Jam 10.00 pagi ini Adun bersama Sdr. Shahrum Abdullah dan Sdri Nabilah Ahmad ke Kompleks Penghulu Kawasan Kajang di Teras Jernang bagi menyerah sebuah mesin Faks Jenis Canon. Kesampaian kami disambut Ketua Penghulu Kawasan Kajang Tok Rusli Muhibbat dan Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir Timbalan serta 11 orang Ketua-Ketua Kampong Mukim Kajang. Majlis adalah dwi-function, kerana setiap hari Selasa adalah hari mesyuarat Penuh Mingguan Ketua-Ketua Kampong dan pada hari Jumaat hari perjumpaan dan perbincangan sebarang permasalahan . Jadi sempenan mesyuarat mingguan ini Adun dijemput ke upacaea penyerahan mesin fax berkenaan. Mesin ini adalah permohonan yang dipersetujui Adun melalui mesyuarat di Pejabat Daerah tempoh hari.
Ketua Penghulu Daerah Kajang Tok Rusli Muhibbat dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih di atas pemberian mesin fax dari Adun. Dengan adanya mesin berkenaan memudahkan urusan di pejabat dari segi penghantaran dan menerima maklumat. Beliau menawarkan kepada ketua-ketua kampong yang hadir bermesyuarat menggunakan kemudahan yang ada di pejabat.Adun melakukan penyerahan mesin faks kepada Ketua Penghulu Mukim Kajang bersama dengan ketua-ketua kampong.
Sekian.
No comments:
Post a Comment