Jam 9.00 malam Adun Bangi dan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bersama pengiring masing-masing tiba di Balai Komuniti Bangi Indah, Pekan Bangi bagi mengadakan perbincangan dengan 9 mangsa kebakaran di Pekan Bangi yang berlaku pada Sabtu 2 Julai lalu. Selain dari Adun dan Ahli Parlimen hadir ialah Tuan Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, Encik Lau Ketua Kg. Baru Cina, Bangi, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, En. Ari Krishnan, Ahli JKKK dan keluarga mangsa-mangsa.
Majlis perbincangan dipengerusi bersama oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi dan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Selepas pembukaan kami mempastikan nama-nama pemilik dan No. kedai masing-masing beserta butir-butir yang lain. Pemilik-pemilik berkenaan ialah:
Bil. | Pemilik | No. K. P | No. Kedai |
1 | TAN HOCK TEONG | 580826 10 5567 | 16 |
2 | .LEE KIEN HUAT | 651021 10 6525 | 17 |
3 | LAW JENN TSONG | 620811 10 5787 | 19 |
4 | KOW SOON HING | 580315 10 5477 | 20 |
5 | KOW SOON HING | 580315 10 5477 | 21 |
6 | MOHD KAMAL V. RAMESH | 750526 10 5273 | 22 |
7 | PUAN SAPURA | 501130 02 5042 | 28 |
8 | LEONG YEOW CHONG | 650202 10 7469 | 81A |
9 | LEONG SOOK HAN | 720901 10 5180 | 81B |
Kami dimaklumkan tidak ada di kalangan pemilik yang mengambil insuran perlindungan dari kebakaran. Kami juga ditunjukkan tentang geran tanah bagi kedai-kedai berkenaan.
Kami membincangkan sama ada pemilik mau membina sendiri menurut bentuk asal, bina melalui institusi kerajaan seperti PKNS atau bina melaui swasta bertingkat dengan jaminan hak pemilik. Pemilik-pemilik bersetuju mau bina secara kelompok menurut pattern asal. Pemilik-pemilik, YB Teo Nie Ching dan Adun Bangi diminta berusaha bertanya kemungkinan kontrektor berminat untuk membina kembali kedai-kedai yang sudah terbakar – termasuk meninjau kemungkinan PKNS dapat membina kedai-kedai berkenaan. Kami akan bertemu kelak membanding dan memilih mana-mana yang bersesuaian dan berpatutan dari segi kos. Pinjaman dari bank dengan mencagar hartanah yang dibina bagi mendapat pinjaman berkenaan.
Kami juga membincangkan kemungkinan bantuan dari pihak negeri bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa kebakaran. Sebahagian besar dari mereka masih belum bekerja selepas berlakunya kebakaran. Adun dan Ahli Parlimen berjanji akan membawa perkara ini ke peringkat atas. Kami diminta ambil perhatian, terutama pemilik-pemilik kedai perlu berusaha dari sekarang bagi pembinaan kembali, sebaik-baiknya secara kelompok. Tiga orang daripada mereka dipilih mengendalikan urusan bagi pihak kesemua, iaitu En. LEE KIEN HUAT, En. KAMAL dan En.LEONG YEOW CHONG. Buat masa ini mereka berpendapat belum perlu lagi melantik peguam.
Pertemuan akan diadakan bila perlu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment