July 10, 2011

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !














Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau Wanita Besi
Tuntutan Bersih mengepalai
Di tengah kebimbangan
Kau tampil ke hadapan
Menegak keadilan
Di tengah ancaman
Kau pengamal undang-undang
Mengenal yang mana benar
Mana yang songsang diselewengkan.

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau Wanita Berani
Mencabar Kementerian Dalam Negeri
Berdialog secara intelektual
Bertindak secara rasional
Menurut Perlembagaan Negara
Kalau mereka menghimpun sejuta pemuda
Di Putrajaya, mengapa tidak rakyat jelata
Di Ibu Kota secara terkawal ?
Dengan teguh pendirian
Sampah bagimu ancaman
Menarik sebarang gelaran
Apa hak mereka mencadang
Menarik kerakyatan ?
Sedang kau rakyat berkelahiran ?

Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau adalah Srikandi
Ketegasanmu menjadi sanjungan
Mencabar `Mee Segera Undang-Undang`
Mengharam T Shirt Kekuningan
Menjadikan Ibu Kota Kawasan Larangan
Mensenarai mereka ditegah datang
Hari ini kau ditangkap
Bersama ramai pimpinan
Dan ramai penunjuk perasaan
Nanti kita bakal melihat
Kau dan pasukan akan berguam
Menjunjung keluhuran perlembagaan
Bertindak menurut undang-undang
Mempersoal tindakan pemerintah
Bakal tergugat kedudukan.




















Ambiga ! Ambiga ! Ambiga !
Kau Wanita Besi
Kau Wanita Berani
Kau adalah Srikandi !
Memimpin Bersih ini
Kau diberi penghormatan
Mengadap Agong Yang Dipertuan
Untuk penyelesaian
Tapi mereka mungkiri
Dengan berbagai alasan
Kau kami sanjung
Di atas ketegasan.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,

07 Sya`ban 1432
09 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment