Manakala pada petang keesokan harinya Adun hadir ke Surau Ar-Ridhwan, Seksyen 16 BBB atas jemputan Pengerusinya Saudara Zaid Akhtar bagi melancarkan Dana Surau. Surau Ar-Ridhwan sebenarnya disiapkan oleh pemaju serentak dengan siapnya perumahan di Council Home 2001 berdekatan dengan pasar malam di sini. Tapi bentuknya terlampau kecil dengan nisbah penduduk di Council Home. Apa lagi surau ini juga digunakan oleh peniaga-peniaga Pasar Malam dan juga Pasar Tani. Bagi kepentingan penggunaan penduduk setempat dan juga peniaga dan pengunjung, maka surau ini mengalami beberapa kali pembesaran. Tiga tahun lalu pembesaran bagi tempat jamaah muslimat, kemudian diikuti setahun berikutnya penambahan bahagian belakang. Kini AJK yang dipengerusikan oleh Saudara Zaid Akhtar, Setiausaha Saudara Othman dan AJK Saudara Zakaria dan beberapa yang lain mengusahakan bagi pembesaran pada bahagian sayap dan bahagian kanan, penambahan tempat wudhu` dan berusaha mengalih bilik air yang sudah berada di dalam surau ke luar dari surau. Menurut saudara Zaid dana yang diperlukan ialah RM60,000. 50% daripadanya sudah dapat dikumpul dan pembinaannya sedang rancak berjalan. Pihak surau memerlukan RM30,000 lagi bagi membina bilik air ke luar dari bangunan surau dan pembaikan-pembaikan yang lain. Kini surau agak luas dan agak selesa berbanding dengan yang lama dulu sempit dan agak panas. Hadir pada malam pelancaran ini bersama Adun ialah Yang Berbahagia Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, juga Imam Supaat bin Haji Abdul Rahman Imam Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi juga AJK dan para jamaah.
Pada malam ini bersama dengan acara Pelancaran Derma ini seorang AJK Surau Saudara Zakaria mengadsakan akikah dengan menyembelih seekor lembu untuk disertai majlis oleh penduduk. Majlis pelancaran dilakukan oleh Adun bersama Dr. Tajul. Imam Supaat dan Saudara Zaid Akhtar.
Selepas menunaikan Fardhu Isyak jamuan akikah (Tahlil selepas maghrib) berlangsung.Sekian.
No comments:
Post a Comment