July 31, 2011

Kebakaran Rumah Pengasih Sungai Ramal Luar Menjelang Ramadhan

Sungai Ramal Luar, 29 Sya`ban = 31 Julai (Ahad):

Jam 12.30 tengahari Adun menerima maklumat dari Ketua Kampung Sungai Ramal Luar Rumah Pengasih No. 8558 Jalan Pegawai di sini terbakar. Adun segera ke tempat kejadian, didapati dua buah bomba dari Balai Bomba Bandar Baru Bangi telah tiba. Pihak Polis dari Kajang juga tiba. Ramai orang di bahagian bawah. Adun minta untuk melihat tempat kebakaran. Adun bersama Ketua Kampong dibawa naik ke tingkat tiga dan menyaksikan kebakaran yang melibatkan tempat mutalaah dan buku-buku dan bahagian bumbung tingkat atas juga terbakar dan rosak. Adun diberitahu api dapat dipadam sebelum ketibaan bomba. Warga kediaman dilatih secara berterusan kaedah-kaedah mencegah kebakaran. Alat-alat pemadam api agak banyak dan sempat digunakan.

Rumah Pengasih dapat dikatakan sebagai Rumah Prihatin yang pengerusinya ialah Dr. Masduki bin Mohd Hasan menjadikan rumah miliknya sebagai tempart lindungan bagi golongan warga mas, anak yatim dan ibu tinggal tinggal di sini. Mereka dibiyayai oleh pihak Rumah Pengasih. Pihak Rumah Pengasih memberi lindungan dan perhatian kepada 73 penghuni. 38 daripada mereka adalah pelajar, manakala selebihnya orang dewasa.
Bagi pelajar-pelajar mereka dihantar ke Sekolah-sekolah berdekatan dan tinggal di Rumah Pengasih.

Pihak Polis yang diketuai oleh En. Surij bersama 4 pembantunya dari Kajang menyatakan, ``Bahagian terbakar sebelah kanan tingkat tiga dan tiada kemalangan berlaku. Kecuali dua orang. Seorang melecur bahagian kaki kerana menyelamat kawan-kawan dan seorang melecur bahagian lengan dalam usaha memadamkan api.

Menurut Haj Ghazali Pegawai Bomba dari Bandar Baru Bangi yang datang bersama pegawainya - En Shuaib, menyatakan,``Bomba tidak dapat kepastian, sebab-sebab kebakaran dan akan membuat penyelidikan mulai esok. Menurut Dr. Hj. Masduqi, beliau masih belum dapat mentaksirkan kerugian.`` Tapi mungkin melibatkan lebih RM10,00 bagi membaiki bumbung dan atap serta bilik buku dan buku-buku yang menjadi tempat mutalaah pelajaran. Daripada mereka seorang yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini, seorang PMR dan seorang UPSR. Buku-buku mereka semuanya terbakar.

Semasa Adun membuat pertanyaan kepada pihak Polis,Bomba dan Pengerusi Rumah Pengasih, penghuni dari yang kecil hingga yang tua sedang makan tengahari secara berselerak.

Sebelum pulang Adun menyampaikan bantuan. Turut sama menyampaikan bantuan ialah Tuan Haji Yusof Ketua kampung.

Sekian.

No comments:

Post a Comment