BBB, 27 Sya`ban 1436 = 14 Jun 2015 (Ahad):
Di dalam mendirikan masjid bagi menyenangkan
pandangan, maka terdapat penggunaan hiasan-hiasan seperti membuat mimbar yang
berukir dengan ukiran berdasarkan tumbuhan-tumbuhan seperti daun-daun dan
bunga-bungaan dan bahagian atas dengan ukiran ayat-ayat Qur`an, pada kepala
tiang ukiran muqarnas berbentuk geometrik dan sebagainya. Berhubung dengan
penggunaan hiasan ini perlu hati-hati, jangan sampai hiasan melalaikan dan
menggugat fungsi masjid. Perkara ini misalnya dibincangkan di dalam AJK Masjid,
bahawa hiasan yang hendak digunakan jangan sampai melalaikan dan menenggelamkan
fungsi masjid. Ayat Al-Qur`an mengingatkan bermaksud:
``Dan siapakan yang lebih zalim daripada
orang-orang yang menyekat dan menghalangi daripada menggunakan masjid-masjid
Allah (untuk solat) dan menyebut-nyebut nama Allah di dalamnya dan ia berusaha
pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu ?
(Al-Baqarah: 114).
``Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu
untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah
sesiapa pun bersama-sama Allah (Al-Jinn: 18).
Ayat-ayat di atas mengingatkan bahawa fungsi
masjid ialah untuk bersolat dan mengingati Allah dan jangan berlaku
penyengutuan terhadapNya dengan ada penyembahan bersamanya.
Di dalam pembinaan, termasuk Masjid Al-Umm.
Ingatan diambil dan menauladani masjid-masjid yang ada di kalangan masyarakat
umat dan unsur kreatif dan inovatif pula, ialah mencontohi masjid-masjid yang
ada dan tidak melampaui dari segi dekoratif sehingga menenggelamkan fungsi
sesebuah masjid sehingga ia menjadi sebuah muzium dipertonton dan diagungkan sehingga
hilang fungsi sebagai sebuah masjid. Penghiasan sesebuah masjid pula tidaklah
melampau-lampau sehingga melalaikan jamaah dari menumpukan ibadat kepada Allah.
Dekorasi pada sesebuah masjid diambil contoh
dan kombinasi penggunaan di berbagai-bagai masjid juga diberi perhatian.
Contoh yang paling baik dapat diambil dari
Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi. Pada Masjid al-Haram pada dasarnya tidak
mempunyai elemen dekoratif yang banyak. Tiada apa hiasan pada Ka`bah yang
menjadi arah Qiblat, kecuali sedikit pada pintu yang berwarna keemasan. Tiada
mimbar yang digunakan (dulu ada mimbar yang boleh ditolak dan dipindahkan yang
sederhana bentuk, kini tiada). Bagi solat Jumaat Imam/Khatib membaca khutbah
dengan dibawa alat pembesar suara ke hadapan dan diangkat selepas solat. Di
dalam bangunan keliling Ka`bah, tiada sangat dekorasi, keculi pada bahagian
atas dan bawah tiang. Pada bahagian-bahagian lain adalah ruang-ruang biasa.
Demikian juga dengan Masjid Nabawi tiada sangat elemen dekoratif, kecuali pada
tiang-tiang seperti di Masjid al-Haram. Pada bahagian dinding adalah biasa yang
banyak diatur dengan rak-rak yang diisi dengan kitrab-kitab Al-Qur`an untuk
dibaca oleh jamaah. Mimbar adalah biasa, kecuali mimbar pada Raudah adalah elemen hiasan.
Walau bagaimana contoh-contoh dapat diambil
dari masjid-masjid yang lain. Misalnya dari Masjid Umawi yang banyak
menggunakan elemen awan larat dari tumbuh-tumbuhan, Begitu juga dengan
hiasan-hiasan pada lengkung tiang terutama pada Masjid di Cordova dan
penggunaan elemen lengkung tunduk yang banyak digunakan diperbagai masjid
termasuk di Masjif Isfahan dan sebagainya.
Ruang yang paling utama di dalam masjid dan
berdepan dengan jamaah, ialah dinding pada bahagian masjid. Pada asal dan
dasarnya ialah ruang dinding yang kosong yang para jamaah berdepan dengannya bila
bersolat. Tapi ruang di hadapan ini, sebenarnya tidak kosong. Ianya perlu diisi
dengan keperluan-keperluan bagi bersolat. Keperluan termasuk wujudnya mihrab
yang berada pada bahagian tengah mengarah ke Qiblat, perlu ada mimbar bagi
khatib membaca khutbah berdepan dengan jamaah yang berada pada bahagian kanan
bagi mihrab. Selain daripada itu ialah ruang dinding masjid yang kosong dari
atas ke bawah. Dengan itu sudah cukup dari keperluan biasa bagi hadapan ruang
hadapan solat dengan dinding misalnya berwarna putih. Konsep keseimbangan
antara kedua belah pihak bagi mihrab adalah menjadi kiraan baik dari segi
janggal dan ada keselesaan. Ketidakselesaan dan kejanggalan misalnya cadangan
untuk kelihatan ringkas dengan mengadakan mimbar sebagai tergantung pada
bahagian tepi kanan bagi mihrab (dalam ruang mihrab) dengan tangga di bahagian
belakang pada sebelah kanan dan pada kanan dan kiri adalah dekorasi yang
seimbang. Kritik utama terhadap cadangan ini ialah bahawa adalah tidak biasa
mimbar berada di bahagian mihrab yang pada bahagian ini imam berdiri bersolat
menghadap Qiblat.
Cadangan seterusnya ialah dengan mengubah
mimbar pada sebelah kanan (bersendirian) dengan bahagian dinding ada tiga ruang
lengkuk bujur dengan dalaman bagi lengkuk ini berhias dengan dekoratif design
bersifat geometrik atau bermotif ala bunga yang polanya bersamaan dan di atas
lengkongan bersifat awan larat bermotifkan flora. Bahagian atas kanan dan kiri adalah ruang
empat segi panjang untuk diisi dengan ayat-ayat Al-Qur`an. Namun didapati ianya
agak berat dengan hiasan yang dibimbangi akan mengganggu konsentrasi dan
kekhusyukan para jamaah, terutama di dalam solat. Lagi pula ruang mihrab yang seharusnya lebih luas dan selesa
nampaknya begitu sempit dan jarak ruang di belakang untuk tangga khatib naik ke
mimbar agak jauh, lantaran mihrab begitu sempit. Lagi pula kaki bagi sebelah
mimbar (kanan bagi khatib) terputus dan
tergantung.
Untuk meringankan dinding dari hiasan yang
agak tebal dan mengganggu konsentrasi jamaah adalah dicadangkan agar disederhanakan
dengan hiasan hanya dikekalkan ruang lenkung bergaris ke dalam dengan hanya
dengan dua lengkung pada kiri dan kanan, tanpa motif hiasan pada tengahnya
(kosong). Lengkung berlapis ini pula hendaklah bersifat ringan dan nipis pada
dinding yang garisnya antara kelihatan dengan tidak di dalam warna yang ringan
didominasi oleh warna putih, agar ruang tidak begitu kosong dan ruang ketiga
pada sebelah kanan dan kiri adalah digunakan bagi tingkap yang boleh
dibuka bagi dimasuki udara dan cahaya
bila dikehendaki dibuka. Oleh kerana ruang ini berada pada tingkat utama, di
atas bagi tingkat bawah tanah, keberadaan tingkap ini bukan dari tempat orang
boleh berdiri dan menjenguk ke dalam dari bawah, sebaliknya ia berada pada
tahap tinggi yang tidak sampai untuk dijenguk atau diceroboh orang di luar dan
keberadaan tingkap ini pada bahagian tengah selain dari berfungsi bagi
kemasukan udara dan cahaya, bila tidak mau menggunakan penyaman udara,
menjadikannya lebih menarik dari segi pandangan, baik dari luar dan juga di
dalam. Kritik terhadap contoh gambar bertingkap ialah jangan menggunakan palang
pada tingkap palang sebagai `cross`. Ianya hendaklah diadjust agar tidak
kelihatan `cross` dan hiasan geometrik atau flora bagi lengkung tunduk
hendaklah ditiadakan. Biarkan wujud garis lengkung berlapis sahaja yang
mencerminkan kelembutan, khuduk dan khusyuk. Untuk keharmonian dan seimbang
permukaan dan ke dalam bagi mihrab juga hendaklah berhias lengkung tunduk bagi
menimbulkan ketenangan dan keharmonian Pimilihan ayat Al-Qur`an pada bahagian
atas kanan dan dikiri hendaklah dikekalkan dengan pemilihan ayat-ayat Al-Qur`an
yang sesuai. Adalah dicadangkan pada asalnya untuk meletakkan sebuah jam besar
berdiri dihadapan satu dari ruang lengkung tunduk pada sebelah kiri, tetapi
memandangkan kini zaman IT, waktu dapat dipaparkan secara terus pada salah satu
ruang di atas, sebelah kiri penggunaan jam besar, apa lagi dalam bentuk
sepasang, memakan ruang dan tidak lagi sesuai, maka dicadang digunakan sistem
IT digital yang bersifat ringkas dan lebih canggih. Pokoknya penggunaan elemen
dekoratif hendaklah bersifat sederhana dan mengikut motif yang biasa digunakan
di dalam dekorasi di masjid-masjid, iaitu element lengkuk tunduk yang kelihatan
lembut. Ianya merupakan Takmilah dari segi dekorasi yang menekankan elemen
keindahan dan kerohanian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment