July 13, 2011

Rumah Mampu Milik Banyak Menjadi Soalan Lisan: Usul Bersih Menjadikan Dewan Kecoh. Dua Pembangkang Digantung Dari Sidang

Dewan Negeri Selangor, 10 Sya`ban = 12 Julai (Selasa):

Oleh kerana perumahan menjadi keperluan kritikal dan harganya makin meningkat, maka Projek Rumah Mampu Milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang harganya antara RM60,000 hingga RM100,000 (Rumah Mampu Milik Persekutuan dari RM220,000 !) menjadi tumpuan soalan dan harapan bagi Adun dibina di kawasan masing-masing. Rumah Mampu Milik – 7 Adun buat soalan – termasuk dari Bangi) YB Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan), memaklumkan banyak lagi tempat selain dari Bangi sebagai Projek permulaan dengan 124 buah (dilancar 2 Julai 2011). Sekurang-kurangnya 15 tempat akan dibina dijangka disiapkan tahun 2012 sebanyak 11,021 buah. Dalam hal ini Bangi membuat soalan tambahan mengapa Rumah Mampu Milik paling sedikit didirikan di Bangi, sedangkan tempat yang lain mencecah – contoh Gombak 500, Petaling 1,000, Hulu Langat 710 dan Cerakah 600.


Sebagai tambahan soalan Adun Bangi juga bertanya tidak mungkinkah dibina Kedai mampu Milik kerana kedai kini begitu mahal dan adakah kemungkinan pihak PKNS membina kembali rumah terbakar 9 buah di Pekan Bangi.

Dalam jawapannya, sedikitnya pembinaan di Bangi oleh kerana ketiadaan tanah. Menurutnya , Kedai Mampu Milik memang dibina oleh PKNS yang harganya di bawah RM100,000. Berhubung dengan pembinaan kembali rumah terbakar di Pekan Bangi (Surat dihantar oleh Adun Bangi), perkara ini telah dikemukakan kepada YAB Dato` Menteri Besar dan beliau akan memberi jawapan.

Selain dari soalan mengenai Rumah Mampu Milik yang dijawab, soalan-soalan yang lain yang dijawab hari ini ialah mengenai Pilihanraya Masjid (Bangi membuat soalan tambahan), Pengurusan Pembersihan Awam, Premium Tanah, Pelaburan, Pemutihan Kilang, MAIS dan Hotel Bajet.

Selepas pertanyaan-pertanyaan dibahaskan mengenai Enekman Perbekalan Tambahan 2011 (Sambungan) yang kemudian dibawa pula sebagai usul, Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam berjumlah RM50 juta dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 bagi mengawal surau, oleh kerana Enakmen ini bersifat arahan terlulus secara diam dari pihak kerajaan, tetapi secara ceria oleh pihak pembangkang.

Sebuah usul yang hangat diperbincangkan ialah usul dari Kawasan Seri Setia (YB Nazmi) yang mengusulkan Dewan menangguhkan mesyuarat bagi membincangkan Demonstrasi Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu dan sikap pihak Kerajaan terhadap Demonstrasi berkenaan. Usul ini walaupun telah diterima pada sebelah paginya, tetapi ditangguhkan kepada sebelah petang. Beberapa orang telah mengambil bahagian dari pihak Kerajaan seperti oleh YB Bukit Antarabangsa (YB Azmin) dan Sekinchan (YB Ng Swee Lim). Pihak pembangkang juga mengambil bahagian mengecam yang menyebabkan berlaku kekecohan dan dua daripada mereka iaitu Ketua Pembangkang (Seri Serdang – YB Datuk Satim) dan (Kuang – YB Abdul Shukor) dikeluar dan digantung dari Dewan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment