Demikianlah pada malam hari Sabtu ini Adun menghadiri dua tempat berlainan, tetapi bersatu tujuan, bahawa bersempena kehadiran Ramadhan yang tidak berapa lama itu, umat Islam setempat diseru agar menghulurkan derma yang insya Allah ganjaran pahalanya berganda dibalas Allah.
Jam 8.30 malam kami bertolak ke Taman Impian Ihsan untuk ke upacara `Pecah Tanah` bagi pembinaan Surau di Taman Setia. Masuk kali pertama tak ketemui dan terbawa ke surau yang lain. Nombor telefon yang diberikan dulu tidak betul, dijawab orang dari Raub, Untuk mendapat kepastian kami singgah bersolat jamaah Isyak di Surau Taman Impian Ihsan. Setelah bertanya seorang jamaah yang kebetulan tinggal berdekatan dengan suarau bakal disempurnakan pecah tanah kami dimaklumkan tempat, bahkan kami diminta mengikuti kenderaan motornya. Dalam perjalanan terfikir, bagaimana acara pecah tanah dijalankan pada malam hari. Pada kebiasaan upacara pecah tanah diadakan pada siang hari, Biasanya ada backho yang diguna bagi menggali sebagai memecah tanah. Adun bayangkan ada pemasangan lampu terang bagi upacara pecah tanah. Tiba ke lokasi, didapati ada susunan kerusi di bawah khemah bagi majlis perasmian dengan kehadiran sederhana. Ada meja dihadapan bagi dif-dif utama bercakap. Tetapi tiada kelihatan backho dan pancaran api kuat bagi upacara pecah tanah. Kmi difahamkan tapak surau adalah bersama dengan tapak dewan orang Ramai dan Tapak Tadika. Kawasan surau dalam lingkungan suku ekar sahaja. Tapi tidak kelihatan dari Majlis yang diadakan dan tiada dalam program untuk ke tapak surau. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk En. Azli Yusof yang menerangkan bahawa telah sepuluh tahun Taman Setia dihuni, kini ada 1,500 keluarga. Sudah sewajarnya Taman Setia mempunyai surau sendiri dan tapaknya sudah ada. Harga surau dijangka RM861,000. Sebahagian kutipan sudah dijanakan. Tender sudah dikeluarkan dan Kontrektor Izin Ria Sendirian Bhd. Sudah dipilih, Kontrektor akan membina menurut progress kewangan yang terkumpul.
Adun Bangi dalam ucapan melahirkan kegembiraan sejak Pakatan memerintah banyak masjid dan surau bertambah dan dimakmurkan. Adun Bangi amat menyokong atas hasrat penduduk maukan sebuah surau di Taman Setia, di Impian Ihsan. Surau di sini boleh didirikan dengan biaya penduduk. Kerana jika satu keluarga membayar RM1,000 sudah dapat melebihi harga bagi surau. Penduduk juga boleh memohon peruntukan dari Adun Balakong Y.B. Yap yang sewajarnya memberi sebahagian peruntukan bagi membina surau. Setelah merasmikan secara lisan Adun tertunggu-tunggu bagaimana cara merasmikan upacara pecah tanah. Rupa-rupanya upacara pecah tanah tidak benar-benar dilakukan, sebaliknya secara gimik dan simbolik dengan menarik tutupan bagi gambar lakaran surau. Ini dilakukan oleh Adun bersama En. Azli Yusof, En. Marzuki (Pengarah Projek), Dato` Norhisham Ahli MPKj, Imam dan beberapa yang lain.
Adun tidak dapat berlamaan di Majlis upacara pecah tanah berkenaan dan meminta izin dari hadirin untuk beredar ke STAM di Sungai Ramal Dalam. Iaitu sebuah Sekolah Akademik dan Tahfiz swasta yang menawarkan pengajian dari Tingkatan Satu hingga Enam di samping Tahfiz. Adun tiba lewat. Hal ini kami telah maklumkan kepada penganjur terlebih dahulu. Waktu Adun tiba (datang berseorangan), saudara Akhil Hayy sdang berucap diselang seli dengan menyanyi, bernasyid dan gurau senda. Antara program utama pada malam ini ialah `Memecahkan Tabung` peribadi bagi menderma Sekolah STAM swasta berkenaan. Seruan menderma juga dibuat oleh saudara Akhil Hayy dan tabung derma diedarkan.
Tidaklah diketahui berapa banyak dana yang dapat dihimpunkan pada malam pelancaran ini. Tapi kita mengharap berlaku pecahan tabung peribadi bagi disimpan di dalam Tabung Abadi sebagai Saham Di Akhirat Nanti. Insya Allah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment