Kursus berkenaan adalah dianjur oleh pihak Kerajaan Negeri
Selangor dan diperturunkan melalui Pejabat Daerah bagi mengatur giliran kursus
berkenaan pada peringkat Dun-Dun. Kursus ini telah berjalan sejak sebulan yang
lepas. Menurut jadual asal Dun Bangi sepatutnya menaja kursus berkenaan sejak
awal dan terawal bulan November lepas, tetapi diubah kepada hari ini.
Pengendalian dilakukan oleh beberapa consultant yang menjalankan kursus secara
serentak di tempat-tempat terpilih menurut jadual.
Giliran Bangi hari ini bertempat di Dewan PKNS, tingkat
tiga. Kursus bermula jam 9.00 pagi dengan acara pembukaan dirasmikan oleh Adun
Bangi. Hadir pada majlis ini ialah pihak Consulton diketuai Jurulatih Utama
Encik Nordin Ismail dengan dibantu oleh Puan
Sharimah bt. Yusof Fasilitator bagi Consultant. Jemputan
yang hadir ialah Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj,
saudara Shukor Atan, Ketua-Ketua kampong dan pimpinan setempat.
Dalam ucapan Perasmian Adun Bangi selaku Tuan Rumah menyebut
bahawa baik Ahli-Ahli MPKj, Ketua-Ketua Kampong dan Pemimpin-Pemimpin setempat,
khususnya yang dilantik adalah saluran bagi Kerajaan Negeri menyampaikan
maklumat. Sebab itu mereka seharusnya memahami tentang dasar, polisi dan
pembangunan yang dijalankan untuk disampaikan kepada rakyat yang seharusnya
sama memahami aspek-aspek berkenaan. Kefahaman sekurang-kurangnya melibatkan
tiga peringkat, iaitu Negeri, Daerah dan PBT
.
.
Pada peringkat tertinggi negeri ialah Menteri Besar yang
menjalankan pentadbiran dibantu Exco-Exco berdasarkan keputusan yang dibuat
oleh Dewan Negeri.
Dewan Negeri misalnya meluluskan peruntukan Belanjawan
Tahunan sebagaimana diadakan Sidang Dewan Negeri baru-baru ini dari 19 November
hingga 30 November 2012 yang meluluskan Belanjawan bagi tahun 2013 ialah
sebanyak RM1,630,000.000. Jumlah ini dipecahkan kepada berbagai-bagai Jabatan,
Agensi, Sektor dan bahagian yang melibatkan Exco, Pentadbiran, agensi, jabatan
– sejumlah 27 pecahan. Antara Jabatan yang tinggi dengan peruntukan ialah JKR
167,667,368.39, Jabatan Agama Islam RM120,000,000 dan pengairan/saliran ialah
RM117,642,878.92. Manakala peruntukan yang agak sederhana seperti bagi
Pejabat-Pejabat Daerah antara RM9 juta hingga ke 13 juta. Manakala bagi
agensi-agensi tertentu di bawah dari jumlah tersebut contoh Perbadanan Adat
Melayu Dan Warisan RM8,600,000 bagi 2013 berbanding 2012 (RM8,500,000).
Yang penting ialah memahami polisi Kerajaan Negeri, misalnya
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), isu-isu semasa mengenai TALAM,
Menstrukturkan kembali pentadbiran air Selangor, Isu Langat 2 dan sebagainya.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dibantu oleh Exco-Exco
yang melibatkan 10 forfolio. Untuk memberi penerangan kepada rakyat sewajarnya
pihak pimpinan negeri berbagai peringkat. Misalnya memahami pranan Exco Agama
Islam yang terletak di bawah Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor, Peranan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
di bawah Y.B. Teresa Kok, Peranan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber
Alam di bawah Exco Y.B. Yaakob Sapari, Peranan Exco Kebajikan, Hal Ehwal
Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan yang terletak di bawah Y.B.
Puan Hajah Rodziah bt. Ismail. Exco ini terkenal dengan berbagai-bagai program
seperti Skim Usia Emas, Tawas, Mimbar, Anak Masuk Universiti, Memberdayakan
Wanita, Pemeriksaan Percuma bagi mengesan Kanser bagi Wanita, Jom Shopping dan
sebagainya. Begitu juga perlu memahami Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan
dan Kerajaan Prihatin di bawah Exco Y.B. Dr. Xavier Jayakumar, Exco Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di bawah Exco Y.B. Dr Halimah
yang terkenal dengan Spise dan Bantuan kepada Sekolah Rakyat. Exco Perumahan,
Pengurusan Bangunan dan Setinggan di bawah Exco Y.B. Iskandar, Exco Kerajaan
Tempatan, Kajian dan Penyelidikan di bawah Y.B. Ronnie LiuTian Khiew yang
sering dikaitkan dengan masalah sampah, Bidang Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna
dan Alam Sekitar di bawah Y.B. Elizabeth Wong yang terkenal sebagai Pejuang
Alam Sekitar dan bidang Pembangunan Kampong Baru & Penyelesaian Kilang
Haram di bawah Exco Y.B. Ean Yong Hian Wah.
