Balakong, Serdang 18 Muharram 1434 = 02 Disember 2012
(Ahad):
Walaupun pada petang ini hari agak hujan, tetapi ianya tidak
menghalang orang ramai dari berbagai kaum keluar untuk mendengar penerangan
yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri
Besar Selangor bertempat di Padang
berhadapan dengan Pasaraya Jaya Jesco, Balakong. YAB Dato` Menteri Besar tiba seawal jam 8.30
malam dan menyampaikan ucapan. Sebagai Menteri Besar Selangor, beliau sangat
arif berhubung dengan politik semasa dan perjalanan negeri Selangor. Beliau
memaklumkan isu-isu besar di negeri Selangor yang sengaja dimainkan oleh Media yang
berpihak kepada BN. Isu-isu utama ialah berkenaan Talam yang berhutang dan
telah diselamatkan oleh kerajaan negeri, berkenaan Penyusunan Semula Syarikat
Air Negeri Selangor yang Syabas berhutang sebanyak RM150 milion dengan Abbas
dan Splash. Isu PKNS yang kononnya akan menjual aset-aset pentingnya. Beliau
menafikan konon kerajaan akan menjual aset PKNS, sebaliknya PKNS disusun
kembali agar berdaya maju, khususnya bagi Bangunan PKNS Hulu Langat yang
dikatakan di dalam kerugian.
Adun Bangi berucap sebagai penceramah kedua. Adun memuji
pentadbiran negeri Selangor yang diketuai oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul
Khalid Ibrahim membawa negeri Selangor ke tahap kemajuan yang belum cicapai
negeri-negeri lain. Sebagai bukti tentang pembentangan belanjauan kerajaan
negeri Selangor 2013 berjumlah RM1,63 bilion. Exco-exco di bawah YAB Dato`
Menteri Besar dapat menjalankan segala kegiatan dengan baik. Perjalanan Dewan
Negeri adalah terbaik, bahkan Adun-Adun dapat menjalankan tugas dengan licin di
kawasan Dun masing-masing kerana mendapat peruntukan dari kerajaan negeri.
Hadir sama dalam Majlis Penerangan itu ialah Y.B. Teo Nie
Ching Ahli Parlimen Serdang yang bercakap tentang kemungkinan pilihanraya ke
13, Soal Kamera AES yang bersifat mengintip dan tidak diizin oleh kerajaan
Negeri Selangor menggunakan tanahnya. Tujuan AES adalah diragukan, bukan sangat
untuk keselamatan, tetapi lebih kepada menghukum dan mencari kesempatan.untuk
mendapat denda sebagai salah satu sumber kewangan kerajaan. Masalahnya mengapa
diswastakan ? Untuk memberi peluang bagi kroni ? Beliau juga membicarakan soal
orang-orang politik BN di Selangor yang terlibat dengan pemilikan hartanah (24
keping tanah – dengan premium lebih rendah dari rakyat jelata.
YB Govinda Singh Ahli Parlimen Puchong membicarakan tentang
rangkaian maklumat yang ada sekarang banyak pengaruh. Berita dan maklumat
berada di hujung jari. BN boleh berbohong dan menyelewengkan maklumat, tapi
zaman kini lebih cepat dapat maklumat melalui internet facbook dan sebagainya,
Menurut Govinda kemenangan Obama bagi pemilihan Presiden Amerika bagi kali
kedua banyak bergantung pada media baru – termasuk internet yang lebih banyak
mendapat sokongan orang-orang muda. Beliau meminta Pakatan Rakyat meningkatkan
sebaran maklumat melalui media baru.
Turut mengisi ruang penerangan pada malam itu ialah saudara
Faris Musa yang bercakap sehingga penutup masa jam 1200 malam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment