July 22, 2011

Hari Masyarakat Prihatin Sekretariat Konvokesyen PMUKM

Tasik Cempaka, BBB, 15 Syaaban = 17 Julai (Ahad):

Konvokesyen bererti hari Pernyataan Gembira dengan kejayaan, hari Penerimaan Ijazah pelajar berjaya yang diraikan, hari Penglahiran dan Penyampaian Tahniah kepada graduan. Konvokesyen adakah bererti berjaya, bergembira, menerima tahniah bagi yang berjaya sahaja? Imej stereotype, klisye dan berulang yang mungkin menjemukan oleh setengah pihak mau diubah oleh pihak Sekretariat Konvokesyen dengan memasukkan kegiatan yang bersifat kemasyarakatan. Kegembiraan wajar disertai dengan kesyukuran dan memberi perhatian kepada yang susah. Demikianlah Sekreteriat Konvokesyen UKM ke 39 menambahkan kegiatan bagi tahun ini dengan memberi perhatian kepada yang malang dengan menjemput dan meraikan kelompok Masyarakat Kurang bernasib baik – Kalangan mereka yang Down Sindrom. Kali ini kegiatan bukan dalam kampus tapi di Tasik Cempaka BBB bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa masyarakat kampus tidak bersifat elit dan berada di menara gading semata-mata, tapi turut berinteraksi dengan masyarakat. Lantaran kegiatan hari ini dinamakan, ``Hari Masyarakat Prihatin Pesta Konvolesyen ke 39.

Sebagai Tuan Rumah Adun Bangi dijemput merasmikan Hari Masyarakat Prihatin ini. Turut sama hadir ke Majlis Perasmian ini ialah Encik Ruslan Sulima Ketua Penolong Pendaftar Kanan UKM, En. Mohd Hamzan Presiden Persatuan Sindrom Kuala Lumpur, Encik Mohd Muzammil Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, En. Muhammad Ezzul bin Esa Pengarah Sambutan, para pegawai, mahasiswa mahasiswi dan peserta-peserta yang diraikan. Dalam ucapan perasmian Adun Bangi mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Konvokesyen yang dikendali oleh PMUKM pada kali ini mengubah pendekatan dengan memberi perhatian kepada golongan Down Sindrom. Kita mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Sindrom Kuala Lumpur yang memberi respond yang baik terhadap jemputan pihak Sekretariat. Pendedahan ini amat baik terutama bagi yang mengalami Down Sindrom dan menarik simpati masyarakat yang mungkin menggerak mereka mau terlibat di dalam membantu mereka. Kita berharap perubahan bagi pendekatan akan terus dilakukan bagi mengubah imej masyarakat Kampus yang tersendiri dan terasing kepada cakna masyarakat sebagai persediaan bagi mahasiswa menerjunkan diri ke tangah masyarakat apabila mereka tamat belajar.

Sebelum dari itu saudara Muhammad Essul Esa mengucapkan terima kasih kepada Adun yang sudi melibatkan diri dengan program Hari Masyarakat Prihatin. Beliau berterima kasih terutama kepada Mohd Hamzan dan anak buah beliau yang sanggup datang menyempurnakan Hari Masyarakat Prihatin pada pagi ini. IMenurut saudara Muhammad Essul nteraksi luar sedemikian akan diperluaskan lagi pada masa akan datang, menurutnya insya Allah. Selepas ucapan perasmian oleh Adun Gimik Perasmian dan Pelancaran Tabung Sindrom dilakukan oleh Adun. Berikutnya ialah menyaksikan `Pertunjukan Kemahiran` oleh kalangan Sindrom Down.

Menurut En. Mohd Hamzan dalam perbualan Adun dengannya, ``Melatih anak Down Sindrom perlu berulang-ulang kali agar lekat dalam tindakan mereka. Mereka tidak dapat ditunjuk secara ajar dan faham, Ini ialah kerana mental mereka lemah, tetapi latihkan mereka sehingga menjadi sebagai mekanisme gerak spontan bagi mereka.``Lantaran itu semasa pertunjukan, juru latih berterusan membimbing dan menunjukkan kepada mereka gerak spontan yang dapat diikuti. Berbagai gaya yang melucukan secara tak langsung terjadi dan menarik seolah-olah sebagai hiburan secara tidak langsung. Jemputan terhadap mereka adalah sebagai satu penghormatan. Penghormatan tertinggi seharusnya diberi kepada Persatuan Down Sindrom, khususnya kepada Presidennya En.Mohd Hamzan yang sanggup datang dengan mereka yang Down Sindrome, pelatih-pelatih dan penjaga-penjaga. Denngan penyaksian adalah diharap ada kalangan yang simpatri dan menolong. Menurut En. Mohd Hamzan, Persatuan adalah mendapat gran, tetapi tidak mencukupi, mereka terpaksa berikhtiar berbagai cara bagi mendapat dana bagi membiayai mereka, termasuk menghantar ke sekolah-sekolah dan pusat-pusat pendidikan mereka. Kalangan Down Sindrom menurutnya ketinggalan dan tidak diberi perhatian seperti Orang Buta dan Pekak.

Selain dari persembahan kalangan Down Sindrom, pada pagi ini juga diadakan Pertandingan Sukanika OKU, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak, Program Mentor Bersama Anak-Anak Yatim dan Sukan Rakyat.

Kita mengucapkan syabas kepada PMUKM yang mengubah imej Sekretariat Konvokesyen kepada yang lebih bersifat cakna masyarakat. Acara-acara Cakna Masyarakat ini wajar diadakan pada masa konvokesyen dijalankan agar ibu bapa yang datang meraikan kejayaan anak-anak mereka dapat melihat keperihatinan mahasiswa terhadap masyarakat secara langsung, tidak hanya kepada masyarakat di Bangi!

Sekian.

No comments:

Post a Comment