Dengan memahami portfolio Exco-Exco berkenaan kita bukan
saja memahami bidang, tetapi mengetahui saluran bagi membuat pengaduan,
permohonan, penyelesaian dan mendapat peruntukan. Untuk mendapat
maklumat-maklumat berkenaan ialah seperti menghadiri kursus seumpama hari ini
dan juga melalui sebaran maklumat seperti melalui akhbar rasmi negeri seperti
Selangor Kini, Tv Selangor dan berbagai maklumat yang disalurkan. Dengan
mendapat maklumat yang tepat kita juga dapat menyangkal segala tuduhan yang
tidak betul yang perlu diperbetulkan.
Mekanisme yang paling penting yang menjadi pengantara antara
kerajaan Negeri, melalui Exco ialah Wakil Rakyat Setempat – iaitu Adun dan juga
Ahli Parliman. Segala maklumat dari atas, khususnya dari Dewan Negeri adalah
melalui Adun. Adun juga memperturunkan peruntukan kepada kawasan dan
menjalankan berbagai kegiatan. Rakyat juga menyalurkan aduan, memohon
peruntukan dari Adun dan menyalurkan masalah mereka kepada Adun dan juga Ahli
Parlimen. Tetapi bagi lebih melicinkan perjalanan pentadbiran maka di bawah
Adun dilantik Ketua-Ketua Kampong sebagai saluran pentadbiran dari dan ke
Pejabat. Begitu juga bagi pentadbiran di PBT dilantik wakil-wakil di PBT. Di
bawah Dun Bangi misalnya dilantik 6 orang Ketua Kampong di bawah Pejabat Daerah
dan 6 orang Ahli di MPKj. Mereka adalah wakil Adun di kedua-dua institusi
berkenaan.
Ketua Kampong perlu memahami perjalanan dan pentadbiran
Pejabat Daerah dari segi cukai tanah, projek-projek pembangunan dan perjalanan
jabatan dan agensi lain di daerah,
kerana maklumat dapat diketahui misalnya melalui Mesyuarat Penyelaran Daerah
yang dihadiri oleh Penghulu-Penghulu yang maklumat dapat disampaikan kepada
Ketua-Ketua Kampong misalnya tentang kesihatan, jenayah, pencemaran, masalah
banjir, Hal Ehwal Islam dan berbagai lagi. Rakyat juga dapat menyalurkan
maklumat, permohonan dan berbagai perkara lagi melalui Ketua Kampong ke Pejabat
Daerah.
Sebagaimana Ketua Kampong perlu memahami perjalanan di bawah
Pejabat Daerah, demikianlah juga Ahli-Ahli MPKj yang dilantik perlu memahami
dan berperanan sebagai Wakil Adun dan Kerajaan di PBT-PBT. Mereka hendaklah
memberi fikiran dan melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Baik
Ketua Kampong, maupun Ahli PBT hendaklah sentiasa mempertahankan kredebiliti
Kerajaan negeri. Mereka boleh memberi cadangan menurut saluran-saluran yang
relevan. Kemajuan dan pencapaian Ketua kampong dan Ahli MPKj mencerminkan
pencapaian Adun dan juga Ahli Parlimen, sebalik kelemahan dan kegagalan seperti
masalah sampah dan tiada kebersihan dan jalan tidak dibaiki, nama tidak baik
akibatnya ditanggung oleh Adun, Ahli Parlimen dan juga Kerajaan Negeri.
Pendeknya mereka boleh memberi kesan kepada imej kerajaan negeri yang
memerintah dan boleh meningkatkan sokongan rakyat atau sebaliknya.
Selain dari memahami mekanisme pentadbiran di atas, Ketua
Kampong dan Ahli MPKj bahkan semua yang terlibat dengan pentadbiran harus
memahami situasi politik Negara dan negeri, situasi tempatan dan
kawasan-kawasan masing-masing bagi diterapkan maklumat dan mendapat maklumat
dan kerjasama dari rakyat yang kemudian dapat diterjemahkan kepada sokongan
kepada Kerajaan yang memerintah.
Adun rasmikan kursus dengan lafaz Bismillah.
Sekian.
salam, bagus la ada prog mcm ni..bagaimanapun, mcm mana nak pastikan maklumat ini sampai kepada masyarakat...atau setidak2nya masyarakat setempat boleh membuat aduan melalui sakuran yg betul...cth banjir disekstem 4 tambahan, email kepada YB dan MB tidak dijawab sehingga hari ini...mungkin terlalu sibuk sehingga tiada masa mendengar masalah "kecil" ini....
ReplyDelete