July 25, 2011

Penerangan Di Puncaki Pelancaran Logo Selangorku

Stadium Melawati, Shah Alam, 22 Syaaban = 24 Julai (Ahad):

Perhimpunan peringkat negeri pada malam ini dianjur oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Xavier Jayakumar, tetapi diberi sokongan padu oleh Pakatan Rakyat dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi parti, iaitu YB Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Puan Seri Dr. Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Rakyat dan YB Ronnie Liu yang mewakili Pengerusi DAP YB Lim Kit Siang. Hadir pada malam ini Exco-Exco, Adun-Adun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan, Dato` Bandar, YDP-YDP Perbandaran dan Ahli-ahli, Pegawai-pegawai Daerah, Penghulu-penghulu, Ketua-ketua kampong dan penyokong-penyokong yang jumlah mereka lebih kurang lima ribu orang.

Walaupun disebut perhimpunan bagi melancarkan Logo Selangorku, tetapi dalam kesempatan ini beberapa objektif diraih dalam perhimpunan. Suasana perhimpunan nampaknya sebagai lanjutan dari Bersih dua yang berlaku pada 9 Julai lepas. Ketibaan para peserta berdepan dengan perhimpunan kecil di hadapan pintu masuk ke stadium yang dihadapannya ada truck polis – mereka sedang menyalakan lilin sebagai protes dan menuntut supaya dilepaskan 6 orang yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat berhubung tuduhan terhadap mereka terlibat dengan Bersih.

Perhimpunan dan penerangan juga bagi menjawab dan menyanggah tindakan polis yang mengasari penunjuk perasaan. Apa yang disiarkan kembali episode tunjuk polis, adalah versi polis yang boleh diedit dan dimanipulasi dan pihak polis tidak berhak memaksa orang ramai mempercayainya, kerana banyak lagi rakaman yang dibuat oleh berbagai-bagai pihak yang boleh dijadikan fakta jelas dan membuktikan keganasan polis yang pada mulanya dinafikan polis. Sebelum bermulanya majlis, tayangan video versi bukan polis dilakukan.membuktikan ada kekasaran dan kekerasan yang dilakukan oleh polis. Kita berpendapat ada beberapa kesilapan dan tindakan tidak bijaksana oleh pihak Kerajaan (BN) yang menyebabkan Isu Bersih menjadi besar dan akan terus dihidupkan.

Pertama Janji pihak Kerajaan BN mau memberikan stadium untuk menjadi tempat perhimpunan Bersih pada 9 Julai (Stadium Merdeka), tetapi disekat oleh Kementerian Dalam Negeri dengan berbagai sebab dan helah yang diadakan. Sebab itu Tunjuk Perasaan Bersih meledak dan melempah di tengah-tengah Kuala Lumpur yang memberi kemenangan moral dan psikologi kepada pihak Bersih. Janji yang tidak ditunaikan ini memberi imej yang paling buruk, kerana dilihat sebagai Satu Pendustaan

Kedua Tindakan tidak bijaksana mewujudkan undang-undang ``Mee Segera`` melarang orang ramai, bahkan menangkap mereka yang memakai, menjual bahkan memiliki baju kuning bersih sehingga menjadi phobia dan ketakutan kepada masyarakat untuk memakai sebarang pakaian warna kuning ! Lucunya pihak berkuasa terpaksa membuat kenyataan tidak melarang pakaian berwarna kuning kecuali T Shirt Bersih. Nampaknya aura bersih tidak saja berlaku di dalam negeri, tetapi merebak ke luar negera, terutama dari kalangan pelajar dan penyokong-penyokong bersih. Puncak dari itu Ratu Elezabith yang menerima Datuk Seri Najib mengadap di London juga memakai warna kuning ! Semacam disengajakan.

Ketiga Tuntutan dan gugatan Bersih terhadap SPR yang menjadi isu utama jika tidak ditunaikan akan terus dihidupkan Bersih dengan Kuning sebagai lambing akan terus menjadi lambang protes yang menggelisahkan SPR dan Kerajaan BN.

Keempat: Tangkapan terhadap 6 orang di bawah Ordinan Darurat menjadi isu bagi menarik simpati rakyat dan sebagai hujah tentang kezaliman kerajaan. Semakin lama ditahan semakin marak bantahan dan semakin meningkat sokongan kepada PR.

Kita berpendapat, jika pihak Kerajaan BN dari awal menunaikan janji dan dilayan dengan baik penunjuk perasaan Bersih ke Stadium Meredeka Isu Bersih tidak membesar dan merebak seperti keadaan kini.

Memandang fobia (bagi BN) dan Aura (bagi PR) Warna Kuning betul-betul hidup dan melekat dihati rakyat yang antaranya disumbangkan oleh Kempen Songsang Kerajaan BN. Kesempatan popularity imej dan konotasi kuning malam ini kuning diguna sebaiknya oleh PR negeri Selangor dalam mana Logo Selangorku warna Kuning (kecuali Ku putih), Baju T Shirt dan Topi juga warna kuning.

Majlis sebelum pelancaran Logo Selangorku disempurnakan dengan ucapan-ucapan. Bermula dengan Pengerusi Penganjur YB Xavier yang mengalu-ngalurkan kehadiran dan memaklumkan tujuan perhimpunan dan beliau menyinggung sama tentang isu Bersih yang menuntut pilihanraya yang adil. Tuntutan ini menurutnya ``Tidak Salah``.
YB Ronnie Liew yang mewakili DAP menyatakan, ` Perhimpunan bagi menerangkan kepada rakyat isu-isu yang mereka tidak puas hati. Politik Kerajaan BN yang tidak betul menyebabkan pemerintahan jadi tidak betul.` Beliau menyebut tentang Isu Beng Hock yang meragukan. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyebutkan bahawa pihak kerajaan perlu menghormati demokrasi dan mematuhi tuntutan dan kehendak rakyat yang maukan pilihanraya secara adil dan bersih. Pas berdiri teguh menyokong tuntutan ini. Datuk Sei Wan Azizah menentang ketidakadilan Kerajaan BN, mengecam terhadap tahanan dan maukan pemilihan berdasarkan pilihan yang rakyat berkenan, bukan dipaksa-paksakan.

Tan Seri Datuk Seri Khalid menggalurkan tentang perkembangan pendekatan dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor dari Konsep Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang mula dilancarkan pada Jun 2008 selepas genap 100 hari pemerintahan Pakatan di negeri Selangor. Sebagai Menteri Besar ke 14 di Selangor, tetapi bukan dari BN sebelumnya beliau menghadapi banyak halangan. Tapi beliau dan Exco membawa revolusi Ekonomi di negeri Selangor dengan mengembalikan hasil Ekonomi kepada rakyat, bantuan kebajikan, meningkat industri, pelancongan, perkhidmatan, menggerakkan rakyat berusaha dan berdikari dengan skim-skim pinjaman dan meningkatkan ekonomi negeri Selangor sehingga bajet tahunan berkembang dari RM1.3 bilion sebelum kerajaan PR dan bakal meningkat kepada RM1.7 bilion. Kata Menteri Besar, ``Kita kerajaan yang membela rakyat dan meraptkan diri dengan rakyat dan bagi memupuk kecintaan rakyat terhadap negeri Selangor kita lancarkan Logo Negeri Selango`, iaitu:

Selangorku

Berhuruf warna kuning ! Logo mengambil kata nama negeri – Selangor berlatarbelakangkan merah. Huruf O berbentuk `Hati` yang didalamnya berlatarkan bendera negeri Selangor yang bulan bintang memaksudkan agama Islam dengan di bawahnya lambang kemajuan dan kemakmuran..Dengan lambang Hati, bererti Selangor Senantiasa Di Hati Rakyat. Kata `Ku` berwarna putih bermaksud ketulusan hati rakyat.

Berikut dari pelancaran logo YAB Menteri Besar melakukan pemecahan `Ice Break` dan mengeluarkan logo diikuti dengan pelepasan belon dan letupan-letupan kecil dan perarakan bendera Selangor di dalam dewan dan keluar dari dewan.

Perhimpunan nampaknya bukan setakat pelancaran, tetapi melanjutkan momentum Bersih. Selangor memberi ingatan kepada BN yang bermati-matian mau tawan Selangor sebagai negeri maju dan terkaya di Malaysia, ``Walau dengan apa cara` tidak bertindak di luar dari batas-0batas demokrasi. Tindakan di luar batas seperti yang dilakukan sekarang menyebabkan rakyat akan membersihkan mereka !

Sekian.

1 comment:

  1. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, dengarlah, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang keras anda yang diperolehi. Saya dan suami saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete