BBB, 04 Jamadil Akhir 1436 = 25 Mac 2015
(Khamis):
Selain dari puisi syair dari pengaruh Arab
yang masuk di dalam persuratan Melayu, terdapat beberapa puisi yang lain yang
masuk ke dalam persuratan Melayu sebagaimana syair melalui Islam, tetapi ianya
tidak boleh dikaitkan dengan Arab, kerana bentuk puisi lain dari syair tidak
didapati di dalam bahasa Arab, tetapi ianya masuk melalui Islam yang antaranya
ada pengaruh Parsi atau tumbuh di dalam rahim peradaban Islam itu sendiri.
``Orang terawal membenarkan daku ialah Abu
Bakar al-Siddiq dan orang yang awal masuk bersamaku ke dalam syurga ialah Abu
Bakar al-Siqqiq``, lalu diikuti mathnawi:
Mathnawi Abu Bakar
Bahawa yang pertama percaya padaku Abu Bakar
jua,
Dan bahawa yang pertama masuk syurga sertaku
Abu Bakar r.a. jua
Mathnawi Abu Bakar itu yang pertama ashab
cahaya
Segala mihrab Amirul Mu`minin itu namanya
Khalifah itu pun lagi adanya
Imam muslimin ialah air syurga
Ia jualah pada antara ashab itu
Adalah ia terbesar dan termulia qari Islam itu
Daripadanya dan sifat Islam itu.
(Bukhari al-Jauhari, Taj al-Salatin,
Selenggaraan Khalid Hussein, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966: 3).
Tentang keadilan Sayyiduna `Umar Ibn
al-Khattab juga dimathnawikan selepas disebut sabda Nabi s.a.w. tentang Umar
bermaksud:
``Kebenaran diucap dari lidah Umar``. Dan
mathnawi berkenaannya ialah:
Umar
Umar yang adil dengan perinya,
Nyatalah pun adil sama sendirinya.
Dengan adil itu anaknya dibunuh,
Inilah `adalah yang benar dan sungguh,
Dengan bedah antara isi alam,
Ialah yang benar pada siang malam;
Lagipun yang menjauhkan segala sharr,
Imamul haq dalam padang mahshar,
Barang yang Hak Ta`ala katakan itu,
Maka katanya sebenarnya begitu.
(Bukhari al-Jauhari, hlm. 3 -4) &
(S.Takdir Alisjahbana, Puisi Lama, Zaman Baru Limited, Petaling Jaya, Selangor,
1965: 117).
Tentang Sayyiduna `Uthman Rasulullah bersabda
bermaksud:
``Setiap Nabi ada kawan di syurga, dan kawanku
(di syurga) ialah `Uthman.``
Mathnawi Uthman
Akan seorang Nabi ada baginya teman,
Syurga dan teman aku Uthman (r.a),
Mathnawi Amirul Mu`minin Uthman,
Yang menghimpunkan Al-Qur`an.
(Bukhari al-Jauhari, Taj al-Salatin, hlm. 4).
Berhubung dengan Sayyiduna `Ali karramallahu
wajhah Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Aku Bandar Ilmu dan `Ali adalah pintunya.``
berhubung dengan mathnawi `Ali:
(Akulah Bandar ilmu dan Ali pintunya)
Mathnawi `Alilah yang membongkar
pintu
Kota Khaibar
Ali jugalh wasi Mustafa
Lagi ialah Haidar Wali Murtada.
(Bukhari al-Jauhari, hlm. 4-5).
(Catatan: Terlalu banyak kesilapan dilakukan
oleh penyelenggara dan terlalu sukar untuk mencari kesahihan).
Sebuah lagi mathnawi ialah yang berjudul:
Budi
Dengarlah olehmu hai yang budiman,
Budi itulah sungguh pohon ahsan,
Kerana ahsan itu puri budilah,
Jika lain maka lain jadilah,
Orang yang berbudi itu kayalah,
Yang bukan berbudi itu papalah,
Jikalau kau dapat arta alam ini,
Dan budi kurang padamu di sini,
Bahawa ke sini jua namamu,
Dan segala ke sinipun adamu,
Jika kamu mau menjadi kaya,
Mintalah budi bagimu cahayai,
Hai Tuhanku, Bukhari yang biasa,
Minta selamat budi sentiasa,
Sudah Tajul Salatin fii akhir
Dan Bukhari dengan Taju itu faqir,
Seribu syukur pada Tuhannya.
Yang menanugerhkan tolongannya,
Pada Bukhari yang Taju itu ada,
Bahawa pada raja gembira itu pada,
Menjadi hakim kerajaan arti
Dan nyatalah raja yang baik pekerti,
Sedang ada mahkota di kepalanya,
Dan artipun hendaklah dinyawanya,
Isi perbendaharaannya lahir
Terindah dan sekaliannya jauhar,
Apatah gerangan sekarang kau kata,
Melihat hartanya artilah semata ?
Bukhari kan ingatkan pangkat itu.
Maha benar daulatlah daulat itu,
Dan syukur akan kurnia Shah Alam,
Sambil katakan begitu siang malam.
(S.Takdir Alisjahbana, Puisi Lama, hlm.
118-119).
Demikianlah konsep puisi mathnawi yang memuji
tokoh yang disusun secara dua-dua baris aa, bb, cc dan seterusnya. Dalam
mathnawi terdapat tokoh yang disanjung dan kadang-kadang penggubah turut
menyertakan namanya.
Dengan
mathnawi yang masuk ke dalam persuratan Melayu melalui Islam memperkayakan
persuratan
No comments:
Post a Comment