July 21, 2011

Kursus Asas Penternakan Ayam Kampong & Menu Masak Rendang Ayam Kampong !

Kajang, 15 Sya`ban = 17 Julai (Ahad):


Selepas berjaya mengadakan Kursus Penternakan Kambing di Bangi pada 27 Mac 2011 yang lepas, sekali lagi En. Mohd. Fauzi bin Abdul Razak Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat mendekati Adun Bangi berbincang untuk mengadakan Kursus bagi kali kedua yang dicadangkan, iaitu Kursus Asas Penternakan Ayam Kampong pada peringkat Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Adun Bangi. Pihak Adun bersedia dan mengalu-ngalukan cadangan yang membawa kepada keputusan kursus:


Tarikh: 17 Julai 2011

Tempat: Hotel Oriental Crystal, Kajang

Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang


I. Adapun dari segi objektif kursus ialah:


  1. Untuk memberi Pendedahan asas kepada penternak ayam kampong tentang system pengurusan yang baik dan bebas penyakit.
  2. Mendedahkan penternak kepada system pemasaran yang strategic dan berorientasikan keuntungan sejajar dengan motto, ``Pertanian adalah Perniagaan``.
  3. Memberi peluang kepada peserta bertukar-tukar fikiran dan pandangan dengan pengusaha-pengusaha lain.


Hadir pada pagi hari pembukaan kursus Adun Bangi, En. Hilmi bin Hanif, Pegawai Pemasaran Fama, Hulu Langat, Encik Mohd Fauzi bin Abdul Razak Pegawai Veteriner Hulu Langat, En. Muhammad Nadzmi bin Shafie Ketua Lajnah Pembangunan Industri dan Usahawan dan para peserta kursus yang berjumlah 60 orang.


Dalam ucapan perasmiannya Adun Bangi mengalu-ngalukan para peserta kursus dan mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd. Fauzi yang dengan daya usahanya kursus pada pagi ini dapat dijalankan, juga kepada En. Hilmi dari FAMA yang memberi ruang kepada peserta untuk mendapat pasaran, kiranya terlibat dalam penternakan kelak. Adun Bangi berharap kepada peserta dapat mengikuti kursus yang akan disampaikan dengan bersungguh-sungguh dan akan melibatkan diri dalam ternakan kelak. Ayam kampong memang lebih tinggi harganya berbanding dengan ayam daging biasa. Lagi pula cara pemeliharaan lebih mudah. Sebab itu ianya boleh dijadikan satu perusahaan di samping mungkin setengah dari peserta akan menjadikannya sebagai perusahaan sampingan. Walau bagaimana jika peserta-peserta memang berazam untuk berternak, ruang adalah terbuka dan jika ada masalah peserta-peserta boleh merujuk dan mendapat nasihat dari Pejabat Veterinar secara berterusan. Adun berharap dari kursus akan melahirkan pengusaha-pengusaha ternakan ayam kampong berjaya.

Sebelum dari itu En. Mohd Fauzi dalam ucapan alu-aluannya berterima kasih di atas kehadiran Adun dan peserta-peserta. Beliau menyebut kursus akan mendedahkan tentang penternakan asas, system pemeliharaan yang baik, pemasaran strtegik, peluang pemasaran dan pengawalan.


II. Dalam kursus ini dibentangkan 5 siri ceramah dari jabatan Veterinar:

1) Pengenalan Industri Ternakan Ayam

2) Pengurusan Penternakan Ayam Kampong Secara Sistematik

3) Sistem Pemasaran Ayam Kampong Yang Strtegik dan Efektif

4) Pengurusan Kesihatan dan Kawalan Penyakit Ayam Kampong

5) Pengurusan dan Kawalan Pencemaran Dalam Pengurusan Projek Ayam Kampong.


III. Terdapat 7 Fakta Berkaitan Ayam Kampung Yang Perlu Diketahui

a) Nama saintifik ayam kampung ialah Gallus Domesticus

b) Lincah bergerak dan mempunyai pergerakan otot yang aktif

c) Selain daripada lincah dan agresif, seekor induk ayam kampung dapat mengeram dan mendidik anak sendiri.

d) Baka ayam kampong di Malaysia merupakan hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan baka ayam tulin luar Negara.

e) Ayam kampung memerlukan pengurusan kesihatan yang minimum berbanding dengan ayam pedaging dan penelur

f) Ayam kampung mula bertelur pada umur 22 minggu

g) Baka ayam kampung di Malaysia dikatakan bermula sekitar tahun 1950an hasil kacukan baka ayam hutan merah dengan baka ayam tulin luar Negara

h) Kadar pengeluaran telur ayam kampung rendah iaitu antara 15 – 20 biji dalam satu tempoh.

IV. Masak rendam ayam kampung


Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung dipotong ikut saiz

1 mangkuk santan pekat

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3 sm halia

3 sm lengkuas

20 tangkai cili kering

2 helai daun kunyit

3 sudu besar kerisik

1 keping asam gelugur

Sedikit garam


Cara memasak

Cili kering, halia, bawang merah, lengkuas dan bawang putih dikisar halus. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali, kemudian tambahkan ayam dan kerisik. Kacau rata hingga sebati dan bahan masak dengan api sederhana hingga air agak kering. Kemudian masukkan saantan pekat, masukkan garam dan asam keeping dan kacau rata hingga kuah kering. Selamat menikmati hidangan yang enak ini.


V. Penutup

Jika anda seorang pengusaha berjaya untuk meluaskan pasaran boleh ditambah dengan menu-menu yang lain bagi menarik pengguna dan memajukan perusahaan ternakan ayam kampung anda.


Sekian.

No comments:

Post a Comment