Selain dari penyediaan tempat bertaharah, pada
aras utama sebelum masuk ke ruang terbuka Masjid Al-Umm terdapat ruang dan
kemudahan yang disediakan, iaitu:
1) Dua bilik bersebelahan – kanan
2) Taman Mini – kanan
3) Satu bilik besar berasingan – dan sebuah bilik sederhana berhadapan
(berdepan tangga ke aras bawah tanah), kiri
4) Bilik menukar lampin anak-anak
5) Taman mini – kiri
6) Kemudahan-kemudahan lain
Terdapat dua bilik besar – satu sebelah kanan
dan satu adalah sebelah kiri. Kewujudan bilik ini mengimbangi bilik yang sama
sebelah menyebelah. Bilik di sebelah kanan berada pada paling kiri dari dari
bilik wudhu`, kanan, tetapi bilik ini walau pun sama dengan bilik sebelah kiri,
namun dipecah dengan `partition` menjadikannya sebagai dua bilik. Bilik sebelah
kanan agak besar dan sesuai menjadi bilik bagi pentadbir masjid – sepetri Nazir
dan bilik sebelah kiri berdekatan dengan ruang utama masjid, mungkin sesuai
bagi kakitangan perkeranian masjid. Namun bilik-bilik ini boleh diubahsuai bagi
keperluan yang bersesuaian.
Bersempadan antara bilik berkenaan dengan
kawasan wudhu` ialah ruangan bagi taman mini. Ruang taman mini ini adalah ruang
kosong dari bawah ke atas, bagi kemasukan cahaya dan udara. Ruang di bahagian bawah
ini dijadikan ruang bagi taman mini. Taman ini boleh menggunakan pokok-pokok
hidup yang bersesuaian dengan kawasan yang tidak begitu luas. Ianya boleh
digunakan untuk kawasan istirehat dalam mana dibina pangkin atau meja batu dan
kelilingnya adalah bangku untuk beristirihat bagi ahli jamaah lelaki yang
lokasinya adalah sebelah kanan bagi ruang utama masjid.
Sebagaimana pada sebelah kanan ada bilik yang
dibahagi dua, maka pada sebelah kiri juga terdapat satu bilik yang sama
besarnya yang dapat nemampung sampai seratus orang. Buat masa sekarang sejak dua bulan lepas (April 2015),
bilik ini digunakan sebagai bilik mesyuarat bagi Mesyuarat Tapak, Mesyuarat
Teknikal dan Mesyuarat Induk yang bermesyuarat mingguan berturut minggu pada
setiap hari Selasa. Mesyuarat dipindah selepas bilik mesyuarat rumah kongsi
telah dirobohkan bagi pembersihan kawasan bagi pembangunan kawasan masjid.
Bilik mesyuarat yang digunakan sekarang, walaupun belum siap, tetapi telah
dapat dimasukkan air-cond. Ini bermakna AJK telah menggunakan ruang masjid
sejak dua bulan yang lepas. Bilik yang besar ini adalah bertujuan dijadikan
bilik tarbiah. Bermaksud apabila siap masjid kelak dan berbagai kegiatan
dilakukan, termasuk kegiatan keilmuan, maka adalah diharapkan kegiatan-kegiatan
ibadat, pendidikan dan kemasyarakatan tidak sahaja dihadiri oleh kalangan orang
tua dan warga emas, tetapi juga adalah diharap dihadiri oleh kalangan muda dan
ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Ibu-ibu boleh datang dengan anak-anak
mereka mengikuti pengajian dan melakukan ibadat dengan membawa sama anak-anak
mereka. Anak-anak berkenaan ditempatkan di bilik tarbiah dan dijaga dan diasuh
oleh pihak yang dilantik dan berkemahiran mengasuh dan mendidik anak-anak.
Sebagai galakan kepada kehadiran ibu-ibu
membawa anak-anak mereka, maka bersebelahan dengan bilik tarbiah ini terdapat
bilik memandikan anak-anak dan bilik persalinan pakaian mereka bersebelahan
dari bilik tarbiah dan bilik wudhu` dan tandas. Bersebelahan dengan bilik
tarbiah ini, jika di sebelah kanan mempunyai taman mini., maka berdepan dengan
bilik tarbiah ini terdapat taman mini bagi anak-anak yang diasuh bermain di
taman tersebut. Ruang kosong dari atas untuk kemasukan uadara dan cahaya. Taman
mini disediakan dengan rumah menggelunsur, ruang atau terowong keluar masuk
anak-anak dan juga jongkang jongkit sebagai alat-alat permainan yang sesuai
dengan mereka. Bilik di atas sebenarnya boleh disesuaikan bagi kegiatan kaum
ibu mengadakan berbagai kegiatan seperti pengajian Al-Qur`an, tajwid, bahasa
Arab, masakan, menjahit, kursus
kesihatan, ekonomi rumah tangga dan berbagai kegiatan yang sesuai.
Di samping bilik-bilik di atas ada sebuah
bilik lagi yang bentuknya adalah sebuah bilik, tetapi pada bahagian hujung
adalah menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah tanah. Ruang di sini
menjadi semacam ruang tempat menunggu, tetapi paling sesuai dijadikan bilik
yang dapat digunakan kaum muslimat bagi kegiatan mereka dengan menutup dengan
pintu ruang keluar ke tangga. Dan membuka ruang laluan ke sebelah kanan untuk
ke lantai aras utama, atau di buka sebelah kiri melalui jalan kosong antara bilik air dengan bilik yang patut
ditutup jalan ke tangga berkenaan. Dengan sebuah ekstra bilik dapat digunakan
tanpa menjejaskan turun naik ke atas dari aras bawah tanah dan demikian
sebaliknya.
Selain dari kemudahan-kemudahan yang
disebutkan, bahawa pada bahagian hadapan bagi bilik-bilik yang disebutkan
terdapat kemudahan tangga pada sebelah kanan. Tangga ini dinaiki melalui anak
tangga di bawah ruang menara dan puncaknya sampai ke bahagian atas dari aras
satu dan dapat sampai ke puncak ke bahagian bumbung dan atap yang bersambung
dengan kubah. Tangga ini juga membolehkan pendakinya membelok, sebelum naik ke
bahagian atas, untuk ke level satu. Adapun selepas dari naik ke tingkat atap,
tiada tangga lagi untuk ke puncak menara. Untuk menaiki ke atas lagi ialah
dengan menggunakan cara yang lain.
Sebagaimana sebelah kanan ada tangga yang
boleh dinaiki dari bawah menara ke atas, maka demikianlah dengan sebelah kiri
juga mempunyai mata tangga yang menyampaikan ke atas dari aras satu. Namun satu
kemudahan yang disediakan berdekatan tangga, ialah perkhidmatan lif untuk OKU
dan orang-orang yang uzur dari kalangan muslimat untuk naik ke aras satu,
khusus bagi muslimat. Tangga ini juga boleh digunakan bagi menaik dan
menurunkan barang-barang dari bawah ke atas dan sebaliknya. Walau bagaimana lif
ini tidak digalak untuk digunakan oleh orang awam, kecuali OKU dan yang uzur
dari kalangan muslimat. Adapun bagi jamaah lelaki tidak perlu menggunakan lif,
kerana aras bagi lelaki ialah aras yang sama dengan permukaan bumi. Mereka
boleh turun dari kenderaan dan boleh terus masuk atau ditolak dengan kerusi
roda terus ke dalam ruang utama jamaah. Sebagai masjid mesra pengguna, maka
masjid juga menyediakan bukan saja kerusi roda, tetapi kerusi lipat dan
jenis-jenis kerusi yang lain yang sesuai digunakan oleh jamaah yang tidak dapat
duduk dan sujud seperti biasa.
Sesungguhnya masjid sejak dari awal lagi
memikir dan berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan bagi jamaah lelaki dan
perempuan dan kepada semua peringkat berbagai-bagai kemudahan dan berbagai
kegiatan, ibadah, keilmuan dan kemasyarakatan bagi menggalakkan para jamaah
datang mengimarahkan masjid bila-bila masa. Masjid sesungguhnya didirikan di
atas biaya orang ramai. Sesungguhnya tidak bermakna kita mendirikan masjid
dengan kos yang agak tinggi dari sumbangan orang awam, jika masjid tidak
sebenar-benar diimarahkan.
Sekain.
No comments:
Post a Comment