Bukit Mewah, 09 Safar 1434 = 23 Disember 2012 (Ahad):
Sebut tentang rumah
pangsa, selalunya ada masalah. Masalah mungkin dari Pemaju yang melantik pihak
Pengurusan (IPC) yang tidak menjalankan tugas (Bagi yang belum menyerahkan
Pengurusan kepada MPKj). Mungkin masalah dari JMB yang dilantik, tetapi tidak
dapat menjalankan tugas dan mungkin lebih banyak daripada penduduk atau pemilik
yang tidak patuh dari segi pembayaran maintenance dan mungkin masalah berkait
dengan beberapa pihak. Misalnya tidak bayar maintenance, maka tidak dapat
dijalankan pentadbiran.
Demikianlah dengan keadaan di Perumahan Pangsapura Seksyen
7, Bukit Mewah. Masalah penduduk di sini telah dikemukakan kepada Adun Bangi
sejak pertengahan tahun 2012 ini. Masalahnya pihak Pengurusan (IPC) yang
dilantik Pemaju tidak menjalankan tugas dengan betul. Sampah tidak dicuci
antara koridor dan tangga. Mereka lebih banyak berada di bawah pokok dari
memberi tumpuan kepada kerja-kerja sebenar. Akibatnya berlaku kekotoran yang
setengahnya terpaksa dilakukan pembersihan oleh penduduk. Oleh kerana kerja-kerja
yang tidak sempurna ada penduduk mengambil tindakan tidak mau membayar
maintenance yang dikenakan sebanyak RM25.00 sebulan. Pertemuan telah dibuat
beberapa kali dan juga beberapa mesyuarat diadakan dengan Adun hingga membawa
kepada penubuhan Jawatankuasa Bertindak yang diketuai oleh Cik Mala. Pada
awalnya Adun menasihati kepada AJK menjalankan pengurusan dengan sendiri. Apa
lagi mereka rasa tidak puashati apabila yuran maintenance dinaikkan kepada RM50
sebulan yang disifatkan oleh penduduk terlampau mahal. Naik 100% dari dahulu.
Walau bagaimana menurut Cik Mala, mereka berdepan dengan
Akta Rumah Pangsa yang memerlukan mereka melantik AJK JMB di bawah pengawasan
MPKj yang mereka juga bimbang, mereka dipaksa menurut kehendak JMB dan mereka
hilang kuasa yang menyebabkan mereka tidak bebas memberi pendapat dan cadangan.
Atas rasa tidak puas hati penduduk, maka bagi kali ketiga penduduk dipanggil
bagi bermesyuarat bertempat di Surau As-Salam
Surau bagi kawasan perumahan berdekatan jam 3.00 petang.
Adun Bangi datang bagi memastikan perjalanan mesyuarat.
Hadir sama ke Surau Cik Mala Wakil Penduduk yang juga sebagai seorang Lawyer,
Encik Ahmad Junaidi dari Persatuan Penduduk, manakala dua orang dari MPKj,
iaitu Encik Azman dan Encik Azmi. Mesyuarat adalah berkisar pada keperluan JMB
yang penduduk ragu-ragu, apakah mampu menjalankan pentadbiran dengan baik. Beberapa
penduduk menimbulkan persoalan mengenai paip bocor yang tidak diperbaiki,
sampah yang tak disapu dan tidak sempurna diangkat, longkang yang tidak
dibersih, pembaikan bangunan yang tidak dilakukan dan terpaksa dilakukan oleh
pemilik rumah sendiri, jalan rosak dan tidak diselenggara, masalah lembu
berkeliaran dan tak dikawal, kenaikan maintenance kepada RM50/= dan beberapa
perkara lagi ditimbul
Dalam ucapan Adun, Adun berharap dengan datangnya MPKj dan
beberapa pegawai akan dapat menyelesaikan permaslahan dengan baik. Mungkin
dikehendaki menubuh JMB, maka boleh ditubuhkan, tetapi jika mau mengekalkan hak
dan kebebasan, maka pihak penduduk boleh terus dengan penubuhan persatuan
penduduk yang fungsi lebih luas dan tidak tertumpu pada perumahan sahaja.
Persatuan Penduduk boleh bekerjasama dengan Jawatankuasa surau dan sebagainya.
Untuk keputusan Adun pulangkan terutama kepada Cik Mala, AJK dan penduduk untuk
membuat penentuan.
Walau bagaimana jika perlu menubuhkan JMB, maka ianya perlu
kepada mesyuarat lain. Iaitu memerlukan pertemuan sekali lagi. Pihak MPKj perlu
mengambil inisiatif. Jadi belum ada
penyelesaian yang dapat dicapai dan memerlukan pertemuan yang lain untuk
bermesyuarat. Kita berharap kelak akan ada penyelesaian dapat dicapai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment