universiti
yang mereka sama menumpahkan kasih
sayang dan mau kelurganya berjaya. Jadi di dalam konteks UKM mereka hendaklah
diberi ruang melalui perlantikan sebagai wakil siswazah – melalui persatuan
yang membolehkan para graduan sama member idea dan tenaga intelektual sama memajukan universiti.
No comments:
Post a Comment