July 10, 2011

Mereka Datang Dengan Bunga Bersih Untuk Diserahkan














Mereka datang
Walaupun amaran dan larangan
Dari timur, barat, utara, selatan
Mereka datang
Walaupun ketatnya sekatan
Terhadap semua kenderaan
Dan semua saluran kehadiran
Mereka geledah tempat tumpangan
Merampas bukti setengah diadakan
Tapi mereka berada di mana-mana
Dan hari ini mereka bermunculan
Bagai kelkatu dari kediaman
Lima puluh ribu memenuhi
Jalan ruang dan bangunan
Berdepan Polis, FRU dan soldadu
Mereka semata membawa misi
Dengan jambangan Bersih
Secara amanah mau diserah
Indahnya Bunga Bersih
Amalan hiasan.

Tapi hari ini jelas
Mereka anti bersih
Dan dua gelombang bertentangan
Antara Bunga Bersih terang
Dan Topi Merah garang
Bila Bunga Bersih dikemukakan
Balasannya adalah tembakan
Bila Bunga Bersih diserahkan
Balasannya dengan pancutan
Mereka hilang kemanusiaan
Lantaran itu demontran Bersih
Dikasari dan ditahan
Dari Ambiga Pengerusi,
Tuan Guru Haji Hadi
Dan ramai Pemimpin Pakatan
Bersama lagi ribuan ditahan
Antara mereka cedera dirawatkan
Gelombang ini tidak terhenti di sini
Dengan letus kemarahan berbaur
antara tembakan dan pancutan
membuak marah meningkatkan azam
bahawa bersih mesti diteruskan
bahawa penangkapan adalah pernyataan
komitmen merakamkan penyaksian
bahawa bersih dan adil
tiada kompromi tiada tawaran
selagi tidak dilaksanakan.


Shafie Abu Bakar,

Bangi,

07 Sya`ban 1432
09 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment