BBB, 24 Rajab = 26 Jun (Ahad):
Mulai dari pagi hari ini Adun mempunyai beberapa program yang berhubung dengan sukan, Hari Keluarga & Kegiatan Perpustakaan.
a) Sukan Integrasi Istiqamah, Seksyen 16, BBB
Program pertama dihadiri pada pagi ini bertempat di padang berdekatan dengan Sekolah Integrasi Istiqamah. Hadir sama Tuan Haji Nursani Ujub selaku Pengerusi Surau. Saudara Harun selaku Pengarah Program. Adun Bangi dalam ucapan pembukaannya memuji inisiatif yang diambil oleh AJK dan Guru-guru. Dengan demikian dapat merapatkan hubungan antara guru, ibu bapa dan masyarakat. Berbagai jenis sukan dipertandingkan.
Sebelum Adun bergerak ke program yang lain Adun sempat mencabut tiga no. bertuah dan menyampaikan hadiah kepada yang bernasib baik.
b) Sukaneka Taman Seri Melor
Selepas menghadiri Sukan Integrasi Istiqamah Adun bergerak ke Taman Seri Melor atas jemputan Persatuan Penduduk Taman Seri Melor. Turut hadir ialah Saudara Yusof Bachek Ahli MPKj. Tiada apa-apa function yang dilakukan oleh Adun di sini kecuali singgah sekejap menyampaikan cek di atas permohonan peruntukan dari AJK penduduk. Adun ditanya oleh En. Yusof berhubung dengan Projek Masjid Di Tepi Tasik. Adun menjawab, ``Sepanjang yang saya tahu projek berkenaan tidak dibatalkan dan usaha sedang dijalankan oleh pihak AJK.
Encik Yusof menunjukkan tanah yang dibuldozer tepi tasik, dimaklumklan dengan tujuan untuk membina padang Futsal. Adun menyebut, ``Pihak AJK Surau juga memohon untuk membina Futsal di dalam kawasan surau dan permohonan sudah diluluskan. Bagaimana dua padang Futsal mau dibina secara serentak dan berdekatan ? Mengapa tidak ada kesemuafakatan ?
c) Hari Terbuka Batu 6, Pekan Bangi
Program ini diadakan pada hari ini atas peruntukan yang dipohon dari Adun, sebab itu, walaupun dalam keadaan jadual yang ketat Adun mengambil masa hadir. Turut sama hadir Tuan Haji Zakaria Ketua Kampong, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang dan pemimpin-pemimpin setempat. Pada sebelah paginya turut dihadiri oleh YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Berbagai-bagai kegiatan sukan diadakan yang dilibati oleh semua peringkat dari tua, muda, lelaki, perempuan. Pertandingan dan kegiatan dihentikan sekejap bagi Majlis Pembukaan. Adun Bangi mengucapkan syabas kepada AJK yang bekerja kuat bagi menjayakan Hari Terbuka. Adun dapati persiapan dan program diatur begitu rupa dan Hari Terbuka dan Sukan berjalan lancar.
Adun menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.
d) Kegiatan Di Baitul Imtiyaz
Adun hadir dan melawat paling utama tentang pembangunan tambahan bilik bagi Perpustakaan Mini. Perpustakaan berkenaan mendapat sambutan baik dari anak-anak dan pelajar. Ruang menjadi sempit. Adun memperuntukkan kewangan RM15,000 bagi penambahan bilik yang sedang dilakukan. Di sini juga diadakan kelas-kelas tuition yang dianjur oleh perpustakaan dan Tuition Rakyat di bawah Kerajaan Negeri.
Pada hari ini juga berlangsung kegiatan sukan dalaman seperti peraduan melukis, membaca dan mewarna. Adun menerima aduan bahawa perpustakaan kekurangan bahan bacaan. Usaha dilakukan bagi penambahan buku.
Sekian

No comments:
Post a Comment