Pembentangan yang dibuat oleh Syarikat Majleza
Aluminium Sdn. Bhd. tentang kubah Masjid Al-Umm pada 23 September 2014, adalah
diterima oleh AJK. Masa diperlukan kepada pembinaan dan pemasangan. Bagi
menyempurnakan pembinaan kubah berkenaan memerlukan persiapan:
1) Pembinaan rangka kubah berkenaan terlebih dahulu
2) Penyediaan tapak di puncak bumbung Masjid Al-Umm bagi diletakkan rangka
kubah.
3) Pemasangan helaian layers di puncak bumbung masjid berkenaan.
Satu keistimewaan bahawa sub-kontraktor Majleza
tidak bergantung kepada kilang atau bengkel syarikat yang lain untuk membina
kubah, sebaliknya Majleza mempunyai kilang dan bengkel sendiri di Ulu Tiram,
Johor. Selepas penerimaannya sebagai sub-kontrektor, Majleza tidak saja
menawarkan kepakarannya di dalam pembinaan kubah, tetapi juga dekorasi pada bahagian
depan Masjid Al-Umm, juga mimbar, hiasan
tiang utama bahagian hadapan dan pemasangan kipas besar dan kemudian juga
melibatkan menara.
Persiapan bagi bilah rangka kubah dan bilah
penutup adalah dibuat di kilang di Ulu Tiram, Johor seawal bulan Februari 2015.
Bagi memastikan kemampuan dan pembuatan alat bagi rangka kubah ini berjalan,
maka pada 3 Mac 2015 serombongan AJK Pembinaan Masjid Al-Umm di atas jemputan
Majleza telah membuat lawatan diketuai Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud AJK
selama dua hari ke kilang dan bengkel Majleza yang tidak saja membuat kubah,
tetapi berbagai alat pembinaan dan peralatan masjid dan lain-lain. Pihak AJK
adalah berpuashati di atas kemampuan syarikat Majleza.
Sementara itu keperluan kepada penyediaan
tapak bagi dipasang kubah di atas puncak bumbung Masjid Al-Umm adalah berjalan
hampir mengikut jadual dari segi pembinaan fizikal masjid. Sejak dari bulan
Ogos 2014, kotak bagi beam sendeng yang disambung dari beam di atas empat tiang
seri masjid mulai dipasang kotak ke bulatan lilit seluas kubah. Ketumpatan
kubah ialah 800 meter dengan 11 diemeter lilit. Pada 25 September 2014 tiang-tiang supportives
kepada tapak kubah mulai diisikan dengan semin. Masa diambil agak lama untuk
menunggu semin yang diisi di dalam kotak-kotak tiang-tiang sendeng benar-benar
keras. Tanpa benar-benar kukuh boleh runtuh, kerana tiada tiang direct ke bawah
dari kubah. Ketiadaan tiang-tiang bagi menjadikan kawasan ruang utama minimum
dari tiang agar kelihatan luas dan terbuka. Hingga akhir tahun 2014 (31
Disember 2014), semua beam dan rangka bumbung tingkat tiga telah diisi dengan
semin (pada 15.12.2014) sebelumnya dan telah lengkap dengan rangkanya.
Kerja-kerja dilakukan ialah terhadap persediaaan tapak bagi diletak kubah
dengan keluasan yang sesuai dan tepat. Turut disertai pada tapak
jendela-jendela kecil (3 x 4 jendela) yang bermaksud tidak saja bagi keluar
masuk udara (jika dibuka), tetapi menarik dan estetik dsri segi pandangan.
Selepas dari lawatan AJK ke kilang Majleza
awal Mac, maka dilakukan penghantaran bilah-bilah besi dengan lori ke medan
parkir berhadapan dengan bangunan Masjid Al-Umm. Sebelum daripada itu pihak AJK
telah menghantar surat kepada pihak MPKj untuk menggunakan ruang pakir depan
masjid berhampiran Medan Usahawan bagi pemasangan rangka kubah. Pemasangan rangka
kubah memakan masa selama tiga minggu. Pihak Majleza menghantar 5 orang
pekerjanya yang berpengalaman memasang rangka kubah. Semasa bekerja di sini
mereka menginap di bahagian atas pejabat Penulis di No. 8, Jalan ¼, 43650 Bandar
Baru Bangi.
Setelah memasang rangka kubah yang 32 segment
dengan 800 meter ketumpatan dan 11
dimeter lilit dari minggu kedua hingga ke akhir minggu Mac 2005, maka pada 29
Mac 2015 acara menaikkan rangka kubah dilakukan. Bagi acara ini diadakan upacara
kecil dengan menjemput AJK dan penduduk
menyaksikan upacara menaikkan rangka kubah ke atas bumbung masjid. Sebuah
khemah kecil didirikan bagi tempat berlindung tamu-tamu. Lebih kurang 100 orang
hadir ke upacara. Sebuah lori crane seberat 40 ton dibawa bagi mengangkat
rangka kubah yang seberat 10 tan itu. Buku merealisaikan Bangi Bandar Ilmu
diedarkan secara percuma berjumlah 100 naskhah kepada yang hadir. Ucapan-ucapan
ringkas disampaikan oleh Pengerusi Induk dan Pengerusi AJK Teknikal menerangkan
perkembangan pembinaan Masjid Al-Umm. Sebelum upacara mengangkat rangka kubah,
doa selamat dibacakan oleh Ustaz Ahmad Hasbullah AJK Jawatakuasa Induk.
Rangka kubah yang mempunyai pecahan 32 segmet
dengan 10 lilit bilah itu diikat dari bawah dan keliling bulatan pada hujung
tali crane dan semasa rangka kubah mulai bergerak azan dialunkan oleh Cikgu
Nasir Bilal Surau Al-Nur. Ketika terangkat kelihatan rangka kubah sebagai saji
plastik penutup meja, sebagai begitu ringan dan melayang ke puncak bumbung
masjid. Tuan Haji Abdul Majid Pengarah Urusan Majleza mengarah pengangkatan
rangka kubah dari bawah, manakala pekerja-pekerja yang selama ini memasang
rangka kubah tersebut menunggu di atas dan memastikan bahagian yang sepatutnya
diletak, contoh ada tanda mengadap Qiblat dipatuhi semasa meletakkan rangka kubah
tersebut. Bila rangka tersebut diletak di atas ruang sebenarnya pada puncak
bumbung, maka ianya diikat dengan bolt-bolt yang dapat menjamin kedudukan dan
tidak bergerak jika dipukul angin dan ribut. Sebelum dari rangka kubah
diangkat, maka diangkat sebelumnya ialah daun-daun aluminium yang bakal diklip
pada bahagian permukaan bawah bagi kubah.
Selepas dari pengangkatan rangka kubah, maka
sepanjang bulan Mac-April 2015, tumpuan diberi oleh pekerja-pekerja memasang
layers bagi bahagian (bawah) berwarna perak dari segmen demi segmen sehingga
lengkap 32 segmen dan berikutnya, mulai pertengahan Mei 2015 kerja-kerja
ditumpukan pula kepada pemasangan layers bagi permukaan sebelah atas dan hingga
akhir Mei, pemasangan layer atas berwarna keemasan ini hampir lengkap satu
bulatan. Walau bagaimana dengan lengkapanya pemasangan kedua belah layer dalam
dan luar banyak lagi kerja teknikal yang berhubung dengannya, misalnya
pemasangan bulb-bulb yang dapat mengeluarkan cahaya waktu malam dan waktu siang
warna keemasan itu sendiri akan memantulkan cahaya. Kerja-kerja juga melibatkan
pemasangan tunjuk langit yang berlambangkan `Al-Umm`. Kerja yang lebih banyak
lagi bagaimana melengkapkan dekorasi dalam kubah itu sendiri dilihat dari
bahagian dalam masjid, juga dekorasi di bawah keliling kubah dan juga dengan
ruang antara tiang-tiang sendeng dan tiang-tiang yang menjunjung kubah
berkenaan.
Sesungguhnya kerja-kerja yang berhubung dengan
mereka bentuk, pembinaan kubah, pemasangan, pengangkatan dan meletakkannya pada
puncak bumbung masjid adalah rumit dan memerlukan kepakaran khusus. Kepakaran
juga diperlukan dari segi estetika, lantaran kubah adalah elemen estetika
tertinggi dari segi bentulk lahiri yang menghidupkan daya estetik dan juga
kekudusan yang kubah diibarat mengarah kepada pengagungan Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment