July 28, 2011

Silaturrahim Dengan Penduduk Taman Suria, Kajang Utama Dan Melawat Baitul Imtiyaz Sungai Ramal Luar

Kajang Utama, 22 Sya`ban = 24 Julai (Ahad):

Perumahan apartment Taman Suria relative baru dihuni, iaitu sejak tiga tahun yang lepas. Perumahan 5 bloks yang dihuni 250 keluarga ini agak exclusive dan tidak mudah dikunjungi kerana kawasannya berpagar dan berpengawal.

Kali pertama Adun dapat berkunjung ke dalam kawasan di sini beberapa bulan lalu apabila berlaku kerosakan elektrik. Adun turun setelah meminta pemaju, MPKj dan pihak TNB turun bersama untuk menyelesaikan masalah. Bila diketahui Adun mau turun, pihak TNB ambil tindakan baiki kerosakan di bilik letrik di sebuah dari bangunan di situ. Ini menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk beberapa hari tanpa letrik. Atas tugas yang Adun laksanakan membuka ruang penduduk merapatkan diri dengan Adun.


Berikut dari itu penduduk melalui JMB yang diketuai oleh Puan Noridah bt. Mohd Nor mencadang diadakan Hari Mesra Penduduk. Adun bersetuju dan memberi sedikit peruntukan bagi pertemuan hari ini. Sebagai melahirkan rasa mesra Adun pada petang ini sengaja datang dengan isteri Adun Puan Mu`minah Binti Yusoff. Ternyata Puan Noridah dan penduduk bergembira dengan turut sama hadirnya isteri Adun. Hadir sama ialah Tuan Haji Ibrahim Martibi Ketua Rukun Tetangga Kajang Utama, En. Ng Tien Chee Ahli MPKj yang mewakili YB. Teo Nie Ching, saudara Abu Bakar dan penduduk lebih kurang 50 orang.

Majlis ramah mesra diadakan di laman apartment. Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan isteri Adun diminta bercakap berhubung dengan amalan-amalan bulan Ramadhan. Adun bergembira di atas hubungan silaturrahim antara Adun dan penduduk dan berharap hubungan ini diteruskan di dalam majlis-majlis yang akan diadakan kelak. Turut bercakap sebelum minum petang ialah Puan Niradah yang nampaknya exited dan gembira dengan kehadiran Adun bersama isteri. Beliau juga berharap hubungan silaturrahim akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sementara itu, malam tadi Adun hadir ke Perpustakaan Mini Sungai Ramal Luar yang dikenali dengan Baitul Imtiyaz. Kehadiran Adun sempena dengan siapnya bangunan tambahan Perpustakaan Mini berkenaan yang peruntukannya dari Adun.

Hadir bersama pada malam ini ialah Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Kadir Ketua Kampong, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Berkembar Haji Mat Saman, Puan Norlela Pengerusi Perpustakaan dan pembantu-pembantu, Ustaz Fakhri, Tuan Haji Abdul Malik Imam, Dr. Amida Abdul Hamid, saudara Fuad dan lain-lain. Pada masa kehadiran ada anak-anak yang sedang mengikuti tazkirah. Majlis penyerahan buku kepada perpustakaan dilakukan sebelum jamuan diadakan di bilik tambahan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment