Ruang Dalam bagi aras bawah tanah yang luasnya
5,600 kaki persegi ialah bagi berbagai tujuan. Ruang serbaguna ini mempunyai jalan masuk khusus
dari bahagian hadapan masjid (hadapan bermihrab), iaitu melalui jalan sebelah
bangunan melalui tepi rumah semi –D lama. Jalan bersempadan dengan rumah jiran
terdekat ini telah diperkukuhkan dengan kaedah L shape yang di bawahnya tidak
ada beam bagi tembok pagar jiran berkenaan. Jalan ini lebih dikhususkan kepada
pejalan kaki, walaupun ada jalan ke bahagian masuk ke atas melalui pintu gerbang
bahagian hadapan. Jalan masuk ke sini lebih bagi menghantar bahan-bahan makanan
jika diadakan kenduri kendara, keramaian, seminar, persidangan dan sebagainya.
Pada sebelah kiri terdapat satu lagi jalan masuk bagi orang ramai menyertai
majlis yang diadakan. Jalan ini juga boleh disusuri hingga ke bahagian depan ke
jalan ke pintu gerbang. Namun kenderaan biasa tidak digalakkan oleh kerana jalan
yang sempit dan tempat parkir yang terhad (untuk pegawai-pegawai masjid).
Pendek kata aras bawah tanah agak terasing dan tidak mengganggu kegiatan di
aras utama dan aras satu.
Untuk masuk ke aras bawah tanah ini boleh
melalui pintu besar masuk sebelah kanan dan sebelah kiri yang agak luas dan
pintu masuk bahagian tengah yang mempunyai lebih dari satu pintu. Pada bahagian
atas dari pintu masuk kiri dan kanan mempunyai tangga sisi untuk naik ke aras utama dan seterusnya ke
aras satu. Selain daripada itu terdapat tangga bahagian dalam baik di sebelah
kiri atau disebelah kanan. Pendek kata dengan empat tangga memudahkan
pergerakan dari bawah ke atas dan sebaliknya.
Setakat ini lantai bahagian dalam aras bawah tanah ini telah ditilekan
sepenuhnya dengan tile warna putih kelabu yang setiap tile adalah berukuran 2`
x 2` (kaki), tile juga termasuk bagi semua bilik. Manakala pada bahagian lantai atas kepala yang ketinggiannya lebih
dari 12 kaki telah dipasang siling dan dikenakan dengan lampu-lampu yang
tersorot dari pandangan. Ruang bawah tanah ini adalah menggunakan air-cond
sepenuhnya. Bilik akad nikah telah siap, namun belum dipasang peralatan,
makanaka bilik bagi penyediaan makanan juga telah siap, buat sementara menjadi
tempat kediaman sebahagian dari pekerja-pekerja yang berpindah dari rumah
kongsi – bangsal sejak sebulan yang lalu.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa aras di
bawah tanah ini adalah merupakan ruang terbuka sesuai sebagai tempat kenduri
kendara, persidangan, sambutan, ceramah dan sebagainya. Pengunjung tidak perlu
menanggalkan kasut untuk masuk keluar ke ruang aras bawah tanah. Walau
bagaimana terdapat ruang-ruang yang disediakan sebagaimana berikut:
1) Ruang serbaguna
2) Bilik akad nikah
3) Bilik air dan bilik persalinan
4) Bilik persediaan makanan
5) Bilik peralatan
Ruang serbaguna adalah ruang tengah dan utama
di dalam mana ruang ini jika peserta hadiri majlis secara duduk di atas lantai,
maka ianya dapat memuatkan peserta sehingga 1,000 orang, tetapi jika majlis
secara bermeja seperti jamuan perkahwinan, maka meja (10 orang satu) yang dapat
dimuatkan ialah antara 50 – 60 meja. Ini
bererti majlis yang diadakan jamuan secara serentak dapat memuatkan antara 500
– 600 tetamu secara serentak.
Oleh kerana ruang bagi aras bawah tanah ini
agak luas dan kemungkinan majlis kecil dan peserta yang hadir tidak sampai
jumlah yang dapat dimuatkan di dalam ruang yang ada yang agak luas, maka adalah
di dalam perancangan bagi membuat partition bahagian tengah dalam mana satu
majlis menggunakan sebahagian dari ruang. Kemungkinan ada dua majlis atau lebih
(guna bilik) berjalan secara serentak, maka dengan cara ini dapat dikurangkan
penggunaan letrik atau dapat menggunakan secara maksimum
Penggunaan ruang tidak terhad kepada hari
minggu – Sabtu dan Ahad sahaja, tetapi adalah terbuka untuk ditempah pada
bila-bila. Bagi masjid penggunaan ruang ini menjadi sumber kewangan bagi masjid
menjalankan berbagai-bagai aktiviti dan maintenance.
Pihak Masjid tidak saja menyediakan ruang bagi
jamuan perkahwinan, tetapi pihak masjid juga menyediakan bilik akad nikah. Jadi
ibu bapa pengantin tidak perlu menyediakan peralatan untuk akad nikah di rumah,
tetapi dapat dijalankan di ruang yang disediakan. Bilik akad nikah yang agak
selesa dan luas boleh ditukar kepada bilik mesyuarat dan juga bilik seminar,
persidangan dan pertemuan dalam jumlah yang kecil. Di samping itu masjid juga
menyediakan bilik persalinan, bukan saja bagi pengantin, tetapi berbagai
aktiviti yang memerlukan peserta membuat poersalinan. Berdekatan dengan bilik
persalinan ialah bilik air dan toilet, di samping kemudahan ini terdapat pada
aras-aras yang lain.
Bilik penyiapan makanan adalah bilik besar
yang menerima makanan dari luar (kontrektor). Tidak dibenarkan memasak makanan
sebagai persediaan, ini untuk keselamatan dan mengelak dari kekotoran.
Peralatan seperti petik sejuk dan peralatan-peralatan bagi keperluan yang lain yang
sesuai mungkin disediakan.
Dari segi kerusi meja, pihak masjid akan
menyediakan sekadar minimum, oleh kerana tidak ada bilik stor yang mencukupi
untuk menyimpan kerusi meja, bila tidak diperlukan, maka bagi majlis
perkahwinan dan majlis-majlis yang lain yang memerlukan penggunaan kerusi meja
sepenuhnya perlu berurus dengan kontrektor berkenaan bagi mendapat kerusi meja.
Sebagaimana disebut kita mempunyai bilik peralatan, tetapi untuk kerusi meja
bagi jumlah terhad, iaitu kerusi meja bagi Vip, pengantin dan kerusi meja bagi
bilik persidangan dalam jumlah yang terhad.
Pendek kata, penyediaan ruang aras bawah tanah
masjid lebih bersifat komitmen masjid terhadap masyarakat yang siapa saja boleh
menempah untuk digunakan dengan bayaran yang wajar untuk menampung kos operasi
dan pentadbiran masjid. Walau bagaimana majlis-majlis yang mau diadakan
hendaklah bersesuaian dengan masjid dan menjaga aturan, tatatertib dan adab-dab
masjid.
Pihak masjid menyediakan ruang dan bilik-bilik
yang selesa dan tinggi mutunya yang diharap dapat memberi kepuasan bagi semua
pihak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment