24 Muharram 1434 =08 Disember 2012
Separuh kedua tahun 2012 adalah musim hujan. Hujan pula bukan sebagai hujan biasa, tetapi beberapa kali berlaku banjir bermula dengan Banjir Besar di Hulu Langat pada pertengahan bulan April 2012 yang banyak berlaku kerosakan. Anihnya banjir dari hujan berterusan ini berpindah-pindah. Ada yang membuat joke, ``Ini ialah kerana pada masa ini juga pihak kerajaan Persekutuan mendesak kerajaan Selangor segera memberi izin bagi melaksanakan Projek Langat Dua membawa air dari Pahang. Kononnya negeri Selangor kekurangan air dengan berbagai bukti dan helah diada-adakan. Maka untuk mematahkan dakwaan mereka Allah Yang Maha Berkuasa menunjukkan kekuasaanNya dengan menurunkan hujan secara meluas dan di sana sini berlaku banjir. Lantaran itu sesudah berlaku banjir di Hulu Langat, maka pada 4 September berlaku pula banjir di Seri Serdang, Sungai Ramal Luar dan Dalam dan air melintasi Highway Plus berhadapan Country Height yang mengganggu lalu lintas. Kemudian pada 5 November berlaku pula banjir di Sepang Bukit Changgang dan mutakhir banjir berlaku di Kampong Bangi, Pekan Bangi pada 16 November 2012. Dengan banjir bersiri ini menyebabkan mulut Menteri Tenaga dan Air Persekutuan terhenti sebentar dari mendesak disegerakan Projek Langat 2. Sudah pasti dakwaan konon Selangor kekurangan air akan berkokok kembali bila musim hujan berhenti.
Bagi setiap kali berlaku banjir di atas Adun dan Jawatankuasa Kebajikan Adun akan turun membantu, bukan saja dalam kawasan Dun Adun Bangi, tetapi keluar dari kawasan. Misalnya Adun Bangi dan Pembantu-Pembatu turun menolong dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat. Adun juga turun melihat dan membantu mangsa banjir Sungai Ramal Luar dan Dalam. Turut sama Adun, AJK Kebajikan dan lain-lain pergi membantu dan menghulurkan derma bagi mangsa di Bukit Changgang, Sepang.
Adapun di Pekan Bangi, pihak Adun dan AJK turun pada malam berlakunya banjir dan memberi bantuan permulaan dan berjanji akan turun menyampaikan bantuan secara rasmi. Setelah banci dibuat terhadap mangsaa-mangsa banjir Pekan Bangi, maka pada petang Sabtu 08 Disember Adun turun ke Pekan Bangi menyampaikan bantuan kewangan di Balai Komuniti Pekan Bangi. Adun turun bersama Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan dan AJK. Hadir Tuan Haji Zakaria Bujang Ketua Kampong Bangi yang membuat bancian. Turut sama hadir ialah Tuan Haji Sukaimi Rasmi Setiausaha dan Pemimpin di Perumahan Bangi Indah, saudara Ari Krishnan Ketua Antara Kaum Pakatan. Menurut Tuan Haji Zakaria, ``Mangsa Banjir pada 16 November di Kampong Bangi adalah sejumlah15 keluarga.`` . Mereka semua dijemput hadir pada petang ini.
Dalam ucapan Adun sebelum menyampaikan bantuan bahawa, ``Pada malam kejadian Adun telah turun bersama pengiring-pengiring, diikuti bantuan dari pihak Kawasan, Adun hanya mengetahui dan melawat pada malam itu, hanya lima buah rumah. Jangkaan hanya lima buah rumah saja mengalami banjir adalah tidak tepat, kerana masa itu waktu malam dan tidak menyedari ada lagi rumah-rumah yang turut mengalami banjir pada malam itu. Dari bancian yang dibuat oleh Ketua Kampong, Tuan Haji Zakaria Bujang, maka jumlah sebenar yang mengalami banjir ialah 15 orang. Setelah ketepatan jumlah, maka pada petang ini Adun Bangi datang bagi menyampaikan bantuan. Sebenarnya kata Adun, ``Jumlah bantuan yang diberi, iaitu sebanyak RM150.00 bagi sebuah rumah tidak sebanyak mana dan tak sepadan dengan kerosakan yang dialami rumah-rumah sebagaimana yang Adun lihat sendiri pada malam kejadian banjir. Bantuan ini adalah lebih bersifat penyataan simpati dari Adun. Bantuan Banjir tidak terhad kepada mangsa-mangsa banjir di Kampong Bangi sahaja, tetapi di tempat-tempat banjir yang lain, bahkan bantuan turut diberi ke luar kawasan, Misalnya banjir di Hulu Langat dan Sepang. Bantuan juga diberi terhadap bencara yang diakibatkan oleh hujan seperti tanah runtuh seperti Kajang Baru, Bukit Kajang, Kampong Bahagia Bangi dan beberapa tempat yang lain lagi.
Adun menyebut, ``Dari segi perancangan jangka panjang, pihak kerajaan akan mengambil pendekatan bagi mengatasi banjir bukan saja pada tempat mengalami banjir, tetapi semua tempat yang mengakibatkan banjir seperti pendalaman sungai, membaiki saliran, parit dan longkang. Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah besar bagi Jabatan Saliran, iaitu sebanyak RM72,892,878.92 bagi tahun 2013 berbanding dengan tahun lepas (2012) sebanyak RM66,046,297.00. Dari pada peruntukan 2013 memperbaiki saliran lembang Hulu Langat adalah diberi perhatian utama.
Berikut dari ucapan Adun, maka penyampaian bantuan yang berupa duit tunai disampaikan Adun kepada setiap keluarga rumah yang mengalami banjir. Majlis diakhiri dengan minum petang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment